Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan penuh ujian kemalangan untuk Perodua Myvi 2018. Ujian tersebut telah dilakukan dilakukan di makmal ujian Japan Automotive Research Institute (JARI) di Jepun. Selepas pelancaran rasminya petang semalam laman sesawang ASEAN NCAP mengumumkan Myvi 2018 telah berjaya menerima penarafan 5-Bintang di bawah protokol baharu 2017-2020 yang turut merangkumi Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT).
Berikut adalah keputusan pemarkahan ujian kemalangan untuk Perodua Myvi 2018:
- Perlindungan penumpang Dewasa (AOP) – 45.43 mata
- Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) – 22.01 mata
- Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 20.83 mata
Baca laporan penuh di bawah :
BACA >> INFO : Apakah ciri-ciri menarik Myvi 2018 yang perlu anda tahu
KLIK UNTUK BESARKAN
Mudahnya mencapai piawaian 5-bintang ASEAN ncap.. Terbaik myvi..
Mudah? 3 kali test baru dapat 5 stars. Initially 3 stars with 2 airbags. Lepas tu tambah airbags sikit lagi, tambah sikit active safety features baru dapat 4 stars. Tambah lagi airbags, tambah lagi techs baru dapat 5 stars.