ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Apakah ciri-ciri menarik Myvi 2018 yang perlu anda tahu

Views
The All-New Perodua Myvi 2017 (Sneak Peek)

Sambil menanti detik pelancaran rasmi model generasi ketiga Myvi, elok juga kami kongsikan maklumat tambahan mengenai ciri-ciri menarik pada model tersebut. Ciri-ciri ini sudah pasti menjadikan Myvi 2018 model paling bernilai dan mungkin yang terbaik dalam kelasnya. Myvi 2018 ditawarkan dengan pilihan dua penjana kuasa cekap bahan bakar yang lebih senyap dan lancar

  • 1.3 liter 1NR-VE empat silinder DOHC dengan DVVT-i (21.1 km/l)
  • 1.5 liter 2NR-VE empat silinder DOHC dengan DVVT-i (20.1 km/l).

Nak tahu apakah ciri-ciri tersebut? Kami senaraikan secara ringkas di bawah.

Ciri-ciri menarik Myvi 2018

  • Fungsi kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin untuk semua varian.
  • Lampu hadapan LED dengan fungsi Auto-off dan Follow-me-home untuk semua varian.
  • Lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian.
  • Fungsi kawalan pelarasan ketinggian lampu hadapan.
  • Sistem multimedia dengan navigasi serta fungsi Smart Link untuk Android.
  • Kamera undur dan penderia (sensor) undur untuk Myvi 1.5 liter.
  • Penderia (sensor) sudut hadapan untuk Myvi 1.5 liter.
  • Pengelap cermin hadapan dengan ciri pengesanan kelajuan (speed sensing).
  • Cagak ISOFIX dengan Top Theter.
  • Cangkuk anti-ragut.
  • Filem penapis haba dan keselamatan untuk Myvi 1.5 liter varian AV (Advance).
  • Peringatan pemakaian tali pinggang keledar (pemandu, penumpang hadapan dan belakang).
  • Butang Kunci Berpusat (Central Lock) pada konsol papan pemuka.
  • Sistem Henti Melahu (Eco-Idle) untuk varian Myvi 1.3 liter varian G dan Myvi 1.5 liter dan varian H dan AV (Advance).
  • Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.
  • Port USB (sisi kerusi pemandu).
  • Panel meter pencahayaan biru dengan paparan skrin LCD Multi-Info.
  • Kawalan pendingin hawa digital untuk semua varian.
  • Kerusi separa lekuk (bucket) dengan kemasan kulit untuk Myvi 1.5 liter.
  • Pembuka pintu belakang dua cara – menekan butang sekali sentuh atau menggunakan alat kawalan jauh.
  • Stereng dengan balutan kulit dengan butang kawalan audio dan menerima panggilan telefon.
  • Stereng boleh laras ketinggian.
  • Tayar gantian dengan rim sport (saiz penuh).
  • Rim aloi dwi-tona bersaiz 15-inci untuk Myvi 1.5 liter.
  • Rim aloi bersaiz 14-inci untuk Myvi 1.3 liter.
  • Skirt depan dan sisi dwi-tona untuk Myvi 1.5 liter.
  • Spoiler belakang untuk Myvi 1.5 liter.
  • Kerusi pemandu boleh dilaras.
  • Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel (8+1) untuk semua varian.
  • Poket sisi untuk kerusi depan untuk semua varian.
  • Empat beg udara (depan dan sisi depan) untuk Myvi 1.3 liter.
  • Enam beg udara (depan, sisi depan dan tirai) untuk Myvi 1.5 liter.
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah standard untuk semua varian.
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA).
  • Advance Safety Assist – A.S.A : Sebuah kamera stereo dipasang pada cermin pandang belakang yang berfungsi sebagai peranti Amaran Pra-pelanggaran, Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah) dan Amaran Pergerakan Hadapan, Kawalan Salah-Operasi Pedal (untuk Myvi 1.5 liter varian Advance).

BACA >> Advanced Safety Assist (A.S.A) – Perodua buktikan teknologi keselamatan canggih bukan lagi mainan kereta mewah

Myvi 2018 turut menerima penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP dan telah menjalani ujian tersebut pada bulan Oktober yang lalu. Berikut adalah harga model Myvi 2018 mengikut varian (harga tidak termasuk insurans):

    • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
    • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
    • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
    • 1.5 High (AT) – RM51,800
    • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Nantikan kemunculan Evolusi Ikon petang ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply