ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenal model S-Series – Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S!

Views

HFZ_7839

Perodua hari ini telah memperkenalkan model terbaru S-Series yang terdiri daripada Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. Model S-Series ditawarkan dengan ciri-ciri tambahan, lebih murah dan yang paling menarik tawaran servis percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh). Pilihan warna terbaru, Ozzy Orange juga ditawarkan untuk kesemua model tersebut.

Untuk model Myvi 1.3 SE, harga yang ditawarkan pada harga bermula dari RM44,924.30(manual) dan 47,924.30(automatik). Model ini adalah versi Myvi 1.3 Premium yang telah dinaik taraf dengan ciri-ciri seperti model Myvi 1.5 SE. Bagi model Alza S, harga yang ditawarkan bermula dari RM53,517.00(manual) dan RM56,517.00(automatik) dan dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan kemasan dalaman baru.

MSMN6528

Akhir sekali, Viva S ditawarkan pada harga bermula dari RMRM34,774.30(manual) dan RM35,174.30(automatik). Model ini dilengkapi dengan stereng kuasa, pemain radio CD dengan MP3/WMA, kerusi yang boleh dilaras ketinggian serta fabrik tempat duduk yang lebih menarik.

Sempena dengan pengenalan model S-Series, majlis perletakan batu asas kilang terbaru Perodua juga turut diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato ‘Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin dan telah disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed serta Presiden Daihatsu Motor Company, Encik Koichi Ina.

Kilang baru Perodua tersebut bernilai RM790 juta, telah diumumkan pada bulan Disember 2012. Kilang itu dijangka akan beroperasi pada pertengahan 2014. Perodua juga menawarkan servis percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh) untuk semua kenderaan keluarannya yang didaftarkan pada 15 Mac dan seterusnya. Layari www.perodua.com.my untuk maklumat lanjut.

* info tambahan serta gambar terkini daripada Arish Qutb Ahmad Khan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments

Leave a Reply