ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sasar 20 peratus jualan model EV dan hibrid menjelang 2030

Berita Tempatan

Views

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka jualan itu mungkin boleh dicapai ‘jika semua pemain industri boleh bekerjasama’.

“Kami bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi yang lain. Kami juga telah dilantik dalam pelan perindustrian baharu untuk menerajui pembangunan EV di Malaysia”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di Kuala Lumpur, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Kita perlu menghasilkan produk baharu. Kita belum memuktamadkan masa pengeluarannya, tetapi sasaran yang diberikan oleh kerajaan, 20 peratus menjelang 2025 atau 2030, akan menjadi kenyataan jika semua pihak memberi kerjasama,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan ekosistem EV membabitkan pelaburan yang besar dan berharap syarikat-syarikat lain akan dapat membantu mencapai sasaran kerajaan, salah satunya ialah untuk membina 10,000 stesen pengecasan di seluruh negara.

Pada 22 November, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan sedang bersungguh-sungguh membina infrastruktur yang diperlukan sebagai sebahagian daripada sasarannya untuk menjadikan EV dan hibrid menyumbang 20 peratus daripada jualan kereta baharu menjelang 2030; 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Terdahulu, Tourism Malaysia dan Perodua menandatangani MoC yang berkuat kuasa tiga tahun bermula tahun depan hingga 2026 untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia yang menggunakan rangkaian kenderaan jenama berkenaan.

Zainal Abidin berkata, Perodua akan dapat mengembangkan model perniagaan baharunya, khususnya langganan kenderaan dan pada masa yang sama mendapat maklum balas secara masa nyata daripada pelancong asing terhadap kereta jenamanya melalui kerjasama itu.

Perkongsian itu juga akan memajukan sektor pelancongan Malaysia, memudahkan kebolehcapaian dan meningkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Perodua EMO 2023 versi Kecerdasan Buatan (AI)

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply