ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot 3008 baharu rangkul anugerah “Kereta Tahunan 2017”

Views

Seramai 58 orang juri yang terdiri daripada wartawan permotoran Eropah sepakat untuk menobatkan Peugeot 3008 baharu sebagai Kereta Tahunan 2017 di Geneva. Para juri juga turut memuji gaya, rekabentuk dalaman dan prestasi yang melayakkannya untuk menggondol anugerah berprestij tersebut dan sekaligus menjadikannya kenderaan kelima dalam keluarga Peugeot menerima anugerah tersebut. Selain itu Peugeot 3008 baharu berjaya memecahkan tradisi anugerah tersebut kerana menjadi SUV yang pertama memenanginya sejak ia mula diperkenalkan pada 1964.

Peugeot 3008 menawarkan kombinasi unik dari segi penggayaan, keselesaan dan pengendalian. Rekabentuk PEUGEOT i-Cockpit® yang sangat mengujakan memberikan pengalaman baharu buat pemandu melalui stereng yang kompak, paparan bersaiz 12.3 inci, dan pusat konsol skrin sentuh kapasitif dengan kekunci piano ergonomik. Selain itu ia turut menawarkan pelbagai alat bantuan pemanduan dan peralatan berteknologi tinggi serta hubungan yang lancar.

Dengan markah terkumpul sebanyak 319 mata, Peugeot 3008 mengatasi Alfa Romeo yang mengutip 296 mata dan Mercedes E-class dengan 197 mata berada di tempat yang ketiga. Peugeot juga telah menerima anugerah Kereta Tahunan untuk kali yang kedua dalam tempoh tiga tahun. Ia juga merupakan kali yang kelima Singa dari Perancis itu menggondol anugerah tersebut menerusi 308 pada 2014, 307 pada 2002, 405 pada 1988 dan 504 pada 1969.

Nasim Sdn Bhd pada masa ini mempunyai pelbagai model yang memenangi anugerah yang ditawarkan termasuk 208 Puretech, 208 GTi, 308THP, 408 e-THP, 508THP, 508 SW THP, 508 GT, 2008 Puretech SUV, 3008 SUV, 5008 MPV. Dengan buah 30 outlet seluruh negara, ia menjadikan jenama Peugeot salah satu daripada jenama terkemuka Eropah di Malaysia. Semua model Peugeot didatangkan dengan jaminan lima-tahun bersama servis Bantuan Kerosakan Peugeot 24-jam percuma dari Nasim selama 3 tahun dan akses ekslusif ke Sky Lounge dari Naza di Lapangan Terbang Subang, untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik untuk pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

LogoCOTY_BASE PEUGEOT_3008Pei

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply