ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-Tonton kereta pemenang "My Proton Makeover'!!!

Views

Semalam saya telah menghadiri sesi Pra-Tonton kereta pemenang peraduan “My Proton Makeover’, yang dimiliki oleh saudara Sashideran Radha Krishnan yang merupakan seorang jurutera di garaj R3. Kereta Proton Wira yang telah berusia 17 tahun tersebut merupakan kereta bapanya En. Radha Krishnan telah menerima sentuhan “makeover” oleh R3 yang diketuai oleh Tengku Djan. Teruja pemilik kereta ini walaupun kereta masih lagi belum siap dipasang sepenuhnya.

Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri sesi seperti ini setelah menerima email Jemputan Media dari pihak Proton. Saya ditemani oleh jugambar bro Bob (sepupu saya) telah menerima jemputan tersebut. Selain kami, ada juga beberapa media lain termasuk wakil dari PaulTan.org. Ini bukanlah acara yang besar tetapi ini merupakan penghargaan kepada blogger seperti saya & juga anda yang mengikutinya.

Balik kepada cerita asal, Proton Wira ini asalnya berwarna putih & setelah pihak R3 membuat sesi perbincangan & menyelidiki latar belakang pemilik, mereka telah membuat keputusan untuk mengecat semula kereta tersebut dengan warna biru yang seakan-akan biru rasmi Ford. Menurut tengku Djan, pemiliknya ingin kereta dengan warna yang terang & menyerlah. Jika dilihat di bahagian luaran, tidak ada modifikasi yang terlalu ekstreme dilakukan kerana pemiliknya mahukan kereta yang nampak standard tetapi lebih segar & tidak terlalu sporty. Bumper depannya masih mengekalkan bentuk asal tetapi mempunyai lips tambahan yang seakan-akan warna bodykit Saga FLX SE. Lampu depan & belakang telah ditukar dengan lampu “aftermarket”, tetapi pencarian lampu yang bersesuaian amatlah sukar kerana model kereta yang telah lama & aksesori yang agak terhad.

Bahagian dalamannya telah mengalami perubahan yang sangat drastik dengan dahsboard, panel pintu & tempat duduk disaluti kulit “Nappa Leather” dengan jahitan berwarna biru. Nampak mewah & lembut apabila disentuh. Panel meter masih lagi yang sama dengan konsol gear turut dicat dengan warna biru. Bahagian dalaman bumbung turut ditukar dengan material yang seakan-akan Alcantara.

Enjin pula telah mengalami proses “overhaul” dengan part yang mengalami kerosakan atau yang agak lama telah digantikan dengan yang baru supaya enjin boleh dipakai dengan lebih lama tanpa sebarang masalah. Saya sempat bertanya Tengku Djan, adakah kereta ini telah dilakukan “tuning” dari segi handling  & jawapannya memang ada dengan pertukaran spring khas yang telah dibuat oleh APM (bukan spring R3). Kereta ini bakal diserahkan kepada pemiliknya yang dijangka pada 14hb ini. Saya sempat berbual dengan pemilik kereta ini & secara berseloroh, beliau berkata akan mencari tempat kerja yang baru yang tempat letak kereta berbumbung & akan berhati-hati semasa parking kereta ni, maklumlah cat tu kan “special”, hahaha…:)

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Proton kepada sudi menjemput saya & memberikan layanan yang istimewa semasa berada di COE & garaj R3. Dapat juga cenderahati baju Satria Neo S2000 tapi besar la pulak, hahaha…  mereka juga berkata ini bukanlah jemputan yang terakhir & kemungkinan akan ada lagi selepas ini.

KLIK IMEJ UNTUK DIBESARKAN

* sempat juga la korek info, Exora BOLD bakal dilancarkan bulan ni, tapi tarikh masih belum ditetapkan, mengenai p3-21A & P3-22A model hatchback memang lagi cun dari sedan, tapi dijangka keluar pada 2013. Penat tak abis lagi ni, semalam sampai pukul 2 pagi di Kuantan, sebab tu lambat update blog.  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

45 Comments


  • Nappa leather~! Cair tgk..

    Proton mmg betul2 kena buat R3 version every model. Jual skit pun takpa. Tapi puas hati tgk kerja tangan team Tengku Djan~!

    P3-22A kuar 2013.. Erm.. ada tanya details Bold tak bro? Engine especially? transmission dah kompem2 tau dah.

    p/s: Tahniah bro Campro~! Kitorang bangga dengan kejayaan anda. Setapak lagi maju ke hadapan.


  • 1st time tgok dkat blog ni,ada gambar kecik2 kat bawah,ingatkan buka PT tadi..hihi(jgn ambik hati tuan)…saya tumpang bangga dgn kejayaan blog ni dan Terima Kasih PROTON sbb sudi jemput Bro Campro.next time jemput lagi yerrr…..


    • harus la jempur.. x baca statement “ini bukan jemputan terakhir….”
      lol.. mesti la ada g. Ntah2 test drive/preview p321a nanti ker.. Harap la kan..


  • Menurut tengku Djan, pemiliknya ingin kereta dengan warna yang terang & menyerlah.;- Memang sesuai dengan nama tuan kereta, nak warna-warna meriah. 🙂 Jauh tu bro kita datang dari Kuantan. Dari Pantai Timur ke Pantai Barat, seberang Banjaran Titiwangsa.

    Bro, bumper depan tu tak kekalkan pun. Itu bumper Arena@Wira SE. Tak sama dengan bumper Wira putih yang asal ni. Lagipun dia tambah skirting. Tengok kerja workmanship memang kemas. Yelah, satu kereta aje.


  • welcome back bro. Congrats, akhir bermulanya satu perjalanan yg br,amat teruja coz sbgai peminat blog ni, blog ni telah maju selangkah.
    Off topic, just a recap.mgkin ramai sedar@xsdr, prtn new sedan telah lama direncana semasa pembuatan exora. Saya telah bgtau sblm nih di blog ni satu ketika dl,semasa exora dilancarkan,mngikut informer sy punya info.
    Asalnya semasa proposal platform modular br, team design tlh propose waja replacement n exora pd board utk dpilih yg mana utk dihasilkan coz budget ketika itu limited utk hasilkan satu kenderaan aje, n akhirnya,exora dipilih.
    Sbb tuh masa launch exora ada tunjuk platform ni bleh djadikan sedan.
    Bg saya,lgkah yg diambil adalah bijak coz akhirnya pengganti waja di kluarkan dr hasil rebadge utk jimat cost,n prtn blum pernah ada mpv,so kuarkan exora. Xkan nk kuar mpv sbgai first global carkan.
    So,projek yg sptutnya utk ganti waja(benchmark civic fd n altis ketika itu), digantikan dgn sedan br dlm segmen b yg mana prtn punya target segmen n segmen ini yg paling ramai pembeli.
    Maka terhasilah projek p321a, first global car. Design asal telah dihantar ke italdesign utk improvement mengikut input yg prtn bg. Mgkin kerana bertuah, italdesign propose emas yg juga segmen b kompak pd prtn yg mana tiada dlm perancangan lg ketika itu.
    Xslh saya, rm 5 billion diperuntukkan utk plan 5 thn prtn utk p321a, p322a,emas,menaik taraf enjin campro,ev n reev,new transmission termasuk menaik taraf model yg sedia ada.
    Pd hemat saya,tindakan dsz utk tidak mengaitkan p321a dgn model2 yg sedia ada adalah utk membuka lembaran br buat prtn,supaya tiada dikaitkan dgn msalah2 yg lama mghantui prtn.
    Saya doakan prtn berjaya. I.allah.


      • p321a adalah kete b segment, tp mmg ada prtn benchmark kete segmen c jugak, tp bukan benchmark kseluruhan coz cost pengeluaran berbeza. Itu mengikut informer akulah. Tp kita tggu n lihat bila btl2 kuar. Dr segi luaran, bg aku dh ckp utk mncbr civic fd@yg latest, tp interior,xdpt nk komen coz dl tgk gambo,xdpt nk judge walupun ada material soft yg digunakan ikut yg dibagtau mcm upper dash n door trim. Tp xdpt nk cnfirm coz itu info dh lama, masa planning n prototype stage,yg mass production xdpt coz informer bhagian quality produk hq, dh tuko no kot, cume masih tggu info informer lain. Yg terbaik,tggu tgk dpn mata,br bleh cnfirm.


  • Mengenai keputusan sepang 1k km challenge,team prtn r3 hanya mendapat tempat ke 4. Mesti basher suka kan :). Walupun sedih, tetapi tetap berbangga, krn jentera gen2 r3 yg mndpt tmpt ke 4 mghadapi masalah brek dimana terpaksa dibaikpulih menyebabkan mereka jatuh ketempat ke 4 n ketinggalan 2 pusingan dr pemenang,tp akhirnya,berjaya mndpt tmpt ke 3 dan hanya ketinggalan 1 pusingan.
    Manakala harapan neo r3 dipandu faidzil alang n rakan,terkandas kerana masalah teknikal yg menyebabkan mereka terpaksa menarik diri. Ketika itu,mereka menduduki tempat pertama n mendahului satu pusingan berbanding pencabar terdekat.
    Saya yakin,jika tiada msalah,mereka boleh memenangi perlumbaan kerana xsilap saya ketika kelayakan,mereka berjaya utk berada di petak pertama perlumbaan sbenar.
    Keputusan, tmpt 1,toyota altis team typr r racing (confius gak nama team coz bwk altis,bkn ke type r honda?)yg di modified dr 1.8 jd 1.6,tmpt kedua suzuki swift jc racing(xsilap ada performance part jc racing utk swift),ketiga, satria neo dipandu oleh desmond wee n rakan(xsilap, power gak mamat ni dlm racing msia), ke 4,gen2 r3.
    Xslh saya,5 tmpt pertama adalah team racing tempatan, manakala,team rasmi toyota, toyota thailand yg mempertaruhkan toyota yaris, hanya mendapat tempat ke 11 n ketinggalan 16 pusingan dr pendahulu.
    Ksimpulan, hebat jugak anak2 tempatan, kudos kepada mereka, pd team r3,xpelah kalah,adat perlumbaan,tp dh buktikan,berada sebagai pendahulu,krn masalah teknikal,kena retired,n gen2 yg ada prob dr tmpt 7,dpt gak naik tmpt 3.


  • Mengenai keputusan sepang 1k km challenge,team prtn r3 hanya mendapat tempat ke 4. Mesti basher suka kan :). Walupun sedih, tetapi tetap berbangga, krn jentera gen2 r3 yg mndpt tmpt ke 4 mghadapi masalah brek dimana terpaksa dibaikpulih menyebabkan mereka jatuh ketempat ke 7 n ketinggalan 2 pusingan dr pemenang,tp akhirnya,berjaya mndpt tmpt ke 3 dan hanya ketinggalan 1 pusingan.
    Manakala harapan neo r3 dipandu faidzil alang n rakan,terkandas kerana masalah teknikal yg menyebabkan mereka terpaksa menarik diri. Ketika itu,mereka menduduki tempat pertama n mendahului satu pusingan berbanding pencabar terdekat.
    Saya yakin,jika tiada msalah,mereka boleh memenangi perlumbaan kerana xsilap saya ketika kelayakan,mereka berjaya utk berada di petak pertama perlumbaan sbenar.
    Keputusan, tmpt 1,toyota altis team typr r racing (confius gak nama team coz bwk altis,bkn ke type r honda?)yg di modified dr 1.8 jd 1.6,tmpt kedua suzuki swift jc racing(xsilap ada performance part jc racing utk swift),ketiga, satria neo dipandu oleh desmond wee n rakan(xsilap, power gak mamat ni dlm racing msia), ke 4,gen2 r3.
    Xslh saya,5 tmpt pertama adalah team racing tempatan, manakala,team rasmi toyota, toyota thailand yg mempertaruhkan toyota yaris, hanya mendapat tempat ke 11 n ketinggalan 16 pusingan dr pendahulu.
    Ksimpulan, hebat jugak anak2 tempatan, kudos kepada mereka, pd team r3,xpelah kalah,adat perlumbaan,tp dh buktikan,berada sebagai pendahulu,krn masalah teknikal,kena retired,n gen2 yg ada prob dr tmpt 7,dpt gak naik tmpt 3.


  • on topic, mmg best klu dpt terpilih, kete jd mcm kete br kuar kilang, bleh tahan lg 10 thn atleast. Cara ni mmg bgs coz bg penghargaan pd pengguna prtn. Hrp2 dpt invitation preview p321a termasuk test drive.tahniah lg pd tuan punya tanah


  • exora bold dh naik lori, bro blehlah bukak post br. Aku rasa mesti launch ngan exora fl sekaligus@mmg nama dh tkr jd bold sume. Yg beza, gambo sblm nih,rim 15 mcm mc1, pillar color body,xda fog lamp,mgkin m-line.
    Xsabo camne prtn nak letak exora bold cfe ni dlm variant exora coz h-line sblm nih dlm 75k, klu cfe ganti h-line,mgkin rega jd 79k kot,jauh pada m-line. Aper2, xsabo nk ngetest cfe(nk test power) n m-line punya(nk tgk aper perbezaan ngan exora skrg).
    Flx 1.3,mantop, flx se,mmg power, cfe,ultimate weapon for exora, dh xyah nk angkat stream@wish dah, klu ada lg yg ckp exora cfe underpower,mmg buta hati. Iafm+1.6 n cvt pun satu combo yg cukup baik, bg aku paling refine n jauh lg best berbanding cps+4at kat gen2. ini plak cfe,terbaiklah prtn. Keep up goodwork. Ada basher tegar kat paultan dah dpt hidayah bila tgk exora cfe naik lori :-),mgkin dah terkena muka sendiri kot :-).
    Persoalannya,adakah rakyat msia masih skeptik, masih memilih avanza,innova,grandlivina,chery eastar selepas ini coz alasan mereka sblm nih kerana exora underpower?
    Kita tggu n lihat.


    • “flx se,mmg power..” ayat yg tepat bro..terasa yakin bila memotong..bila gerak dari traffic light mmg lancar je…betul2 rasa mcm bwk kereta mewah padahal harge flx se ni bwh 50k..nasib baik aku x ikut ckp pakcik aku suh ambik vios @ city..


    • klu sye..tnggu hatchback la….kite tgk ape feedback user campro cfe…klu kt exora pon dah mantop..bayangkn klu perform kt p3-21 @ p3-22 yg tntunyew berat lg ringan…….just my words…(^_^)


  • p321a adalah kete b segment, tp mmg ada prtn benchmark kete segmen c jugak, tp bukan benchmark kseluruhan coz cost pengeluaran berbeza. Itu mengikut informer akulah. Tp kita tggu n lihat bila btl2 kuar. Dr segi luaran, bg aku dh ckp utk mncbr civic fd@yg latest, tp interior,xdpt nk komen coz dl tgk gambo,xdpt nk judge walupun ada material soft yg digunakan ikut yg dibagtau mcm upper dash n door trim. Tp xdpt nk cnfirm coz itu info dh lama, masa planning n prototype stage,yg mass production xdpt coz informer bhagian quality produk hq, dh tuko no kot, cume masih tggu info informer lain. Yg terbaik,tggu tgk dpn mata,br bleh cnfirm..

Leave a Reply