ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi hebat Chevrolet Captiva sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Views

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Chevrolet Malaysia mengumumkan promosi hebat dengan pembelian sebuah Chevrolet Captiva. NAZA Quest Sdn Bhd, yang merupakan pengedar sah jenama Chevrolet kini memberi pakej servis percuma selama 5 tahun, termasuk alat ganti dan kos buruh dengan bonus tambahan 5000 litre petrol kepada bakal pemilik model tersebut.

Bakal pemilik Chevrolet Captiva, bakal berjimat lebih dari setahun setengah perbelanjaan petrol dan tanpa perlu memikirkan kos penyelenggaraan selama 5 tahun. Berdasarkan harga RON95 semasa, bonus tambahan tersebut menawarkan 5,000 liter petrol bersamaan RM9,500. Dengan enjin 2.4L Gasoline yang cekap bahan api, penggunaan petrol bulanan berjumlah RM500 dan secara teknikal mereka boleh berjimat selama 19 bulan untuk petrol. Sesuatu yang menakjubkan!

5 tahun atau (60 bulan) penyelenggaraan percuma merangkumi servis, upah dan alat ganti bergantung kepada jadual servis yang telah ditentukan untuk model Captiva dan sah untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu). Servis percuma ini termasuklah penukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, drain plug washer, oil filter washer, penapis minyak, elemen pembersih udara, palam pencucuh, penapis pendingin hawa dan automatic transaxle fluid atau brake/clutch fluid (bergantung kepada model kenderaan itu sama ada transmisi automati atau manual.)

Jadi tunggu apa lagi, segeralah ke bilik pameran Chevrolet terdekat, selagi stok masih ada!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply