ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusingan ke-5 Ferrari Challenge Asia Pacific 2012, Singapura

Views

Pusingan ke-5 dan yang terakhir Ferrari Challenge Asia Pacific 2012, telah berlangsung sempena perlumbaan Formula 1 Grand Prix di  litar jalan raya Marina Bay, Singapura. Perlumbaan Ferrari versi Asian kini memasuki tahun yang kedua, tetapi ini merupakan pertama kalinya mereka berentap di litar jalan raya sebagai perlumbaan sokongan kepada acara Formula 1 Grand Prix.

Pelumba Perancis, Alain Li memenangi pusingan kali ini untuk edisi Asia Pasifik Ferrari Challenge Trofeo Pirelli. Perlumbaan tersebut terpaksa berakhir di belakang Safety Car disebabkan kemalangan yang melibatkan pelumba  Australia’, Steve Wyatt, yang bertanding untuk kategori Trofeo Pirelli pada pusingan ke- 5. Pelumba dari Thailand, Pasin Lathouras yang juga rakan sepasukan Li menduduki tempat kedua manakala peserta tuan rumah Ringo Chong melengkapkan senarai podium.

Dalam kategori Coppa Shell, pelumba Korea Selatan Tack Sung Kim, telah berjaya menewaskan Jacky Yeung dari Hong Kong dan pelumba dari China, Junhan Zhu. Peserta jemputan Marc Gene menamatkan perlumbaan dikedudukan ke-9 keseluruhan dengan memandu kereta khas sempena pengiktirafan kepadanya yang telah menyertai perlumbaan Grand Prix ke-500 bersama Shell dan Ferrari.

Pelumba Sepanyol itu berada di podium bersama para pemenang dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Prinsipal Pasukan Scuderia Ferrari, Stefano Domenicali dand Pengarah Komersil Ferrari, Enrico Galliera. Selepas perlumbaan mereka mengadakan sesi fotografi yang turut disertai oleh Fernando Alonso and Felipe Massa.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply