Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kini semakin hampir dan UMW Toyota Motor (UMWT) menjemput rakyat Malaysia untuk menambah Toyota dalam cerita Hari Raya mereka dengan turut serta di dalam kempen promosi “Mula Jalan Cerita Bersama Toyota”. Promosi yang berlangsung pada sepanjang bulan Jun 2018 memberikan tawaran terbaik bagi model-model kenderaan Toyota. Apa yang lebih menarik, harga baru kini juga tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Harga untuk model seperti Vios kini menjadi lebih mampu milik dengan harga bermula dari RM70,752 disamping tawaran pakej penyelenggaraan percuma bernilai RM2,005, manakala MPV kompak Sienta pula berharga RM91,527 beserta rebat tunai sebanyak RM1,000. Selain itu, Toyota juga memberikan tambahan penjimatan sehingga RM3,500 serta aksesori percuma bernilai sehingga RM5,790 (bergantung kepada model yang dibeli). Duit Raya sebanyak RM500 juga turut diberikan dengan pembelian mana-mana model kenderaan penumpang Toyota (Vios, Corolla dan Camry) serta model MPV (Innova, Avanza dan Sienta).
Bagi mereka yang lebih menggemari Toyota Hilux dan Fortuner, rebat tunai sebanyak RM1,000 serta aksesori percuma bernilai sehingga RM3,429 akan ditawarkan. Semua promosi istimewa ini adalah untuk varian-varian terpilih sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.
Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan pula mereka mempertimbangkan tawaran yang disediakan oleh Toyota Capital, seperti Toyota 2-Tier Plan yang menyediakan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah kepada graduan serta pelan pembiayaan Toyota Drive, pakej pembiayaan yang pertama seumpanya ditawarkan kepada pelanggan, yang membolehkan mereka menikmati lebih banyak penjimatan.
Semua model Toyota didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux dengan maksimum jarak 150,000 km). Untuk meningkatkan lagi nilai kenderaan Toyota, jaminan berkenaan juga boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya selagi ia masih tertakluk kepada terma dan syarat. Kunjungi bilik pameran Toyota terdekat untuk sesi pandu uji atau layari juga laman sesawang www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.
Sempena berlangsungnya promosi ini juga, Toyota akan mengeluarkan sebuah video “Jalan Cerita Raya” untuk mengimbau perjalanan tahun-tahun penuh bersejarah jenama Toyota bersama rakyat Malaysia setakat ini. Kunjungi laman mikro jalancerita.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI