ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Tun Razak (Selatan) ditutup sementara untuk kerja pembinaan jalan raya bertingkat

Views

Naza Engineering & Construction Sdn Bhd mengumumkan pelaksanaan pelan pengurusan lalu lintas jangka panjang di Jalan Tun Razak selatan untuk memudahkan pembinaan jalan raya bertingkat bagi melancarkan aliran trafik, berkuatkuasa dari 1 Jun 2018 hingga 9 Julai 2019.

Laluan yang terlibat adalah:

  • Dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan (melalui Jalan Tun Razak).
  • Dari Jalan Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak (ke arah Bulatan Kampung Pandan)

Papan tanda arah akan disediakan dan Pasukan Respons Kecemasan Projek Naza akan digerakkan dan ditempatkan di titik strategik bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas. Bagaimanapun, pemandu yang menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan dari Jalan Raja Chulan atau Jalan Bukit Bintang dinasihatkan membuat lencongan melalui Jalan Imbi atau menuju ke utara di Jalan Tun Razak dan membuat pusingan-U berhampiran Menara Tabung Haji sebelum masuk ke jalan bawah.

Sila rujuk kepada peta yang dilampirkan untuk maklumat lanjut tentang penutupan jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply