SUBANG JAYA, 28 Disember 2011– Proton hari ini melancarkan program ‘PROTON I-Care Prihatin Banjir’ untuk membantu pemilik kereta Proton yang mengalami kerosakan akibat banjir. Program ini akan bermula pada 29 Disember 2011 sehingga 29 Februari 2012.
Melalui program ini pemilik kereta Proton yang terlibat boleh mendapatkan pemeriksaan secara percuma, servis tunda percuma untuk jarak dalam lingkungan 5km dari pusat servis Proton terpilih & juga diskaun sehingga 20% untuk Alat Ganti Tulen PROTON.
Selain itu, program ini juga melibatkan road show dari PROTON di beberapa lokasi di Kelantan, Perlis, Pahang dan Johor. Road show tersebut telah bermula lebih awal iaitu pada 23 & 24 Disember 2011 bertempat di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, Kelantan dan juga di SCH Service Center Kangar, Perlis pada 24 & 25 Disember 2011. Untuk road show yang akan datang, lokasinya adalah seperti berikut :
Tarikh |
Tempat |
30 Disember 2011 | Stesen minyak Petronas , Jalan Johor, Pontian, Johor |
30 & 31 Disember 2011 | Pekan Kerayong, Bera, Pahang |
Pihak Proton akan mengumumkan lokasi road show yang lain dalam masa yang terdekat. Semasa road show berlangsung, juruteknik Proton akan berada di lokasi tersebut & akan memberikan tips untuk mengendalikan kereta yang rosak akibat banjir. Pemilik kereta Proton boleh melakukan “18-points safety check” dan pemasangan tali pinggang belakang secara percuma.
Untuk servis tunda & keterangan lanjut, sila hubungi PROTON I-Care Centre di talian – 1300 – 880 – 888 atau 1800 – 888 – 398
tahniah ..satu effort yang sangat baik,yg paling penting perkhidmatan selepas jualan yg terbaik..so owner proton jgn lepaskan peluang..
~Komited untuk menjadi lebih baik
#Saya cayang Proton ^_^
sebenarnya kene buat mcm nh time musim banjir. X pun all the time. Terutama kereta uh kene kawasan banjir & ada insurans untuk banjir. Senang nak urus. Tapi 5 km radius tu rasa2nyer buat la lebih sikit la..