PROTON hari ini membuka Pusat 3S yang pertama di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan serentak dengan itu juga melancarkan Satria Neo R3 untuk pasaran Brunei. Pembukaan Pusat 3S Gadong dan pelancaran Satria Neo R3 telah disempurnakan oleh Puan Yang Terutama, Puan Haznah Md Hisham, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam yang diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Berhad, Dato ‘Lukman bin Ibrahim dan Encik Simon Gelan, Pengarah Urusan United Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Proton di Brunei.
Terletak di tengah-tengah pusat perniagaan utama di Brunei Gadong, Pusat 3S yang berkeluasan 1,179 meter persegi mampu mempamerkan maksimum sembilan kereta dan pusat servis yang mampu mengendalikan sehingga 11 kereta pada satu-satu masa.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, PROTON semakin agresif dengan memperkenalkan Prevé untuk pasaran luar negara. Pada bulan Oktober tahun lalu PROTON memperkenalkan model untuk pasaran Australia semasa Australia International Motorshow 2012 dan pada bulan November, Prevé dilancarkan di Thailand semasa Thailand International Motor Expo 2012 di Bangkok. Brunei adalah pasaran antarabangsa ketiga untuk Prevé dengan empat belas model PROTON telah pun diperkenalkan sebelum ini. Pembukaan Pusat 3S Gadong dan pelancaran Satria Neo R3 menunjukkan komitmen PROTON untuk terus bersaing di Brunei yang merupakan salah satu daripada pasaran utamanya.
Bersempena dengan pelancaran Pusat 3S baru, PROTON juga melancarkan Satria Neo R3 ke pasaran Brunei, pelancaran pertama antarabangsa sejak kereta itu dilancarkan di Malaysia pada November 2012. Satria Neo R3 adalah lanjutan daripada model yang paling ikonik PROTON, iaitu Satria Neo CPS yang kini telah dipertingkatkan dengan gaya keseluruhan yang lebih baik untuk gaya yang lebih segar dan lebih sporty.
“Dengan segala pencapaian yang berterusan dalam sukan permotoran, permintaan yang sedia ada bagi Satria Neo juga sedang didorong dan terus berkembang. Kami percaya ada permintaan bagi model seperti ini untuk pasaran Brunei, ” “Beberapa pelanggan kami di luar sana sedang menunggu kemunculan semula Proton Satria Neo ikonik, sebuah hatchback sporty yang berdaya saing dan berkualiti. Satria Neo R3 disasarkan untuk golongan muda, yang berjiwa muda dan tentu sekali untuk peminat sukan permotoran. Dengan tambahan kit R3, pastinya ia memberikan prestasi yang terbukti pada harga yang berpatutan. ” kata Dato ‘Lukman.
salam.
kadang2 aku tertanya kenapa lancar produk2 ni lambat sangat kat luar negara..tapi mungkin banyak peraturan yang perlu dilakukan untuk memasuki pasaran baru…proton perlu lebih agresif dalam memasarkan kereta mereka…sepatutnya model2 yang d lancarkan d malaysia tak perlu tunggu lama untuk masuk market antarabangsa…perlu cepat2 curi pasaran
pasaran di luar negara mmg sengit. mereka mempunyai pelbagai pilihan model pd harga yg lebih kurang sama bezanya. tidak seperti di msia. rata2 komen jurnalis auto mereka komen 2 benda je-harga proton agak mahal dan kualiti yg tidak mencapai standard mereka.
Lagi satu. Exora bila nak lancar kat AU? Dah bulan berapa dah ni. Hadoi.
ketua pemasaran dah orang baru kan..chako ke apa nama dia..ke dah berenti sekali dengan syed zainal…sepatutnya proton kena lebih agresif…dengan memasarkan ke banyak negara2 lain…tak boleh tumpu kepada malaysia sahaja..kalau boleh jual d banyak negara walaupun dalam kuantiti mungkin 10k untuk satu negara adalah satu jualan yang memberangsangkan pada ketika ekonomi yang sedikit suram ini….
Exora bukan dah launch kt australia ke?
mungkin proton patut terus tumpukan pasaran luar dulu.. pelancaran model baru buat kt negara luar dulu pastu baru masuk malaysia.. mungkin cara ni boleh naikkan standard kualiti proton sbb model baru yg dah awal2 kena ikut piawai antarabangsa
tak cukup staff kot proton. huhu..
atau masih lagi tak berapa stable dgn management baru.
adeih..mmg ambil masa lama..
exora dah launch dekat au.. http://www.proton.com.au/
Salam, sudah ada berita pasal penurunan harga kereta. Yang model lain tak pasti lagi.
Krajaan umum 7-11% reduction in car prices for selected models, Preve, Alza, Peug 308, Golf, Jazz Hybrid.
Exora belum jual lagi dkt AU. Microsite tu dari tahun lepas lagi. Coming soon mid 2013. ANCAP punya result untuk Exora pun tak kluar lagi.
Suka atau tak suka, proton di Aussie umpama hidup segan mati tak mahu. Negara2 lain seperti thailand dan brunei ni aku tak tau macamana. Rasanya mmg sendu penjualan proton di luar negara. Rasanya pihak proton sendiri pun pening kepala mcmana nak org beli kereta dia..even dah bagi mcm2 insentif pun susah nak lakukan kereta.
Kesusahan ni la yg akan buat proton lagi matang lepas ni insyaAllah..
Ni jualan kat singapore. haruu..
http://www.lta.gov.sg/content/dam/ltaweb/corp/PublicationsResearch/files/FactsandFigures/M03-Car_Regn_by_make.pdf
Jika lihat pada rekod begitu mmg tiada lain cara kena susukan anak sendiri kenyang dari susukan anak kera. Bila anak sendiri kenyang barulah rezeki lain bertambah. Kira kes anak sendiri tak kenyang susu emak dah begitu lama ni. Apa kat Proton kali ini bagi anak sendiri kenyang dengan susu. InsyaAllah rezeki lain pasti datang dan bertambah.
saya sokong Proton perlu agresif untuk expot ke negara luar (terutama negara dunia ke ketiga). Tetapi harga perlu rendah, untuk menyaingi harga kereta buatan murah yg lain seperti dari china.
1-ok lah tuh, seri ngan perodua, dua sama…
2-saper saper ader sales figure kat siam, indon and au…share arr..nak tgk post DRB nyer camner..pre DRB camner…
3-aper aper pon for DRB, first year memang sakit sket…..kereta nih complex, high end good, tapi kalo dijual SA complex. kan senang dah cover operation cost for 2013 nyer financial year…
4-Tapi kalo diikutkan perbincangan ramai orang, syed mokhtar beli proton for support ekonomi melayu, untung rugi rasanya bukanlah masalah kot…ker guaner..
syed mokhtar mungkin berteras macam tu..tapi pengurusan yang ada tetap perlu membuktikan sesuatu kepada pemegang saham dan penasihat…lebih2 lagi apabila pemegang saham dan penasihat mempunyai hubungan yang agak rapat..lebih2 lagi apabila proton mempunyai sentimental value kepada penasihat…dan orang melayu kerana ini bukti orang melayu boleh buat kereta…wp pada peringkat awal ramai meraguinya…
drb perlukan usaha yang sangat agresif…aku heran dalam banyak2 syed mokhtar take over, proton paling lambat progress dia….dulu masa abik pernas tak lama mana pun..dalam 1 tahun dah boleh nampak hasil…begitu juga masa mmc abik drb hicom…abik masa dalam dekat 3 tahun baru nampak hasil…
tapi pembuatan kereta lebih kepada dekat dengan pengguna secara terus..pengurusan yang baik sekalipun sekiranya masalah persepsi kereta proton dan juga penerimaan pengguna terhadap model2 proton tidak mendapat sambutan, pening kepala juga tu…
tapi pengurusan yang baik dapat mengetahui kitaran sesuatu model untuk gantian atau penambahbaikan…malangnya…kalau d abik komen ruffstuff, proton seolah hanya mempunyai satu kumpulan untuk model kereta terbaru mereka…memang lembap kalau macam ni…sepatutnya ada dalam 7 atau 8 kumpulan..baru boleh kuarkan model tanpa menjejaskan model yang ingin d lancarakan atau dalam pembangunan..boleh kita melihat percambahan idea yang bernas dari kumpulan masing….
Proton dilihat agak tertekan dengan jualan kereta di pasaran tempatan. Kini perodua telah berjaya mengatasi jualan proton. Selain itu, proton juga terpaksa bersaing dgn entry level model2 luar seperti nissan Almera, Toyota vios, honda city. serta model2 pertengahan lain.
Sekiranya proton masih kekal dengan model2 sedia ada skrg, mungkin ia akan mengalami lebih banyak susutan jualan menjelang 3-4 tahun lagi. Sepatutnya proton sudah boleh mengeluarkan pengganti saga pada tahun depan. begitu juga Exora disamping menambah baik model preve. Proton tidak perlu mencanang satria neo sehingga 3-4 tahun mendatang kerana ia seolah2 menggambarkan proton bersifat statik sahaja.
Fahami kehendak pengguna. kerana pengguna yang membuat keputusan kereta mana hendak dibeli. Cuba tanya kenapa org beli almera berbanding preve? tanya apa kekurangan model2 yg ada skrg? interiornya, exteriornya…do the math right. Boleh dikatakan masalah kualiti masih melanda sehingga pengguna inspira pun mengeluh kerana kereta berharga RM90K berbunyi2 dashboardnya. so, susah nak hilangkan persepsi, proton= kualiti teruk, berbanding nak meyakinkan pengguna, proton= ride and handling terbaik.
PLEASE la management baru. Korang ingat pasaran kereta nh mcm 2 3 tahun lepas ke. Team untuk buat kereta bukan 1-2. Tapi kene 5-6. Nh pelan nak mampus. SERIOUSLY.
memang proton kena jauh lebih aggressif dari ni…
PROTON xboleh harap lagi pasaran Malaysia, dh tepu. Lagipun sniffing market demand dr segi styling dan segment kereta, PROTON masih jauh ketinggalan. PRODUA dahulunya di belakang skg kedepan. Kerana managment mereka ‘hidup’ sehingga menghidupkan ‘engineering’ yg hasilkan produk bertepatan dgn kehendak rakyat/ pengguna.
PROTON agak ‘keras kepala’ dr segi memahami pasaran. Masih nk tunjuk EGO dr segi styling yg hanya menumpu pd kehendak FAN tegar Proton tp tidak menarik hati org biasa.
Lihat bagaimana rekabentuk SAGA, SAGA produk hebat tp sayang touch-up tidak kena, ‘kedekutnya’ PROTON utk invest lebih pd kosmetik yg sesuai dgn persaingan. Pihak PROTON cuba pejam mata pada bab ini..konon remeh, krn mata lah jatuh ke hati. SAGA sgt bagus tp krn kosmetik GAGAL, maka MyVi jd pilihan.
SAGA FLX, disangkakan PROTON akan ubah sikap, malang! hanya kecilkan bumper belakang, kecilkan saiz TAIL LIGHT belakang, (TAIL light lama lebih elegant-smpi org ckp Mercedez Malaysia), letak ‘misai’ di grill depan, angkat lampu sikit..then habis? Itu je facelift?
FACELIFT PEMALAS dan TAK CERDIK maaf bahasa kasar). cuba lihat mcm mana MyVi facelift? sentuhan sikit tp beri makna yg menarik. Styling PROTON mcm lepas batuk di tangga! 1st version sudah elok, cuma touch up interior, exterior supaya berevolusi, bukan design ‘TAMPAL2’..
interior FAILED. dgn warna yang DULL, rekabentuk yg bosan, central console mcm kotak almari.. bila ditegur secara terbuka dlm blog akan ada FANS yg MARAH2 dn compare dgn company Conti. bla2.. akhirnya PROTON terimalah jawapannya.. pembeli tolak. Attitude inilah yg merosakkan PROTON.
Jika PROTON sudah hebat spt WV atau TOYOTA, buat pintu terbalik pun org akan ckp itu estetik values, tp disbbkan PROTON masih ‘junior’ PROTON kena ikut dulu kehendak pasaran, jangan MEMANDAI2 sehinggala diyakini diperingkat GLOBAL, barulah dtgkan identiti sendiri!
Bg yg ada connection dgn pihak pembuat keputusan dlm PROTON, fikrilah sejenak, lihatlah secara ikhlas dlm margin keuntungan niaga, lihat produk2 kereta yang berjaya, transformlah PROTON jd produk GLOBAL. PERVE tidk berjaya di GLOBAL kan krn attitude pemikiran dlam PROTON xberubah. EGO dan UNTOUCHABLE ABLE.
PROTON SAGA pertama tahun 1985 lebih cantik dan menarik interior dan exterior yg menawan hati pembeli di zaman itu. Jepun dh ajar jugak sikit sebanyak wpun mereka kedekut, cuba lihat attitude Jepun bila design produk, mereka ‘halus’ dlm mencari ergonomik dan functionality. Lihat bagaimana JEPUN detail dr segi design dashboard dan aircond ventilation, kaki, cermin, rooms, celah kaki, semuanya mereka cover.. maksudnya mereka FIKIR apa keperluan pembeli.
PROTON nk hasilkan CAKUK TEH TARIK pun kena tunggu berpuluh tahun wpun hari2 engineer proton naik kereta, minum teh, tk boleh nk rasai denyut keperluan. HONDA design tempat letak payung di bawah kaki seat belakang.. org Malaysia cukup pening kepala nk simpan payung bila hujan dlm kereta.. tp PROTON GAGAL faham.
nah skrg? nk paksa org beli PROTON lagi? bila pasaran telah dibuka, hardcore2 EGO + DEGIL dlm PROTON masih bangga?
kita komen sbb kita sayangkan PROTON..tp syng sekali management PROTON tk kesah pun..
wallahualam..
After Sales saya sokong PROTON dengan effort begini:
BELI spare part online PROTON-ASLi lagi MURAH!
>>>>> http://www.protonparts.com.my/online/index.
Belilah parts ori yg menguntungkan performance dan hayat kereta anda. Skrg tak pening kepala kena tipu dgn AHBENG, part2 yg selalu pakai GENUINE sampai depan pintu rumah, yg boleh buat DIY save byk cost, kita lbh cermat baut sendiri berbnding harap pomen.
Bg yg pakai pomen pokok ceri, boleh bg parts tu utk diorng settlekan.. log-in, pilih, bayar VISA/Internet Banking, CDM, then tunggu esok brg sampai dh dr Glenmarie dgn POSLAJU.
Mudah dn sgt bagus! Saya dh cuba.
Tahniah PROTON PARTS dept.
Sy bersetuju dgn komen sedara OrgBiasaPakaiProton.sy pun harap proton brubah,bile diluahkan dlm blog ni ade je yg panas..kite pengguna tegur menda yg betul..bukan rekaan atau saje2 nk memburukkan proton pun
PROTON keluar kereta mampu milik.
– Dilancarkan esok pada harga 10 peratus lebih rendah.
– Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Khamil Jamil, berkata kereta itu yang akan dilancarkan esok adalah berasaskan kepada model sedia ada Proton, tetapi ditawarkan pada harga kira-kira 10 peratus lebih rendah.
– Beliau menegaskan, walaupun ditawarkan pada harga lebih rendah, tetapi aspek kualitinya tetap dijaga, malah ditampilkan peningkatan dari aspek ciri-ciri keselamatan.
pd aku, styling problem xde masalah.
yg masalah ialah fit&finish.
styling ikut taste individu.
fit&finish tu ialah kekemasan.
e.g: interior polo pd aku buruk, tp fit&finish cantik
pendapat aku, penurunan harga ni tak berapa praktikal..
Sebab kalau harga turun, org yang baru je beli kereta kereta tu mesti tencen sebab dia baru je beli dgn harga mahal, tiba2 dh jadi murah,
Resale value varian kereta sama yg lebih mahal, automatik akan jatuh. sekelip mata.
Benda ni dah terbukti masa kereta proton savvy dulu. harga rm40k. tiba2 keluar versi lite dengan harga 33k. dah la savvy tak berapa ada resale value, bila jadi mcm tu, varian yang spec lagi tinggi baru beli pun tak dapat nak resale value dengan harga 30k pun.
bagi aku lebih praktikal jika proton gunakan perbezaan harga tu untuk improve spec kereta tersebut.
maybe better sound insulation, plush seats, pkai steering preve pn bleh. paddle shift,
better doortrim, better suspension, better tires, better fit and finish pun bleh..
kalau nak penurunan harga jugak, turun rm1k pun dah buleh wat news title…
Mmm…patutnya kita hargai improvement yg dilakukan oleh prootn sejak model pertama hinggalah model terkini keluarannya tanpa menafikan itu juga masih belum cukup lagi. Kena hargai juga proses pembelajarannya dan mereka masih terus belajar to be much better setanding dgn company yg dah berpuluh2 tahun pengalaman.
Membuat perbndingan demi utk lihat proton berjaya itu sepatutnya tapi membuat perbandingan utk memperlihatkn betapa teruknya proton hari ini, tentulah sesuatu sifatnya:) Sudah smpai masanya prootn lebih selfish dalam menentukan hala tuju dan survival mereka dlm industri nie. Create model2 mengikut kehendak pasaran domestik n global. Tak perlu lagi ikut cakap MITI; segment mini n compact bukan lagi milik ekslusif perodua jer. sudah masanya prootn hasilkn GSC atau lebih baik drp model super mini compac- Myvi sehingga hari ini tiada saingan model nie di pasaran domestik utk segment itu. Setakat ini model segment itu adalah model populis dan perodua tiada saingannya. Setakat nie, saga adalah model low cost sedan yg terbaik yg ada dipasaran domestik, dgn memperkenalkan pelbagai varian, saga nie sudah ada kelasnya tersendiri. Sebut sahaja model apa dlm katogeri low cost sedan di malaysia yg mampu milik?. Bandingknlah apple n apple.
Dari segi design bukan masalah besar dlm model2 prootn, pen ‘detail’ an kat fit n finishing masih kurang kepakaran. Itu saja. Kena gali lebih lagi. Setakat nie Perodua adalah jaguh kosmetik sebb itu sahaja yg diorg perlu lakukan bila model asal adlaah dri negara jepun nie. Dari kancil sampai la ke myvi baru nie, paling sy tak suka rekabentuk grill pada bumper depan kenderaan perodua. seperti tampal2 dgn kadboard jer gamaknya, ada sesiapa perasan? x pernah lagi nampak design mcm tampal kadbord kat geril tu kat mana2 kereta pengeluar lain melainkn kereta2 model perodua,
Preve adalah perintis kereta global proton, mmg sukar utk melihat hasil sesingkat ini bila brand proton sendiri masih tidak kukuh di peringkat global. Kekadang org beli produk sebab jenama walau model x lawa mana. So ini cabarannya. Seribu langkah bermula dari langkah yg pertama… so, itu yg proton lakukan.Yg pentiing diorg cuba… How about perodua?
cheers!
Kenapa?selama ni ada halangan ke utk proton keluarkan kereta segment mini n compact ke? habis tu model savvy kelas apa? tiara hasil usahasama DRB-Proton-citroen semasa zaman kancil tu kelas apa? Proton tidak pernah mendapat halangan untuk keluarkan apa2 model sekalipun.
Pasal perodua saya tak mahu komen lebih sebab saya hanya ada pengalaman dengan kancil sebagai kereta pertama saya, kereta kecil yang jimat dan mudah disenggarara.
Namun apabila saya mengambil keputusan untuk menukar kereta yg lebih besar dan membeli proton yang mahal harganya selepas perdana ketika itu, sudah tentu saya kecewa jika proton tidak pernah belajar selama 10-11 tahun untuk model itu. fit and finish teruk! Malulah sikit! takkan engineer dan pegawai kualiti tak pernah perasan atau belajar? atau dorang tak pakai kereta proton sendiri?
Orang yg marah dan menegur proton adalah org yg kecewa sebagai pemilik proton. tak lebih dari tu.
Mmm… proton mmg tiada halangan dlm menghasilkan model compact di M’sia cuma politik industri mewajarkan perodua khusus utk model2 itu. sbb itu dinamakan perusahaan automobil kedua nasional sedangkan segment model dlm proton adalah meluas.
Tiara adalah model yg tidak patut ada dlm pasaran, keputusan yg silap oleh Tgku Mahalel utk jln mudah mengurangkn kos tanpa melihat kesan model tu dipasaran dan saingannya. Tiara dlm katogeri 5 door hatchback/supermini. Selepas model kancil mendapat tempat di pasaran m’sia, proton cuba menyaingi model mini compact nie dgn mghasilkan model savvy 1.2, namun begitu prootn salah percaturan bila pesaing menghasilkan model supermini compact 1.3 myvi yg lebih besar dgn tidak jauh masa pelancarannya. Walaupun segment kedua2 segment savvy n myvi berbeza, tapi rakyat biasa membuat perbandingan ini. dan ternyata perodua menang dari segi psycology.
Apa yg diceritakan ini adlh tempoh zaman2 gelap proton sebelum DSZ mendapatkn kembali kepercayaan pengguna di bawah pengurusannya. Walaupun beliau sudah tiada dlm proton, resepi strateginya perlu diperluaskan. GSC proton perlu direalisasikan segera utk tuntutan pasaran domestik n global kerana ini advantage bila mana myvi sekadar gah utk pasaran domestik sahaja….nie pendapat sy jerr la..
cheers!
So maknanya proton telah 2 kali melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kereta kompak mereka. Adakah mereka akan melakukan kesilapan kali ketiga apabila mengeluarkan kereta kompak baru mereka kelak? sama2 kita tunggu.
p/s: kalau rasa susah2 sgt nk keluarkan GSC, pi pujuk mitsubishi bagi mirage nya..xpun pujuk honda dgn brio nya, nissan dgn marchnya..kalau nak best, rebadge 208.
sorrylh..sy kecewa dgn proton..mungkin 10-20 tahun lagi baru nak matang. cheerss