Laporan dan gambar oleh Arish Qutb Ahmad Khan
Direka dan dibangunkan secara eksklusif untuk jalan raya dan keadaan cuaca yang melampau di Asia Pasifik, MICHELIN Primacy 3 ST baharu adalah jawapan kepada keperluan khusus dan harapan pemandu di rantau ini. Keupayaan unik untuk memberikan prestasi secara serentak adalah intipati falsafah Michelin Total Performance.
MICHELIN Primacy 3 ST mempunyai empat teknologi Michelin yang terkemuka :
– Teknologi Even Peak memastikan perjalanan yang 8% lebih senyap berbanding dengan pesaing utama, terima kasih kepada corak bunga yang unik dengan spektrum yang lebih luas saiz bunga-blok dan bunyi disebarkan diseluruh julat frekuensi yang menjadikan ia lebih senyap. Itulah sebabnya generasi baharu Michelin Primacy dipanggil ST yang bermaksud Silence Tuned.
– Teknologi Cushion Guard memberikan prestasi yang terbaik untuk keselesaan, menggabungkan sebatian bunga yang fleksibel, penyerap hentakan dinding sisi dan getah penebat bunyi untuk mengurangkan getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak sekata.
– Teknologi Stabiligrip dan FlexMax bergabung untuk mencapai jarak lebih pendek, 1.6 meter semasa membrek dalam keadaan basah berbanding dengan sebelumnya 2.9 meter dan ia lebih baik daripada pesaingnya. MICHELIN Primacy 3 ST baharu mempunyai tampalan lekap lebih besar yang mampu meningkatkan jangka hayat tayar sebanyak 25 peratus berbanding dengan tayar terdahulu.
Saya begitu bertuah untuk menyertai rakan media di seluruh rantau yang telah dijemput untuk menguji MICHELIN Primacy 3 ST baharu di litar Antarabangsa Bonanza Khao Yai di Thailand. Litar ini telah dibahagikan dalam beberapa bahagian untuk membuktikan kehebatan Primacy 3 ST berbanding dengan pesaingnya Bridgestone dan Yokohama DB.
Kami memulakan sesi ujian dengan 45 minit pemanduan yang indah di sekitar Khao Yai dengan memandu Honda Accord generasi baharu. Laluan ini memberikan kami pengalaman memandu pada permukaan jalan yang berubah-ubah. Saya tidak dapat merasakan keselesaan dan kesenyapan tayar berbanding pesaingnya, lalu saya membuat kesimpulan bahawa ia tidaklah begitu mencengkam dan selesa namun tiada apa-apa untuk dirungutkan mengenai bunyi jalan raya.
Sesi seterusnya ialah ujian bunyi jalan raya. Sebahagian daripada litar telah diletakkan kabel pada permukaannya untuk simulasi penandaan jalan dan kami telah diberikan Toyota Camry untuk menguji tayar Primacy 3 ST dengan Yokohama DB. Selepas 3 pusingan, saya tidak dapat membezakan antara kedua-duanya tetapi meter dB pada tangan dapat mengesannya. Walaupun tidak begitu ketara, tetapi ini menandakan satu kejayaan besar buat Michelin!
Dua unit Volvo S60 diberikan untuk ujian seterusnya, iaitu ujian cengkaman pada permukaan kering. Satu siri ujian mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, menukar lorong secara tiba-tiba dan zon membrek yang banyak membolehkan kami mencuba cengkaman hebat tayar Michelin berbanding pesaingnya. Terbukti ciri Stabiligrip dan FlexMax telah berkesan! Kami dapat merasakan cengkaman, melepasi halangan dengan lebih pantas dan kemudian membrek dengan Michelin.
Ujian akhir hari ini adalah ujian di litar basah. Litar yang telah dibasahkan pada selekoh terpilih, menukar lorong dan berhenti 85km kawasan brek. Di sini Michelin begitu cemerlang mengatasi Bridgestone. Primacy 3 ST dapat mengekalkan kelajuan di selekoh dan amat stabil semasa menukar lorong. Jarak berhenti dengan blok Stabiligrip adalah 3 meter keseluruhan berbanding dengan pesaingnya, jarak yang boleh mengelakkan malapetaka dan mungkin juga kematian.
Kesimpulannya, saya merasakan walaupun MICHELIN Primacy 3 ST baharu tidak mempunyai trend corak erotik seksi yang mungkin dipengaruhi beberapa faktor, tetapi corak tersebut tetap ada dan selepas mengujinya, saya percaya bahawa ia sangat berkesan dan bergabung dengan baik bersama kereta saloon saiz pertengahan yang ada di pasaran. Tayar baharu MICHELIN Primacy 3 ST boleh didapati dalam saiz 15″ hingga 19″ dan yang paling menarik, harganya masih kekal. MICHELIN Primacy 3 ST kini didapati disemua Tyreplus dan rangkaian peniaga Michelin di seluruh negara.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
michelin , terbaek..