ARKIB

KATEGORI

Info

Lima ‘Modifikasi’ yang bakal merosakkan prestasi kereta anda

Views

Kereta merupakan bentuk kejuruteraan yang paling kompleks kerana ia menggabungkan pelbagai jenis teknologi. Jika anda kaki bikin kereta, artikel ini akan menjelaskan lima pengubahsuaian prestasi yang sebenarnya bukanlah suatu idea yang baik.

Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anda, kerana itu merupakan selera dan duit poket anda sendiri yang akan rabak dikemudian hari. Kami rasa tiada apa pun yang menarik jika anda terpaksa mengorbankan prestasti kereta semata-mata nak nampak cantik di mata anda, walaupun orang lain nampak ia sesuatu yang pelik.

Jom kita tengok apakah lima perkara tersebut.

1. Kamber (Camber) Negatif

onikyan
Walaupun pelbagai fakta dibentangkan mengenainya, namun peminat modifikasi ini akan tetap menafikannya sampai bila-bila. Cuba rujuk pada rajah di bawah yang diambil dari buku Carroll Smith “Tune To Win”.

5ca7c1f4-997f-4929-9a65-9a36dc-55cbd135bb1bf

Pekali (coefficient) geseran antara tayar dan permukaan tanah mungkin ciri paling penting untuk tayar – lebih tinggi pekali (coefficient) geseran, lebih cengkaman tayar. Seperti yang anda lihat dalam graf di atas, cengkaman puncak terhasil daripada kira-kira -1.0 hingga -2.0 darjah kamber negatif.

Jumlah ini akan berubah berdasarkan tayar tertentu dan beban lateral yang dialami, sebagai contoh kereta yang mempunyai downforce yang sangat tinggi dapat melepaskan diri dengan kamber (camber) sedikit negatif.

Perlumbaan Nascar merupakan sukan permotoran yang menggunakan kamber (camber) negatif yang paling tinggi. Namun anda kena ingat, kereta ini berlumba atas litar berbentuk oval yang agak curam dengan downforce dan kelajuan yang sangat tinggi. Jadi G-forcenya adalah lebih baik dari kereta yang berada di atas jalan raya biasa, membolehkannya menggunakan sudut kamber (camber) yang lebih tinggi.

Pada hakikatnya, jika anda menggunakan kamber (camber) negatif tayar kereta anda akan kurang cengkaman selain tayar akan lebih cepat haus dan pemanasannya tidak sekata. Jom tonton video di bawah.

Camber Kit - Explained

2.Tayar yang diregangkan

EuroGolfProject0639
Salah satu daripada dua cara ini membolehkan tayar kereta anda diregangkan. Cara pertama adalah meletakkan tayar sempit pada roda asal. Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pengendalian.

Cara kedua adalah untuk meletakkan tayar saiz asal (atau lebih besar) pada roda lebih lebar.Ini akan mengakibatkan pertambahan berat roda, sekali gus meningkatkan inersia putaran (kuasa penyaliran) dan meningkatkan berat tak terpegas (mengurangkan keberkesanan sistem anda).

Jadi semasa membelok di selekoh, tayar akan tersagat pada dinding bawah kereta. Untuk menyelesaikan masalah ini, ia tidak memerlukan pelarasan kamber (camber) lebih negatif, tetapi  sebenarnya pemilihan saiz roda dan tayar yang betul.

3. Spring yang keras

maxresdefault
Untuk kes yang tertentu ada keperluan untuk menggunakan spring yang lebih keras, namun ia tidak semestinya baik. Dalam sukan permotoran kadar spring lebih keras digunakan kerana kereta lumba lebih rendah ke permukaan litar dan digunakan untuk menyekat pergerakan badan kereta, selain mengoptimumkan aerodinamik dan keadaan permukaan litar lumba yang agak rata serta licin.

Spring yang lembut sebenarnya memberikan lebih cengkaman mekanikal. Jika guna spring keras memanglah ia membantu mengurangkan olengan badan dan merendahkan kereta, tetapi jika anda lalu bonggol, jalan yang tidak rata dan lubang pasti anda akan rasa menyesal menggunakannya. Takkan nak menyendeng ke tepi setiap kali nak lepas bonggol macam ketam nak mengajar anak dia berjalan kan?

What's The Best Suspension - Soft or Stiff Springs?

4. Hellaflush

546b4485a9436_-_hellaflush-lg
Ia lebih kurang sama macam tayar yang diregangkan. Jika kenderaan anda mempunyai lega yang hanya beberapa milimeter sahaja dengan permukaan jalan ia bermakna suspensi perlu lebih keras. Kereta yang terlalu rendah akan lebih kerap tersagat (jika guna supensi terlalu lembut dan kurang lega) atau melantun setiap kali melepasi bonggol (jika guna supensi terlalu keras).

Jadi ia akan mengurangkan kualiti perjalanan dan meminimakan cengkaman mekanikal. Idea Hellaflush ini telah diharamkan oleh kerajaan Quebec dan syarikat insurans akan menolak tuntutan anda jika berlaku kemalangan yang melibatkan modifikasi sebegini.

Mungkin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mempertimbangkan penguatkuasaan untuk modifikasi seperti Hellaflush ini. Sebenarnya ada cara membolehkan kereta anda nampak seolah-olah merayap atas jalan, dengan menggunakan supensi udara. Contohnya tengok bas Rapid tu, apabila berhenti ia akan rendahkan badannya ke permukaan jalan untuk memudahkan penumpang untuk turun, bijak kan?

5. Menggerudi cakera brek

4efcdbcf87cd6f0f15775db3a47742d2
Menggerudi cakera brek sebenarnya ada tujuan yang tertentu, bukan untuk suka-suka je. Bucu tajam dari lubang yang digerudi boleh meningkatkan tekanan dan akan melalui julat suhu yang luas – dari terlalu panas, kembali turun ke ambien, mengakibatkan cakera menjadi retak.

Sebenarnya, lubang yang digerudi itu bertujuan untuk menyingkir keluar gas permukaan brek, serpihan atau air (stim), membolehkan pad brek kekal mencengkam pada cakera. Selain itu dengan menggerudi cakera, ia mampu mengurangkan haba brek.

Masih tidak yakin? Jika lubang yang digerudi lebih bulat, melengkung, talang (chamfered) tidak lurus, ia akan meningkatkan pusingan cakera dan ketahanan pad selain menghapuskan bucu yang tajam serta mengurangkan tekanan teraruh.

Drilled, Slotted & Vented Brake Rotors - What's Best?

Sumber : carthrottle.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply