ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Ertiga – MPV Kompak EEV Pertama di Malaysia dilancarkan

Views
#ER3 TV Commercial

Akhirnya lengkap sudah pelancaran empat buah kereta Proton pada tahun 2016, dengan pengenalan Ertiga di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor. Ertiga dilancarkan oleh YBhg Brigadier General (K) Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi DRB-HICOM.

Proton Ertiga ialah model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan. Ia didatangkan dalam 2 varian – Executive (manual [MT] dan automatik [AT]); dan Executive Plus (AT) dengan harga bermula dari RM58,800 – RM64,800 di Semenanjung Malaysia. Ia juga merupakan MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang disahkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

Kereta famili dengan enam tempat duduk ini dilengkapi enjin 1.4 VVT dengan blok aluminium ringan untuk kesemua varian. Suntikan kuasa pelbagai titik (MPI) menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.7L/100km bagi (MT) dan 6.0L/100km bagi (AT) mengikut Kitaran Pemanduan Eropah (New European Driving Cycle, NEDC) yang menggabungkan kedua-dua kitaran bandar dan luar bandar. Teknologi drive-by-wire memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif.

ertiga-styling-studio-23

Pada kelajuan 110km/h dan 2900 rpm enjin Ertiga agak senyap dan penyerapan bunyi jalan serta angin yang baik membuatkan pemanduan kereta lebih selesa. Ertiga bukan sahaja jimat minyak, malah kereta ini juga direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan. Ventilasi penyaman udara yang luas di barisan kedua memastikan udara sampai sehingga ke barisan ketiga bersama ruang atas yang luas serta ruang letak kaki yang cukup selesa untuk menampung 2 orang dewasa.

Tuil akses pintar dengan satu sentuhan pada kerusi barisan kedua membolehkan penumpang masuk atau keluar dengan cepat dan mudah ke barisan ketiga. Tempat duduk belakang boleh lipat bukan sekadar menyediakan kepelbagaian susunan tempat duduk, tetapi juga mewujudkan ruang kabin yang mencukupi untuk memuatkan barangan lebih muatan, di mana barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk menampung ruang sehingga 735 liter.

ertiga-styling-studio-11

Tempat duduknya berwarna cerah diperbuat dari fabrik kalis air yang berkualiti tinggi mewujudkan suasana mewah dan luas di dalam kabin. Dari segi dimensinya pula, Proton Ertiga memiliki panjang-4265mm, lebar-1695mm, tinggi-1685mm dan jarak roda-2740mm. Jarak dasar kereta pada 185mm membantu kereta meredah permukaan bentuk muka bumi tidak rata selain memberikan sudut pandangan tinggi buat pemandu. Sejajar dengan status EEV, saiz tangki yang mencukupi iaitu 45 liter membolehkan kereta ini bergerak lebih jauh.

Kedua-dua varian menawarkan keselesaan dan ciri-ciri selesa seperti konfigurasi kerusi gelongsor yang memberikan ruang mencukupi di tempat duduk yang ke-3, barisan kedua boleh dilipat secara 60:40, manakala barisan ketiga boleh dilipat 50:50, barisan kedua boleh direbahkan 45 darjah, perehat lengan di barisan kedua, pengarasan lampu depan dan 4 pembesar suara. Kereta ini juga didatangkan dengan stereng elektrik yang boleh dilaraskan, termasuk radio/CD/MP3 dan USB/jek iPod.

ertiga-styling-studio-21

Varian Executive Plus didatangkan dengan cermin sisi boleh lipat automatik, suis audio di stereng, 2 twiter, tambahan kepada 4 pembesar suara dan poket belakang kerusi bagi bahagian pemandu dan penumpang, signal belok di sebalik cermin sisi (OSRVM) dan pelaras ketinggian kerusi pemandu. Tambahan lagi, hendal pintu dalaman krom, kemasan krom pada lampu kabus serta cermin filem gelap menghasilkan rasa yang mewah.

Bagi ciri keselamatan pula, kedua-dua varian mendapat penarafan 4 bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri aktif dan pasif seperti ISOFIX dan pautan atas, 2 beg udara hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), tingkap kuasa boleh naik automatik dan anti-jepit (di bahagian pemandu), lampu kabus hadapan dan belakang, dan sensor undur.

Risalah Proton Ertiga

Foto dari Gan Yong Li (pandulaju.com.my)

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga-styling-studio-1 ertiga-styling-studio-2 ertiga-styling-studio-3 ertiga-styling-studio-4 ertiga-styling-studio-5 ertiga-styling-studio-6 ertiga-styling-studio-7 ertiga-styling-studio-8 ertiga-styling-studio-9 ertiga-styling-studio-10 ertiga-styling-studio-11 ertiga-styling-studio-12 ertiga-styling-studio-13 ertiga-styling-studio-14 ertiga-styling-studio-15 ertiga-styling-studio-16 ertiga-styling-studio-17 ertiga-styling-studio-18 ertiga-styling-studio-19 ertiga-styling-studio-20 ertiga-styling-studio-21 ertiga-styling-studio-22 ertiga-styling-studio-23 ertiga-styling-studio-24 ertiga-styling-studio-25

Foto rasmi Proton Ertiga

KLIK UNTUK BESARKAN

1 2 3 4 5 6 7 8smart_seating_1 smart_seating_2 smart_seating_3 smart_seating_4 smart_seating_5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Price too expensive, should be 3K more lower, i believe still hard to match Alza, sell target may not hit. i estimated Proton Ertiga will have big discount after 6 month.


    • Already predict the price below 65k.. Ertiga still cheaper than Alza Advance.. Better quality and more comfortable.. Much better fuel efficiency, that all consumer hope… Sell target for Ertiga only 1.5k/month unit same as Exora’s..


      • seriously if Ertiga can sell 500 unit per-month than Proton should happy already. and your spec no much better than Alza advance.
        and i Estimate Ertiga will give 5K discount by next year after June by SA.


        • Ye.. Trend telah bertukar waktu ini. Jualan alza juga merosot teruk sejak jun 2016. Pengguna beralih angin kepada jenis sedan kecil, hatchback kecil Dan crossover kecil. Seperti saga, bezza, axia Dan Honda hrv. Jualan alza juga jatuh lebih 50%


          • Jualan Alza turun sebab ekonomi dan juga model ni dah lama dalam pasaran. Dah sejuk dan basi.


  • tahniah Proton! 4 model setahun bukan kerja mudah. tahun depan tumpukan projek eksport saga dan persona. jangan lupa penambahbaikan iriz, preve dan suprima.
    jangan terlalu harapkan market domestik kalau nk kekal bersaing.


    • Domestic market dah dipegang Perodua.. Proton kena cari market luar pulak.. UK, Australia, Thailand & Indonesia la.. Suzuki rebadge Product Proton pun takpe.. tukar logo je.. Enjin still CamPro VVT la..


      • Goh, Proton no euro 5/6 engine for export to advance country, also those market the car already come with 7-8 speed gearbox which no why for proton can justify cost. not even 6AT also proton can’t afford to use, in asean country Compro engine too high fuel consumption, no way Proton can match other same model in same class.


        • Mungkin proton sukar tembusi pasaran negara G8 kerana cukai Dan peraturan yang Tinggi. Banyak lagi negara membangun lain boleh ditembusi berbanding 8 negara maju tersebut


    • Indeed.. Go world wide and be more competitive automaker.. Euro and US have very high regulation for imported vehicle.. Probably we can target other region..


  • Spec n feature out of date.mahal.tak boleh challenge alza..sapa la syok sendiri pilih harga and spec ni..syndrom syok sendiri lg ka


    • bukan semua org perlukan advance features. pilihan pengguna ni subjektif. Proton atau mana manufacturers tak pernah paksa kita beli kereta diorng. pilihan di tangan sendiri….


    • bagi aku spec dh ok. xpyh lah nak melangit bagai.. janji padan dgn harga dan maintenance ok.
      ko kecewa xhabis2 ye bro.. sakit hati perlu diubati jika xbetul pd tempatnya..


    • Lepasni pakat ramai² beli alza S Varian paling asas. Walaupun kualiti rendah, takder aksesori ciri sangat asas, tapi harganya lebih murah. Hanya 55k+ jer harga bajet.


  • Belilah belilah…kesian proton nanti bankrap ramai kene buang keje…strategic partner pun ramai kene buang…belila belila


    • BEBAL la ko ni..
      xsuruh ko beli pon.. tp ko xyh le bebal sgt. dr mula idup sampai skrg ko asyik benci Proton baseless. xphm le ko sakit mental kelas berapa?

      komen kasi la yg membina.. ini mcm budak2 tadika. hadoii!


    • Comfortable 6 seat for adult in mini-MPV quite good.. Not compete with Exora Very comfortable 7 seat for adult in Compact-MPV.. Smart choice not destroying Exora,s market..


        • Khabar enjin mengatakan alza akan dihentikan pengeluarannya akhir januari 2017. Kembarnya Daihatsu Boon Luminas and Toyota Passo Sette telah dihentikan pengeluarannya beberapa bulan lalu. Jadi mari pakat ramai² beli alza selagi stock masih ada


        • Alza Itu 7 seater 2 seater untuk kanak² dibaris ketiga. Aku yang Tinggi hanya 5ft 5inch sangat sempit Dan tak selesa berada di baris ketiga.


          • Baris ke-3 ertiga agak selesa.

            Enjin lg senyap drp alza.

            Yg xbes ialah xde stability ctrl.

            Aku dh test drive @ low speed.


          • Memandangkan JPJ telah mewajibkan ESC kepada semua kereta baru bermula 2018, maka pasti kesemua model Dan variannya yang tidak dilengkapi ESC akan ada FL yang ditingkatkan


  • Beli la beli la kete proton nie…kalau hangpa x beli nanti proton pau pinjam duit rakyat lagi…..beli la beli la..cian proton


      • ehh,,, aku tolong promote la tu suruh beli….x cakap pun jgn beli…stakat 14% tu sikit jer la…gov development expense target return 6 fold…maknanya kalau gov spend 1B faedahnya should be 6B…tu perbelanjaan yg baik…stakat 14% tu bank bg loan kete lg tgg faedah accumulative…beli la suzuki ertiga nie..stakat sokong x beli x payahla…


  • Pelbagai spec proton boleh kombinasikan pada produknya. Tetapi masih tidak mampu melonjak jualan mereka. proton cuma kalah pada design dan kekemasan dalaman.
    Ikhlas cakap design proton masih lagi tidak mampu memukau mata pandangan.
    Tengok pada jualan perdana sangat2 suram..silap2 nk cari kat showroom pn payah..alasan mereka produk xboleh jual. bila tgok sini ramai y kecam bkn sbb mereka x sayang atau tiada periotisma..tetapi mereka mahukan proton melonjak libih tinggi.. perlu ada semangat global yang tulin..proton sendiri mengaku produknya tidak mampu menembusi pasaran dunia waima dunia ketiga sekalipun,apatah lagi dunia kelas pertama yang jauh lebih advan teknologinya.
    Proton perlu berubah dari dalam, bkn setakat perlantikan CEO baru.Tetapi budaya kerja baru sikap yang baru wawasan yang baru semangat yang baru.
    Perlu melihat dunia sebagai pasaran bukan setakat domestik.
    Gunakan Lotus sebagai pemangkin,jadikan ia batu loncatan jikalau ada perancangan produk baru..cth suv biarlah bekerjasama dgn lotus..jika mahu lahirkan kereta segmen D baru..buat bersama lotus.. lihat pada jenama Toyota n Lexus bagaimana kolaborasi mereka.


    • Mmm… lexus adalah sub-brand bagi toyota. Proton blum bleh ada sub-brand. Depa kena kukuhkan jenama dulu. Tapi lotus bleh cuba sbb asas lotus adalah company kejuruteraan kereta sport ringan. Bleh buat sub-brand utk model SUV, super car mewah dll.

      Cheers!

Leave a Reply