ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Ertiga sedang diuji

Views

MPV kompak segmen-B hasil usahasama Proton dengan Suzuki, Ertiga kini semakin giat menjalani ujian jalan raya. Foto penemuan terbaharu foto risikan prototaip ujian ini telah berjaya dirakam oleh Majid Ishak. Ertiga yang lengkap dengan tampalan penyamaran tersebut berjaya dikesan sekitar lebuhraya Elite, dari arah Shah Alam menuju ke Seafield.

Kebetulan pula saingannya dalam segmen tersebut, Perodua Alza berada dibelakangnya dan kita dapat perhatikan saiz kedua-duanya yang hampir sama. Proton Ertiga bakal dilancarkan secara rasmi pada Oktober nanti dan dipasang di kilang Proton Tanjung Malim. Nantikan kemunculannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga 1 ertiga 2 ertiga 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


  • Baris ketiga ertiga ada corong air cond tak, kalau tak ada spt Alza maka penumpang baris ketiga rasa panas terutama pada waktu tengah hari spt yg di alami Alza


  • harap-harap proton ubah sikit ertiga ni supaya tak nampak sangat ke’ertiga’an dia bila keluar nanti… design ertiga ni serious nampak old fashioned sgt..


    • ko ni aku rasa mesti tak solat kan ? ..tak menampakan ciri ciri orang islam berilmu langsung dalam memberi pendapat …simpang !!!


    • Ye Betul. Bagi mengelakkan harganya bertindih julat harga kemungkinana dari 40k hingga 65k. Exora kini bermula 67k hingga 83k. Target jualan pasti tercapai kerana mudah lulus loan bank.


  • tanya sikit ye? model ni ckd dr indon and has been in the market since 2012.. knp proton kene test lagi ya… yg pasti mesti suzuki has done thorough test kan.. sila bagi pencerahan… maybe test ketahanan bumper yg di remodelkah? or fine tune utk keadaan jalan di malaysia?


    • complete knock-down (CKD). Import part Dan Pasang di kilang Tanjung Malim. Naik taraf ride n handling kot. Atau naik taraf keselamatan seperti SBR, ABS with EBD, VSC/ESC, tambah airbags.

      Mungkin syarat rebadge Suzuki tidak seketat Honda (perdana 2016). Boleh naik taraf apa saja.


      • saga 3.. saya rase its very hard for proton nak test esc in several months ,kalau kite assume launch date dia in oct.Nak tambah airbags..proses ini bukan simply add on sahaja . Perlu engineered betul betul kan..heheh

        Naik taraf ride and handling pun susah nak buat in several months.

        Tp sapa tau..maybe the engineers can do miracle and hope bakal customer tak letak harapan tinggi sangat dr segi aspect keselamatan mcm persona baru sbb proton tak develop this model for ground up


  • tak payah source material dr local vendor pun lg bagus…lagi selamat quality….model terbaik P1 2016…lain tu paham-paham sendirila

Leave a Reply