ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lada perkenal model SUV kompak XCODE Concept

Views

Lada memperkenalkan kenderaan konsep XCODE Concept SUV kompak di Moscow International Auto Show 2016 sekaligus memberi gambaran mengenai model kompak B-segmen Lada pada masa depan. Dengan bentuk badan yang atletik, XCODE Concept menampilkan rekaan jeriji berbentuk-X bersaiz besar yang cukup menonjol selain bentuk X di bahagian lampu hadapan LEDnya yang cukup unik. Profil sisi juga membawa elemen-X dengan lekuk yang memberi visual berotot kepada bahagian fender dan pintu.

Lada-XCODE-Concept-rear-three-quarters

Untuk memberikanya rupa-coupe, pemegang pintu belakang telah disorokkan ke bahagian tiang-C. Rekabentuk belakangnya pula sekali imbas seperti Nissan Juke terutama lampu dan cermin berbentuk-V, selain muncung ekzos berkembar bentuk trapezoid dan spoiler bumbung.

Buat masa ini tiada apa apa pengumuman rasmi dari mengenai versi produksi model konsep ini. Mungkin Lada boleh mempertimbangkannya dan menawarkan versi produksi XCODE Concept dengan penja kuasa turbo, sistem pacuan semua-roda dan platform telematik – LADA Connect. Bagi kami rekabentuk model ini telah membawa anjakan yang sangat besar kepada Lada dan tidak sabar menunggu versi produksinya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Lada-XCODE-Concept-front-three-quarters Lada-XCODE-Concept-front-three-quarters-elevated-view Lada-XCODE-Concept-front-three-quarters-left-side Lada-XCODE-Concept-interior Lada-XCODE-Concept-rear-three-quarters Lada-XCODE-Concept-rear-three-quarters-elevated-view Lada-XCODE-Concept-rear-three-quarters-right-side

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • cadangan saya supaya proton keluarkan kereta murah (hatchback dan sedan) yg cantik styling nya, joint venture with suzuki (maksudnya gunakan teknologi suzuki bahagian enjin (jimat minyak feature hampir kepada perodua axia), weight reduction body nya, komponen terbaik nya (getah atau plastik atau locking mechanism) dengan tidak mengabaikan ciri keselamatan standard proton (safety 5 star) dan airbag 6 dan esc beserta handling proton, dashboard styling yg menarik proton dan harga yang berpatutan. sure top nya mengalahkan perodua. kereta ni boleh di jual di seluruh asean dengan mengambil kira keuntungan suzuki dan proton.


    • Tuan
      Cadangan kereta murah(segment-A) hatchback Dan sedan sememangnya sangat bernas. Design yang cantik, kolaborasi dengan Suzuki untuk akses pasaran antarabangsa sememangnya cadangan yang sangat bernas.

      Tapi untuk mendapat 5-bintang ASEAN ncap 2017-2020 kosnya sangat tinggi. Itulah sebabnya proton melancarkan kereta barunya tahun 2016 berbanding 2017 kerana standard piawain ASEAN ncap dinaiktaraf dengan sangat drastik Dan ketat sekali.

      Dianggarkan kos untuk mendapat 5-bintang ASEAN cap 2017-2020 lebih 10k untuk setiap unit kereta berbanding 5-bintang ASEAN cap pada 2016. Dengan kata lain seunit perodua Bezza advance yang mendapat 5 bintang ASEAN ncap 2016 berharga myr51k tetapi untuk mendapat 5-bintang ASEAN ncap 2017-2020 kosnya bertambah lebih 10k atau sebiji Bezza advanced berharga lebih myr62k

      aseancap.org

Leave a Reply