ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Proton Exora uji enjin GDI?

Views

Ini video dan foto intipan paling hangat kami perolehi dari Amir Zaheen Minhaj sebentar tadi. Sebuah Proton Exora yang menggunakan plet perdagangan telah ditemui bersama sebuah Honda Mobilio yang menjadi pengiringnya di belakang. Kedua-dua model MPV ini berjaya dikesan sekitar lebuh raya NKVE menuju ke arah Utara.

Menurut Amir, Exora berwarna hitam itu diletakkan dengan beberapa unit tong berisi air dan pada hemat kami Proton sedang membuat ujian bebanan. Kami tidak pasti apa tujuan Honda Mobilio mengiringi Exora tersebut, namun kami jangka ia mungkin sebagai model penanda aras. Adakah Proton sedang menguji enjin GDI pada Exora ini?

Kami difahamkan Proton akan memasang enjin 1.5 liter GDI pada model Preve facelift pada tahun hadapan. Mungkinkah Proton akan memperkenalkan Exora facelift dengan 1.5 liter GDI juga nanti? Kami akan cuba merisik maklumat mengenai model ujian ini. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

exora-spyshots-5 exora-spyshots-1 exora-spyshots-2 exora-spyshots-3 exora-spyshots-4 exora-spyshots-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply