ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kompilasi foto terbaharu Proton Ertiga, foto papan pemuka lebih jelas!

Views

Tiada rahsia lagi sebab Ertiga pun dah wujud guna lencana Suzuki dan Mazda sebelum ini. Jadi foto foto baharu yang kami terima sebentar tadi hanya untuk menghangatkan suasana sempena pelancaran rasminya esok. Bila melihat pada foto foto ini terutama Ertiga berwarna Carnelian Brown dan Ruby Red, kami rasa model ini nampak segak dan mewah (dalam gambar adalah versi Executive).

MPV kompak segmen-B yang diktiraf sebagai MPV Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia ini bakal berentap dengan Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Harganya setakat ini masih lagi belum diketahui dan akan diumumkan pada majlis pelancarannya esok. Nantikan liputan dari kami nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga-lagi-1 ertiga-lagi-2 ertiga-lagi-3 ertiga-lagi-4 ertiga-lagi-5 ertiga-lagi-6 ertiga-lagi-7 ertiga-lagi-8

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Ada sesiapa dah riki nak bawa barang2 Mazda dengan Suzuki dari Indonesia bagi kat kaki2 modder jadi JDM konon2nya? Dan bawa barang2 proton ke Indonesia bagi kaki modder kat sana pulak?


  • gambar di atas ni, untuk versi yg tertinggi ke? atau versi biasa? kerana tiada signal di cermin sisi dan tiada butang kawalan audio di steering..


  • Boleh pulak geng designer Proton ‘terima’ konsep warna cerah elegant mcm ni? sekali tengok pun boleh bagi gambaran dan kualiti mcm mana.. APasal Jepun pun suka kaler cerah? Kalau Proton design mau kaler mcm zaman P.Ramlee buat filem bujang lapok.. hitam putih.. dull, texture kasar mcm lantai tandas…

    siap ada plak member dlm ni ckp design mau hitam sbb nanti cepat kotor? bodoh punya alasan.. kotor tu ko punye hal la sbb ko malas xreti jaga.

    hahahah.. harap designer proton tahu nk benchmark antara takut kotor atau takut Proton terus tidak laku dipasaran aka bangkrap!

    cheers


      • Aku ckp puak2 designer n decision maker dlm Proton tu lah.. jika mereka sendiri yang design… selama ni dan sebelum ini tak sudah2 taksub dgn tone warna gelap, hitam kelabu asap..asyik tema hitam.. seolah2 dunia ini xde warna…

        tp apesal ERtiga boleh pulak terima ‘taste’ Japan dgn warna cerah2?? Ya sbb rebadge brg Jepun ..tu la pasal…kan cantik dn menawan. Taste Jepun design satu dunia boleh terima..Proton tkmau follow.. asyik syok sendiri..sbb mereka world car maker, mreka design dgn ‘mata hati’, dan fhm konsep untuk ergonomik, elegant, selesa dan sedap mata memandang. HU console wpun simple tp teratur dan kemas. xnmpk mcm tebuk lobang HU Exora. Seat fabrik tp texture pattern xbosan. Ini baru ahli keluarga suka. Proton design BOSAN!


        • Kereta jepun memang kebanyakannya interiornya cerah sangat bercanggah dengan kereta conti eropah. Hampir kesemua interior berwarna gelap Dan hitam. Pengguna sekarang sedikit sebanyak lebih memilih kereta conti dengan interior gelap


  • Berseri interior. Habis tu cmna le satu dunia xminat beli brg Jepun. Proton ego berlagak dgn ‘konsep syok sendiri’ lah…asyik duduk zmn gelap hitam putih. texture finish n trim kasar. tgk byk kali pn xblh nk hadam. SAGA baru pun trim finish masih ketinggalkan.. nk tiru skill Honda tp triu tk habis.. nmpak plastik murah!

    bhgian bllkg seat trim Ertiga kelihatan jauh lebih kemas dn berkualiti stitching berbanding seat Exora yg senget sana sini.. lapas tu berbulu2 lama2 pakai..


    • 90% kereta model VW interior gelap Dan elegant. VW jual kereta lebih 10 juta unit pada 2015 hanya sedikit kurang berbanding Toyota. Interior gelap elegant juga ramai suka.

Leave a Reply