ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz dilancar 25 September!

Views

Full Side 1

Akhirnya teka-teki tarikh pelancaran Proton Iriz telah pun terjawab. Tanggal 25 September telah dipilih sebagai tarikh pelancaran rasmi model kompak hatchback yang amat dinanti-nantikan oleh kita semua. Tanjung Malim pula dipilih sebagai lokasi pelancaran rasmi kerana di sinilah tempat lahirnya Proton Iriz, model generasi baharu Proton yang dijangka bakal mengubah persepsi ramai dan juga landskap automotif negara.

Sempena pelancarannya, pada 27 dan 28 September Proton sekali lagi akan mengadakan ‘Hari Terbuka’ di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam dan orang ramai dijemput hadir. Proton Iriz akan ditawarkan dengan dua variasi enjin, 1.3 liter VVT (varian Standard, Executive) dan 1.6 liter VVT (varian Executive, Premium) dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan CVT 5-peringkat untuk semua varian.

steering

Dua warna baru turut diperkenalkan iaitu Lime Green dan Moon Dust Silver. Pembangunan Iriz bermula sejak 2010, dengan pengenalan model konsep EMAS di Geneva. Kos keseluruhan pembangunan model ini pula adalah sekitar RM500 juta. Proton Iriz adalah model pertama Proton yang diiktiraf 5 bintang Asean NCAP dan paling cekap penggunaan petrol, bawah 7 liter bagi setiap 100 kilometer.

Ciri keselamatannya pula antara yang terbaik berbanding model Proton sebelumnya seperti sistem ABS dengan EBD, TCS, Hill Hold Assist dan enam beg udara (varian Premium). Kerangkanya juga amat kukuh dengan penggunaan teknologi Hot Press-Formed (HPF) dan Ultra High-Strength Steel (UHSS) dibeberapa bahagian utama.

Boot Space 1

Harganya masih menjadi rahsia dan dijangka bakal menyaingi tanda harga pesaing terdekatnya, Perodua Myvi. Berkemungkinan harga bermula di bawah RM45,000 dan mungkin mencecah RM60,000 untuk varian Premium. Proton Iriz akan diserahkan kepada pemiliknya mulai Oktober ini. Nantikan kemunculannya!

* Saya dengar Tun Mahathir akan buat kejutan Ahad ini dengan memandu Proton Iriz tanpa sebarang camo dari rumahnya ke Pavilion. Jadi kepada rakan-rakan yang tinggal di Lembah Klang, ini peluang anda untuk melihat model ini secara lebih dekat!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

151 Comments


    • bumper ka hapa ke yg penting kualiti terjamin bagus, tak byk problem, minyak jimat enjin terbaik, tahap keselesaan tip top… itu yg penting

      pcc?

      ini tgk gambar pun dah nampak… kualiti?
      getah kat bonet pun pasang tak kemas


        • Come on, get real bro. Jangan jadi penyokong buta. Aku sokong PCC tapi aku tau jualan PCC takkan boleh lawan Axia. Mark my word.


          • Sape penyokong buta?aku ke kamal?ko x nk ckp kamal penyokong buta perodua?


      • kamal.. hang dh gi jilat dgn lidah hang dh ke Iriz..
        ye lah nk tau masin ke manis ke.. cukup rase ke dak.
        kalau dh belum xyh le ckp ape2..
        Iriz bakal menenggelamkan ‘kejuruteraan bumper timing chen’ yg dibanggakan oleh ketuanan bumper..

        aku tau Kamal.. ko wordless..


  • Hamba sangat berkenan dengan ruang dalaman seperti dashboard dan seatnya. Indah mata hamba melihatnya. Tidak sabar rasanya untuk hamba bertentang mata dengan Iriz.


  • the best daripada proton…. kalaulah ini interior pada preve… kemasan nampak mahal.. perrghh.. selama ini memang proton boleh buat apa yg orang nak… tp banyak kekangan .. camnapon sampai ke situ jugak akhirnya…. lagi satu funtasticko pon dah masuk awani…makin glemerlah pasni… haha


      • Nnti basher kutuk tiru brand lain la…x de idea la….designer mkn gaji buta la….

        Biar la proton ade identiti sndri.x perlu nk cedok org punya.iriz ni sbgai bench mark.


  • mana gambar dari sisi… oh ada… tapi dah di zoom kan… takut nampak cacat la tu

    memang… dari sisi memang cacat… memang betul jangkaan aku
    masa penuh bertampal pun dah boleh nampak…
    ada sesuatu yg tak kena dgn kereta ni bila dipandang dari sisi… pelik… cacat

    dgn lampu belakang merah menegak terbonjol keluar
    lampu depan pulak tak masuk langsung dgn rupa keseluruhan kereta
    macam lampu dari kereta lain diambil dan ditempek sahaja ke atas kereta ni

    mudah cakap design yg tak seimbang… dari segala segi


    • kamal…
      hang tak yah kata seimbang ke tak…??? kalau aku kutuk myVi or Viva or Alza tu kot berkepok….
      hg jaga la perodua hg yang design bumper je…. nak buat engin pun terkial2 lagi… ko tanya la senior engineer perodua tu.. Cuba ajak designer P2 and Proton compete to design car from sketch…. mau 24 jam hg call Daihatsu n Toyota koottttt…..


  • Minyak 1.6 combine circle …… klo average 90kmh highway leh dpt 5.5liter 100km.. daihasut axion 22km per liter tu combine circle ke… malas nk kire.. lgpun 1.0 vs 1.6..


  • lampu depan nak kata cantik tak nak kata smart pun tak… masalah utama kat lampu dpn tu line silver dlm lampu tu… ia menyebabkan lampu tu nampak seperti dipasang dgn kurang kemas… …nampak macam ada gap yg besar antara bonet depan dgn lampu


  • Bro kamal perutdua…dah2 la tu..jgn sembang kuat sgt..masing2 punya rezeki…perodua axion ko tu copy paste je pun..haha..engineer perodua buat ape???haha..


    • Kamal,
      dia ckp kualiti.. kt mana kualitinya?
      beri contoh better than Iriz?
      Produa punya keta safety features plg rendah
      copy paste xde RnD blh ckp kualiti?


  • as promised, i will be test driving the car ,
    focusing on few aspect,

    1 seats lumbar support
    2 seat, pedal and steering relationship.
    3. responsiveness.

    if proton pass this 3.
    means that proton do revise its design for a BATTER car.
    if not ,,,,, …
    anyway
    i am looking forward of its launch date.


    • Memang macam tu, tak flat.

      Kau nak padding tinggi? Sekarang pun boot cuma 215L padding tinggi mati la bro. Terpaksa compromised kat situ.


        • Apa maksud awk bro Farghmee? Rio dan PCC datang daripada platform yg sama?…xkot rasanya.

          Packaging Kia Rio dah bagus..cuma tang 4AT nya tu agak kurang menarik. Harga pun bagus. (Pada saya le.huhu)


          • fridzmax, ni aku rasa la..xde proof pn.

            width sama, so mgkn pcc benchmark rio utk width.
            kesinambungan drp itu, seat attachment/bracket mgkn dibuat sama cm rio sbb width tu.
            yg jd obvious ialah lantai boot xflat semasa back seats are folded. very similar.
            kalu nk kata tiru myvi, myvi nyer setup flat.

            kalu tgk tingkap depan, hampir sama cm jazz.

            aku nk tgk sama ada setup 1/4glass & plastik kt a-pillar tu boleh membantu vision.

            and again..aku xde proof pn..hahha..mata sharingan jek.


    • Tang ni Honda Jazz pandai main trick sketlah..Seat belakang nya boleh dilipat dengan dua cara, dan boleh letak pasu bunga dengan bunga2nya sekali. Atau, seat belakang tu boleh folded rata. Ruang storage boleh dioptimumkan..

      Drawback dia pulak, ruang kaki pemandu dan penumpang hadapan terpaksa dikorbankan..jadi, tumit kaki sentiasa terhantuk pada lantai ruang kaki hadapan.

      Pendapat saya lah..bila saya beri komen ni pada saleswomen Honda, dia kata kaki kita patut letak kat pedal..Malas nak layan..


    • Bang…baik tunggu launching dulu sebelum nak kensel..dah dua2 keluar market nilaila sendiri…kita takleh judge based on gambar n spec sheet…test drive dua2 n check dulu baru kita confirm…takut nyesal di kemudian hari psl tersilap beli


  • Overall dh bagus
    mintak interior bg ade tone-color sikit.
    terlalu dull dan gelap pd pandangan sy bg keta compact
    ken aada imej ‘comel’ diluar dan comel di dalam.

    cheers.
    Syabas Proton!


    • macam la tak pernah pakai kereta.. mana-mana kereta pun kalautarik getah akan tercabut. Getah tu sekadar untuk kedapkan bunyi dan halang air masuk kabin.
      kalau jadi bahan juga basher tu mmg akal singkat, tak mampu nak cari idea.

      Kalau rasa nak bash, kena target untuk bash kemampuan enjin yang baru ni. bolehkan ia memberikan prestasi yang mantap.


      • Kejadah apa pulak kereta dalam gambar official camtu diorang nak mengada2 tarik getah tu pulak? Ape dah mengarut punya alasan.

        Kalau dah pemasangan dan QC dia cam haram, kita kena akui la. Kalau bagus kita puji.


  • Perodua tu kereta yg BERKUALITI???? Jimat minyak sikit memang ya, tp berkualiti… hampeh.
    Tak kena tak tau. Sy dah kena dgn mywi 1.3 sy. Dah jual. Rakan sy pun sama juga mywi 1.3 baru 3 thn dah mcm2 masalah. Jadi jgn asyik hentam proton sj. Walaupun tak pakai proton sy dpt lihat kualiti kereta proton sekarang memang bertambah baik. Lihat sj preeve dan suprima yg mana kualitinya sama sj dgn kereta luar.


      • Mmm… sy x fikir model global kereta lain pun tiada yg sifar defect/problem. Nk lebih lanjut singgah jer mana2 blog2 pengguna kereta nie yg berproblem… bersepah2 hatta model VW di M’sia. Inspira/Preve adalah perintis kpd piawai kualiti baharu proton n model2 mendatang tentu shaja akan lebih baik lagi dari standard itu.

        Aspek kualiti penilaiannya perlu menyeluruh dari segala segi baik rekaan, styling, teknologi, inovasi, spesifikasi, detailing, texturing komponen sehinggalah fit n finishing. Sy rasa proton perlu lebih prihatinkan kt fit n finishing nie sbb elemen tersurat nie yg menjadi tanggapan awal bila bercakap ttg kualiti produk proton. Sy rasa laa..:)

        Cheers!


        • tu mmglah..takde kereta yang perfect dan zero defect. cuma sifat “lebih kurang” dan “asal boleh” yg sangat sinonim dgn budaya kerja sesetangah org msia, amat memberi kesan negatif. Kalau tgk fit n finish, proton seolah2 mengamalkan 2 budaya kerja di atas.

          Lagi 1, kualiti sesebuah kereta datang dari part yang berkualiti. Jika diaudit part2 yang ada pada preve, boleh nampak vendor yg bekalkan part yg berkualiti, dgn part yg tidak berkualiti.


          • Yg ini aku setuju dgn Bani. Budaya kerja di Proton plant yg merisaukan quality masa mass production.
            Aku tgk sendiri di Proton Edar Juru, byk keta Exora Bold bumper hadapan x align dgn body.
            heran nya macam mana boleh lepas PDI?
            aku siap ambil gmbr igt nk tnjuk kt FB Proton.
            tp malaslah bkn keta aku.

            but the point, ke mana org2 yg menjaga qualiti, dn kenapa mereka sambil lewa dn lepas tangan?

            SC ada ckp..kalau kes bumper xalign, kena hantar ke vendor luar. kategory Ah Beng punye workshop.konon di beri authorised oleh Proton Edar utk re-work.

            SC pun xsunggest sbb nk kena tanggal bumper tu.. bygkn keta baru tak kena kopek clip bumper. ini yg jd xseronok

            bila kegagalan QC pemasangan di lantai kilang, yg tanggungnya ialah customer.

            harap2 isu begini jgnlah wujudlg bila Iriz lancar

            just my 2cents


          • Betul bani. Hanya penyokong buta saja yang akan mati-matian nak kata Proton dah level terbaik dan antarabangsa.


          • Mmm… committed to be better. Xde plak yg kata protonlah yg terbaik. Proton lha yg ter antarabangsa:P Mereka ada hasrat utk menjadi company automatif global. Apa masalahnya? X nk sokong sudah. Duk diam2. Nie mcm ada masalah sakit hati or jeles jer?:P

            Cheers!


  • Proton Iriz ni boleh dikatakan hasil terbaik yang diterjemahkan dari pengalaman Proton dari generasi Saga sehingga generasi Suprima. Banyak peningkatan dah berlaku. Saya yang mengikuti perkembangan spyshot Proton dari sejak Paultan buat blog kereta sampailah munculnya banyak forum-forum termasuklah Funtasticko, boleh katakan Proton Iriz ni kemuncak pencapaian Proton sehingga ke hari ini.

    Proton Iriz ni tak boleh dibandingkan dengan Myvi atau Axia, kita kena banding dengan New Honda Jazz 2014 dari segala segi. Myvi dan ketinggalan apatah lagi Axia. Cuma harga tu bolehlah dibandingkan kerana pastinya harga tu yang menjadi keutamaan pembeli di Malaysia.

    Proton sinonim dengan kereta bermasalah dalam pemikiran rakyat Malaysia. Semasa zaman DSSZ, beliau cuba pulihkan keyakinan rakyat bolehland dengan memberi keyakinan contohnya warranty lifetime untuk power windows dll. Banyak lagi yang boleh dibuat untuk meningkatkan keyakinan customer. Mungkin bagi customer yang kenderaannya mengalami defects, kenderaan sebagai ganti disediakan untuk kemudahan customer commute dll. merekalah yang akan jadi duta kepada Proton. Proton ni kalau ada defects, satu malaysia dicanang, tapi jika model T, H dan Pro2, senyap-senyap saja. Sebenarnya mereka nak bagitahu produk melayu tak berkualiti. Faham-faham sajalah, masa preve dilancarkan dulu, sebuah test drive car kemalangan kecil dan patah lower arm pun habis di sebar ke facebook dll, oleh ehem2…

    Mampu ke Proton Iriz laku di pasaran Malaysia?
    Ya, boleh laku jika bank bagi interest rendah, feedback dari pengguna proton sebelum ni baik, dan jurnalist-jurnalist membantu untuk memberikan feedback positif kepada Iriz.

    Mungkin ada yang berkeluarga besar ingin memiliki Proton Iriz, tapi berfikiran ruang menyimpan barang tidak seluas sedan. Mungkin proton boleh buat “model showoff” yang menunjukkan Iriz tetap macho jika dipasang roof rack diatas bumbung.

    banyak lagi nak ulas, tapi biarlah dulu.. tunggu next spyhot..

    P/S: Aku punya harapan, ada model yang GEMPAK mcm Proton Iriz R3 ke, tapi biar macho la..
    Ala-ala masa launch Saga BLM dulu, Proton buat Saga SE siap bodykit, macho.. Masa launch Exora, buat Exora Prime.. yang tu WOW FACTOR untuk kasi Basher menangis airmata darah masa launching date nanti..


    • masih byk perlu dibaiki…owner preve ada yg bengang sbb enjin overheat sbb cable cair…gear cover tertanggal. kualiti pemasangan proton mmg lemah. mngkin guna pemutar skru manual.

      kalau iriz tak boleh buktikan kualiti pemasangan proton telah meningkat, mngkin sukar dah org nk percaya lagi.


      • aku sokong hang 100%. aku sebagai salah sorang mangsa pun dah lalui pengalaman buruk nie..selagi org yg sama yg buat QC plant (ada ker?) atau PDI, takkan berubah…attitude yg kene berubah..produk bagus tapi implementation teruk x jadi apa…


      • bacalah komen dr pembeli vios di facebook yg kecewa dgn masalah kereta yg baru dibelinya dlm bahasa cina tapi telah diterjemah dlm bahasa melayu.makananya vios yg pun ada masalah jugak.


        • Bro, orang cerita pasal kelemahan Proton. Engkau yang penyokong buta pegi bukak cerita Vios pulak. Majoriti orang yang beli kereta don’t give a damn about fanboyism. All they want is a good quality car with next to no issue. For them, the hell with fanboyism.


          • Bro tolonglah guna bahasa yg baik sikit aku pakai 2 kereta proton exora dan preve masalah kecil memang ada tapi aku hanya ceritakan vios yg dr toyota tu pun ada masalah besar juga salah ke.tolonglah aku tak pernah pun guna bahasa kurang baik utk kau tapi utk kamal perodua ya


          • ProtonGSC ni Kamal perodua menyamar kot?
            lain macam je ayat hantam die..


          • Mmm… kiranya nie personal issue ek? Harap2 x de a kes marahkan nyamuk kelambu dibakar ye..:P

            Cheers!


          • @mancini

            Harap bro tak salah faham. Kalau bro baca betul2, semua ayat (in english) tu tidak ditujukan pada bro atau sesiapa disini.

            Harap bro boleh baca sekali lagi dan fahamkan. Lepas bro baca dan fahamkan, mesti bro tau yang ianya tidak ditujukan pada sesiapa. It’s just an expression, that’s all.

            Anyway kalau bro still terasa juga even selepas baca semula dan fahamkan, saya mohon seribu kemaafan.


  • Kalau tengok varian, dah lebih kurang dah dengan tekaan hari tu.

    There will be three trim lines – Standard, Executive and Premium. The Standard is limited to the 1.3 litre motor only, while Premium can only be had with the larger engine. To spell it out, the eight variants are as follows:

    •1.3 Standard MT and 1.3 Standard CVT
    •1.3 Executive MT and 1.3 Executive CVT
    •1.6 Executive MT and 1.6 Executive CVT
    •1.6 Premium MT and 1.6 Premium CVT

    Teka harga Iriz:-

    Standard
    1.3 M Solid – RM43,800
    1.3 CVT Solid – RM47,800
    1.3 CVT Metallic – RM48,300

    Executive
    1.3 M Solid – RM42,800
    1.3 M Metallic – RM43,300
    1.3 CVT Solid – RM46,800
    1.3 CVT Metallic – RM47,300
    1.6 M Solid – RM46,800
    1.6 M Metallic – RM47,300
    1.6 CVT Solid – RM50,800
    1.6 CVT Metallic – RM51,300

    Premium
    1.6 CVT Solid – RM59,800
    1.6 CVT Metallic – RM60,300


    • Kalau price tag begini dn berkualiti seperti yg kita harapkan Insya Allah boleh laku di pasaran. lebih kurang harga SAGA Flx tp pakej Iriz jauh lbh bagus!


    • Standard
      1.3 M Solid – RM43,800
      1.3 CVT Solid – RM47,800
      1.3 CVT Metallic – RM48,300

      Executive
      1.3 M Solid – RM42,800
      1.3 M Metallic – RM43,300
      1.3 CVT Solid – RM46,800
      1.3 CVT Metallic – RM47,300

      Kenapa harga executive lg murah dari standard?


    • Terkini teka harga sempena pelancaran akan datang dan hint dari CEO Proton;

      Varian;

      •1.3 Standard MT & 1.3 Standard CVT
      •1.3 Executive MT & 1.3 Executive CVT
      •1.6 Executive MT & 1.6 Executive CVT
      •1.6 Premium MT & 1.6 Premium CVT

      Tekaan harga Iriz:-

      Standard
      1.3 M Solid – RM43,800
      1.3 CVT Solid – RM47,800
      1.3 CVT Metallic – RM48,300

      Executive
      1.3 M Solid – RM47,800
      1.3 M Metallic – RM48,300
      1.3 CVT Solid – RM51,800
      1.3 CVT Metallic – RM52,300
      1.6 M Solid – RM51,800
      1.6 M Metallic – RM52,300
      1.6 CVT Solid – RM55,800
      1.6 CVT Metallic – RM56,300

      Premium
      1.6 M Solid – RM55,800
      1.6 M Metallic – RM56,300
      1.6 CVT Solid – RM59,800
      1.6 CVT Metallic – RM60,300

      Spesifikasi Iriz:

      Standard
      ————-
      – Tiada DRL
      – Bar Grille (pedang depan) warna perak
      – Tiada bodykit
      – Tiada rear diffuser
      – Cermin sisi dan handle pintu tidak bercat
      – Tiada spoiler belakang
      – Tiada bilah pengelap belakang
      – Rim cap 14″
      – Kusyen kain
      – Double Din radio
      – ESC
      – 2 airbag
      – Matte black steering garnish

      Executive
      —————
      – Tiada DRL
      – Bar Grille (pedang depan) warna perak
      – Dark grey plastic rear diffuser
      – 14″ sport rim 5 spoke dengan tayar 175/65R14
      – Spoiler belakang agak bulat (kurang extreme)
      – Kusyen kain
      – Double Din radio
      – ESC
      – 2 airbag
      – 1.6 disertakan butang kawalan steering + Piano black steering garnish
      – Matte black steering garnish (1.3)

      Premium
      ————
      – DRL bersepadu
      – Bodykit 2 tona
      – 15″ Sport Rim double spoke bintang dengan tayar 195/55R15
      – Spoiler belakang bersegi (extreme)
      – Bar grille (pedang depan) krom
      – Light grey finish rear diffuser
      – Keyless entry
      – Kusyen kulit
      – Toucscreen + reverse camera
      – ESC
      – 6 airbag
      – 2 USB power port
      – Chrome lining di air cond vent
      – Piano black steering garnish

      Itulah dia 8 varian dengan 8 warna pilihan. Cerita Axia pun dah dikambus kebanjiran cerita Iriz ni di mana-mana. Kalau model2 akan datang Proton sebegini, Proton boleh Berjaya di mana-mana sekalipun.


  • service center dah tambah Bay ke belum. bykla Iriz nie kene hantar balik claim warranty byk problem. leather seat tu stahun cukupla, kesat hilang warna lagi mcm kete suprima. nampak cantik gambar jerrr…actual pakai 2 tahun tengokla nanti..


    • aku rase mase awal2 beli letak Pu leather milk/ protectant utk kasi tahan lama.
      Proton Wira/ Iswara sear lbh comfort lg rase aku berbanding yg terkini. Mslh vendor Proton mmg slalu buat hal.
      Head rest Exora leather byk yg bermasalah.. xalign, senget dsbgnya.


  • aku recommend beli jer la manual kalo teringin sgt kete celop (xde idea nie)..CVT made in China yg proton ambik nie bukannya baguih pun..byk jer kene hantar balik…sejak zaman FLX lagi…bacalah komen2 owners club preve n sebagainya…mmg bermasalah…dah ada manual tu elokla ambik


      • Bukan dia aje yang alami masalah tu. Bersepah orang lain pun sama. Kalau ramai fanboy proton macam korang, yang cuma tau nak suruh orang diam, alamat melingkup la Proton. Sepatutnya kalau nak jadi fanboy pun, jadi la fanboy yang membina. Bukan yang sokong membawa rebah.


        • Bro ProtonGSC nih cakap je kaw kaw mcm tin kosong. Silap haribulan sebijik kereta proton pun bro protongsc nih tak pernah beli hehehehe


        • Mmm… sy x nampak bila ada segelintir yg dok canang mcm ribut seolah-olah SEMUA kereta proton bermasalah dpt meningkatkan reputasi proton n memajukn proton;P Jgn confius; kutukan dgn kritikan membina. Kita kritik membina agar kekurangan yg ada diatasi dan produk2 mendatang dihasilkan dgn lebih baik lagi. Kita kritik membina dgn harapan diorg terus berusaha n motivate them supaya lebih melangkah maju lagi. X gitu? Sekadar melekeh2, membesar2kan yg remeh… sy x rasa itu cara n niat yg baik. Mgkin la niatnya baik tapi cara tu… kureng sesuaii. Sorry:P

          Cheers!


        • Ayoyo bos. Bersepah pengguna proton alami masalah? Betul la tu. Tp yg bos lupa highlight bersepah jugak pengguna toyota n honda yg alami masalah. Cer rajin sikit singgah kt fb kelab kereta. Mcm2 komlen ada. Maksud sy semua kelab keta la. Jgn kelab keta proton je. Kalau asyik masuk proton punya kelab, mmg proton pny masalah je la yg bos jumpa.


  • mmg diakui…dari dulu lagi,proton perlu buat improvement dr segi QC component mereka….door handle/knob Iris bentuk mcm persona nie sgt berisiko utk patah..harap mereka telah menitik beratkan perkara yg dahulunya sering dipandang mudah…so tgok n test dlu…klau stil xberubah, kita sbgai pengguna berhak nak suarakan xkira la proton, toyota or even perodua kamal


          • percentage tu tak la…but my 2007 persona already changed its door handle for about 5 times already….it means every 4 of its original handle knob facing same prob…n the replacement one already break once..total of 5 door handles in a car… mungkin ini kes terpencil, tp if dibiarkan xelok jugak…sbb sahabat persona sy yg laen pon mengadu yg sama..kalau proton dah improvise good for us too…dats all


          • Ape punya soalan kau ni? Tanya end user pasal statistic door handle failure. Guna akal sikit la. Ada ke pegi tanya end user. Lawak betul.


          • Stuju ngan ProtonGSC…The king with statistic…not from example and prove…hehe…mmg klakar.. backup mcm nie xmembina buat protonpon…ia teguran yg spatot dlihat dr sudut positive…


          • Saya pun guna Persona 1.6AT H-Line 2011, takde pun masalah broken door handle. Proton dah improve bab tu. Tak payah lah cerita kereta sahabat ke, pakcik ke, makcik ke sebab byk sgt auta dari fakta.


          • mungkin betul juga sbb kwn aku door handle driver side patah sbb aku tngok cara dia guna mcm nk buka pintu lori…persona dia thn 2011.aku punya persona 2008 ok smpai skrg.


          • Aku rasa troll atas ni dr org yg sama utk jatuhka reputasi Proton ketika Iriz ni dipuji ramai
            mcm perangai pelik je.
            xpnh aku dgr pun Persona handle patah
            yg aku tahu paling femes handle sblh kiri suka padan ialah P2 Kancil mata bulat tu.


          • Persona ialah kereta yg reliable sama macam wira…kalau prob pon brek blakang bunyi sbb habuk…tp dah 4 tahun lebih kereta aku blom penah tukar lg brek shoe blakang…hujung tahun ni tukar…Battery 3 tahun setangah baru tukar, Wiper lepas 2 tahun, Brek pad depan je dh tukar 2-3 kali…itupon sbb yg kali kedua tukau yg caplang menyebabkan disk calor…menyesal…selain itu Thumbs up kat persona aku


          • Jenis pakai kereta tapi tak reti jaga bersepah..tambahan pula pakai kereta murah..dia main redah je


          • Budak2 club tak complaint tak bermakna itu tu tak biasa berlaku. Bear in mind yang majoriti orang yang beli kereta ni tak join club. Dia orang beli kereta sebagai alat untuk pengangkutan. Bukan semua orang ada masa nak berclub semua ni. There’s more to life than being an auto club member. Especially so when it is just a workhorse type of car.


          • @MackTruck

            Jahanam la Proton kalau semua aduan orang kau kata troll lah, perangai pelik lah. Aku harap pihak yang berkenaan di Proton tak bermentaliti macam ni.


          • @chap de x

            Aku setuju bila tadi kau ada sebut Wira reliable. Aku zaman student pakai kereta tu, memang bagus. Walaupun orang lain ada juga yang mengalami masalah, tapi syukur sebab aku pun sampai hari jual pun memang elok.


  • Atas kertas pon dah kalah spec. Tu yang tak tunggu keluaq teruih saya cancel.

    Saya baca review ayla kat website Indonesia. Depa cakap reta teruk. Tak berbaloi beli. Lagumana tuu


      • Mmm… sapa yg mengikuti perkembangan proton dari dulu hingga sekarang jer tau unsur2/motif budaya diterap dlm rekaan proton. X kurang hebatnya motif bunga raya pada rim rasmi Iriz nie. Menarik bukan?;)

        Cheers!


          • Cuba tngok grill bumper gen2, persona yg lama..akn nampak bentuk wau@ dlu masa gen2 mula2 lancar,kt paper tulis designer proton design grill tu ambil inspirasi dr keris/ sarung keris.keris tu part mula2 dkt dgn hulu/pemegang.


        • psl rim tu….kwn saya dh pernah pakai rim design bunga raya ni (brand JRD je) kat wira dia thn 2008. aku kutuk skit2 ckp dia tampal bunga raya kat rim terus tak pakai. heheheheheeee… skrg dia dh pakai alza. maklumlah, anak setahun sorg.4 thn kawen,4 org anak.wahai S*****L, thn ni dpt baby lg ke tak?


  • Perutdua n umw byk untung ma… booking cancel.. duit talak refund.. itu blog pxxxx asik kutuk p1 x open booking sbb kete byk problem lor.. axia pun tarak baguih mana pun.. injin tarak power.. kete besak..


    • Itu bukan salah letak. Itu nak kencing orang, misrepresentation tu, boleh kena saman. Sepatutnya mangkok yang buat kerja bodoh tu dah kena pecat by now, sebab perbuatan dia, teruk juga Proton kena ketawa dan sindir oleh budak2 kat internet.


    • Mmm… kita x tau citer sebenar. Mgkin kes misleading. Mgkin proton dh wat crash test tu n diorg so exited dgn keputusan ujian tu n dah war2kn awal sebelum keputusan rasmi pihak ancap. Tentu la bengang kot depa nie. Hilang dh integriti. Mgkin la. Xkn la proton saja2 nk bohong. Even asean ancap dh iktiraf 5 star kn?:)

      Cheers!


  • KERETA UNTUK ANAK KEDUA GUA..KERETA PROTON KE 5 DALAM KELUARGA GUA.GUA TAK ALAMI MASALAH DIATAS.TERBAIK PROTON.GUA HARAP PROTON KONGSI PLATFORM DENGA NLOTUS .UNTUK MODEL DAN SEGMEN SUV,MPV BESAR DAN LAIN-LAIN.MAMAT ATAS KAKI KLENTONG DAH BERJUTA KERETA PROTON DIATAS JALAN.SERVIS KERETA KENA BUAT KAT AH BENG KOMUNIS KONON.NAK KLENTONG JANGAN NAMPAK SANGAT.GUA ADA 4 KERETA PROTON.PUSAT SERVIS GUA HANTAR MEMANG PROTON BUKAN FRANCAIS.ADA SC FRANCAIS RECOMENT CLUTCH PLATE BUATAN KOREA.TAK SEPATUT JUAL PRODUK JENAMA LAIN.SEJAK ITU GUA TAK PERCAYA FRANCAIS.


  • fauzan..u pakai proton model apa?

    Saya pengguna preve. dari segi positifnya, proton telah menawarkan kereta dengan safety spec yg baik pada harga RM70K. sebelum ni memang tiada pengeluar kereta yg mampu menawarkan spec seperti preve kecuali kereta mewah dan continental.

    Tu jelah yang mampu memujuk hati saya apabila preve yg saya beli menghadapi masalah. Keluar masuk SC sudah berkali2 untuk menggantikan part2 yang dikatakan bermasalah. Walaupun begitu, masalah masih berulang. Agaknya proton membiarkan masalah sehingga kereta habis warranty. Siapa yang rugi? Saya hanya tuntut hak saya sebagai pengguna. itu sahaja.

    Dan tolong jangan compare masalah proton dgn masalah pengeluar lain. Sebab saya pembeli proton dan saya sebagai pengguna proton, hanya saya yg tahu masalah yg dihadapi oleh kereta saya. Owner jenama lain ada masalah yg diketahui sendiri.

    Kalau tidak boleh kritik, macamana pembeli seperti sy nak dapatkan hak saya. Dari zaman waja now preve, sebenarnya kualiti proton masih ditakuk lama. Hanya spesifikasi dan rekabentuk saja yg bertukar. Part, pemasangan sama saja sejak zaman waja.

    Maaflah..saya tak nak tulis banyak2..takut nanti ada yg marah.


    • Lazim76,

      Saya guna iswara aeroback 1.3MT thn 1996, wira 1.5MT thn 2000, waja 1.6AT hline 2001, gen2 1.3AT 2005, savvy 1.2AMT 2005, Exora 1.6AT CPS hline 2009, Exora 1.6AT CPS Mline 2011 dan persona 1.6AT hline 2011. Semua kereta yg saya beli dan pakai alhamdulillah msih baik. Servis ikut manual diproton servis centre. G2 1.3AT mileage dah 250,000km dan exora dah 110.000km. Campro engine tiada masalah. Part wear n tear tu biasalah smpai masa kena tukar. Semua masalah boleh diselesaikan jika kena cara dan tempatnya. InsyaAllah ada rezeki nk beli new perdana plak. Kereta non nasional pertama saya ialah honda prelude.


    • Pengeluar lain pun ada masalah yg tak blh settle.. cth VW.. sampai pengguna wat demo sbb VW tak blh settle masalah transmission / clutch.. Vios model baru.. kalau pemandu plus penumpang 5 orang.. time melepasi hump.. akan terkeluar bunyi bergesel dari bawah kereta.. masalah ni Toyota tak boleh settel..


  • 45k to 60k harganya… ?????? Cuba turun sikit lagi tanda harganya… katà pru lepas janji bagi harga kereta murah.. turunkan harga kereta.. ingat lagi tak?


    • Myvi 1.3 standart manual start 41k & 1.5 extreme auto 61k mampu jer org beli ..takde plak bising2 komplen mintak turunkn harga ..PCC ni segmen B sama mcm myvi ..salah ker Proton offer range price yg same tapi dpt extra features?


    • kawe pun berfikir yg sama.
      kenape lah Proton tk nk cntikkan interior Exora mcm Iriz
      Family car besar cm Exora skrg nmpak plain plastic.


  • Terkini teka harga sempena pelancaran akan datang dan hint dari CEO Proton;

    Varian;

    •1.3 Standard MT & 1.3 Standard CVT
    •1.3 Executive MT & 1.3 Executive CVT
    •1.6 Executive MT & 1.6 Executive CVT
    •1.6 Premium MT & 1.6 Premium CVT

    Tekaan harga Iriz:-

    Standard
    1.3 M Solid – RM43,800
    1.3 CVT Solid – RM47,800
    1.3 CVT Metallic – RM48,300

    Executive
    1.3 M Solid – RM47,800
    1.3 M Metallic – RM48,300
    1.3 CVT Solid – RM51,800
    1.3 CVT Metallic – RM52,300
    1.6 M Solid – RM51,800
    1.6 M Metallic – RM52,300
    1.6 CVT Solid – RM55,800
    1.6 CVT Metallic – RM56,300

    Premium
    1.6 M Solid – RM55,800
    1.6 M Metallic – RM56,300
    1.6 CVT Solid – RM59,800
    1.6 CVT Metallic – RM60,300

    Spesifikasi Iriz:

    Standard
    ————-
    – Tiada DRL
    – Bar Grille (pedang depan) warna perak
    – Tiada bodykit
    – Tiada rear diffuser
    – Cermin sisi dan handle pintu tidak bercat
    – Tiada spoiler belakang
    – Tiada bilah pengelap belakang
    – Rim cap 14″
    – Kusyen kain
    – Double Din radio
    – ESC, ABS, EBD
    – 2 airbag
    – Matte black steering garnish

    Executive
    —————
    – Tiada DRL
    – Bar Grille (pedang depan) warna perak
    – Dark grey plastic rear diffuser
    – 14″ sport rim 5 spoke dengan tayar 175/65R14
    – Spoiler belakang agak bulat (kurang extreme)
    – Kusyen kain
    – Double Din radio
    – ESC, ABS, EBD
    – 2 airbag
    – 1.6 disertakan butang kawalan steering + Piano black steering garnish
    – Matte black steering garnish (1.3)

    Premium
    ————
    – DRL bersepadu
    – Bodykit 2 tona
    – 15″ Sport Rim double spoke bintang dengan tayar 195/55R15
    – Spoiler belakang bersegi (extreme)
    – Bar grille (pedang depan) krom
    – Light grey finish rear diffuser
    – Keyless entry
    – Kusyen kulit
    – Toucscreen + reverse camera
    – ESC, ABS, EBD
    – 6 airbag
    – 2 USB power port
    – Chrome lining di air cond vent
    – Piano black steering garnish

    Itulah dia 8 varian dengan 8 warna pilihan. Cerita Axia pun dah dikambus kebanjiran cerita Iriz ni di mana-mana. Kalau model2 akan datang Proton sebegini, Proton boleh berjaya di mana-mana pasaran sekalipun.

    Proton iris – The Gamechanger

Leave a Reply