ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz Refinement – Apa yang telah diperhalusi?

Views

Baru-baru ini pihak media telah dijemput untuk ke satu sesi pra-tonton dan pandu uji ringkas model pertama Proton pada tahun ini, Iriz Refinement. Namun kami tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan tersebut kerana berada di Putrajaya untuk mendengar pengumuman rasmi Rakan Strategik Asing Proton yang baharu, iaitu Geely dari China.

Walaubagaimanapun, melalui maklumat yang kami perolehi, Iriz Refinement adalah versi yang diperhalusi, terutama sekali dari aspek NVH (Kebisingan, Getaran dan Kekasaran) dan juga talaan di bahagian unit kawalan transmisi (TCU) dan dan unit kawalan enjin (ECU) yang menjadikan pecutannya lebih responsif dan lancar. Ia sekaligus menepati sasaran yang ditetapkan oleh pasukan jurutera Proton yang mahukan Iriz Refinement sebuah kereta lebih senyap dan lancar.

BACA >> Iriz Refinement 2017 : Apa yang kami tahu?

Apa yang membezakan Iriz Refinement dengan model semasa?

  • Empat varian sahaja : 1.3 Standard manual, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT
  • Tiada perubahan ketara melainkan kombinasi warna dua-tona untuk varian Premium, manakala varian lain masih mengekalkan warna satu tona.
  • Bumbung, spoiler belakang, sayap Proton dan cermin sisi varian 1.6 Premium dicat dengan warna hitam berkilat
  • Emblem Proton baharu
  • Warna baharu – Carnelian brown dan Ruby Red
  • Kemasan tempat duduk kombinasi fabrik dengan corak jalur biru dan merah yang digabungkan dengan kulit yang dijahit dengan benang merah (1.6 Premium)
  • Indikator Eco
  • Tombol gear CVT baharu sama seperti model Persona
  • Paparan skrin sentuh baharu dengan ciri SmartLink (1.6 Premium)
  • Tambahan sistem penggera PKE dan butang penghidup enjin (1.3L Executive)
  • Alas kaki yang baharu
  • Cagak enjin tiga titik (berjaya mengurangkan bunyi sebanyak 5dB)
  • Unit kawalan transmisi (TCU) dan unit kawalan enjin (ECU) yang ditala supaya pecutan lebih lancar
  • Tambahan penebat bunyi

Menurut maklumat yang kami terima, Iriz Refinement dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat, mungkin pada bulan Jun nanti. Harga jualannya belum dapat dipastikan, sama ada meningkat atau sama seperti sebelumnya hanya akan diketahui setelah ia diperkenalkan secara rasmi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Pilihan Warna

Luaran

Dalaman

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply