ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kekalkan momentum kenaikan jualan

Views

Proton terus mengekalkan pertumbuhan mantap dalam prestasi jualannya pada tahun hingga kini. Setakat 30 November 2017, Proton telah menjual sebanyak 66,190 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas. Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, sejak lima tahun lalu Proton telah melalui satu perjalanan yang mencabar dan pertumbuhan mantap yang direkodkan dari Januari hingga November tahun ini merupakan pencapaian yang positif.

Proton akan bekerja dengan lebih keras pada bulan yang mendatang dan mengalu-alukan para pelanggan untuk mengambil kesempatan terhadap promosi hujung tahun bagi kereta Proton. Saga dan Persona kekal sebagai peneraju carta jualan model Proton dengan jumlah jualan masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit, secara puratanya menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kereta Proton.

Bekerjasama dengan rakan kongsi, Proton memperhebatkan proses dan usaha peningkatan kualiti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam, serta peluang latihan untuk pekerja Proton di Geely, China. Ketahanan dan kehandalan kereta Proton telah diuji melalui perlumbaan ketahanan selama 9 jam di Sepang 1,000 km 2017 bulan lepas di mana kereta Proton diumumkan sebagai juara keseluruhan.

Proton akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi kereta keluarannya dan berharap dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap yang lebih baik. Dengan kemenangan tersebut, jualan Iriz telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus pada November 2017 berbanding Oktober 2017.

Promosi Disember 2017 – Bonanza Akhir Tahun kini masih lagi berlangsung dengan tawaran peningkatan kualiti dan RM0 penyelenggaraan sehingga 5 tahun* serta penjimatan sehingga RM8,000*. Tawaran hebat ini turut merangkumi minyak enjin dan kos pekerja. Selain dari pelanggan boleh memiliki Saga dengan hanya RM398* sebulan atau RM506* sebulan untuk model Persona.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply