Proton mencatat kemenangan lagi di Rali Malaysia sebentar tadi melalui pemandunya Alister McRae yang memandu jentera Satria Neo S2000. Dengan kemenangan ini Proton semakin mengukuhkan cabarannya dalam saingan APRC. Agak malang bagi rakan sepasukannya, PG Andersson yang pada mulanya mendahului saingan tetapi terpaksa menamatkan cabarannya pada akhir pusingan ke 10
Dengan penarikan dirinya, pemandu pasukan Proton R3 Cusco Rally Team, Karamjit Singh menjadi pemandu jentera pacuan dua roda terpantas, menamatkan saingan ditempat ke-4 dengan jentera Satria Neo 1600cc , dihadapan rakan sepasukannya Akira Bamba ditempat ke- 7 diikuti oleh Kenneth Koh ditempat ke-9. Pemandu India Sanjay Takle yang juga memandu Satria Neo menamatkan saingan dikedudukan ke-8.
Tahniah Proton!!!
Tahniah Proton juara berganda..APRC dan MSS Rd3.
ada sesiapa tahu hal sebenar berkenaan isu ini
http://apadehal.com/apabila-pelanggan-tidak-puas-hati-dengan-proton-preve/
pihak proton /terutama pihak pengurusan service center yang gambarnya dipaparkan perlu jawab isu ini supaya tiada kekeliruan pada bakal pembeli.
Gambar tu kat SC EON Chan Sow Lin…xde pe2 p0n…customer nak perhatian lebih…
Syabas Proton. Syabas R3. Flying Singh flying high!!!! Memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Proton perlukan kemenangan 1-2 utk baki Rally Japan dan Rally China. Pendahulu APRC selepas Malaysian Rally 2012 ini masih Skoda dan Chris Atkinson.
Kalau PG Andersson tiada masalah elektrikal semalam, dekat sikit jurang markah antara Skoda dan Proton.
Proton baru menang sekali. Skoda dah 3 kali.
Saya mengikuti rally tersebut di JB. Dan nyata jentera Skoda jauh lebih laju daripada Proton.
Tahniah proton