PETALING JAYA (16 Julai 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan sukacitanya memperkenalkan empat orang duta Nissan LEAF yang pertama iaitu Daniel Yap, Jason Goh, Yoong Huey Yee dan Rizman Harith Merican untuk program ‘Journey To Zero Emission’ kendaliannya. Ia merupakan program pertama seumpamanya di Malaysia yang melibatkan sebuah kenderaan elektrik (EV) Nissan.
Mereka antara individu terawal yang berpeluang menggunakan EV dalam kehidupan harian mereka selama enam minggu. Mereka juga bakal berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan orang ramai menerusi pelbagai medium seperti klip video, artikel-artikel, selain memberikan maklum balas berguna kepada ETCM berkaitan prestasi LEAF dalam kondisi pemanduan tempatan.
Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng mengulas, “Kami telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan bagi program ‘Journey To Zero Emission’. Memilih empat orang duta pertama sememangnya satu tugas sukar daripada apa yang kami fikirkan sebelum ini. Sebabnya, kami telah menerima banyak permohonan yang berkualiti tinggi!”
Permohonan untuk menjadi duta LEAF masih terbuka dan pemohon sebelum ini masih berpeluang untuk dipilih. ETCM mahu seramai mungkin rakyat Malaysia merasai pengalaman memandu LEAF dalam kehidupan seharian yang sebenar demi mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai EV.
ETCM menjemput orang ramai untuk melihat, merasai dan menerokai kenderaan EV 100% pertama yang dikeluarkan secara massa di dunia iaitu Nissan LEAF di lokasi-lokasi berikut:
Tarikh | Lokasi |
11 hingga 16 Julai | 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor |
26 hingga 29 Julai | Queensbay Mall, Pulau Pinang |
3 hingga 5 Ogos | Mahkota Parade, Melaka |
10 hingga 12 Ogos | Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor |
12 hingga 16 September | 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor |
5 hingga 7 Oktober | Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah |
7 hingga 11 November | 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor |
23 hingga 25 November | East Coast Mall, Kuantan, Pahang |
26 Disember hingga 1 Januari | 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor |
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Duta LEAF, sila layari laman web: www.nissan.com.my/LEAF dan muat turun borang permohonan secara dalam talian.
proton ev apa pasal lama sangat testing?