Andes Motor, anak syarikat Kaufmann Group secara rasminya melancarkan Proton Prevé di Chile baru baru ini. Untuk pasaran Chile, Proton mempertaruhkan tiga varian, Standard dan Executive yang dikuasakan enjin 1.6-liter berkuasa 107 HP dengan 150 Nm tork yang digandingkan bersama transmisi manual lima-kelajuan. Varian Premium pula dilengkapi enjin turbo berkuasa 138 HP dengan 205 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT dengan mod Protronic tujuh-kelajuan.
“Kami yakin Andes Motor, yang merupakan pengedar bas, trak dan kereta mewah yang terkemuka di Chile bakal membawa kejayaan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Ketua Pegawai Eksekutif Andes Motors, Alexander Kohler A, pula berkata, “Kami amat teruja untuk membawa semula kereta Proton ke pasaran Chile sejak kali terakhir pada 1998. Kami yakin usaha sama ini akan mengukuhkan lagi kedua-dua jenama.”
Dua lagi model Exora dan Saga pula bakal dilancarkan ke pasaran Chile pada masa akan datang. Antara ciri unik yang ditawarkan pada Prevé berbanding dengan pesaingnya adalah paddle shift pada stereng untuk gaya pemanduan yang lebih sporty. Prevé turut menerima penarafan lima-bintang dari Australasia New Car Assessment Program (ANCAP) dan Asean New Car Assessment Program (NCAP) untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
12,176,471.00 CLP = 73,341.077 MYR
Preve premium 7 kelajuan protronic dijual pada harga myr73,341.077 di Chile.. Hampir sama harganya di Malaysia, walaupun kerajaan Chile mengecualikan beberapa peratus cukai import Dari Malaysia..
Sumber : http://WWW.chileautos.cl
Betul betul, tapi shipping cost belum masuk lagi. Chile amat jauh dari Malaysia, lebih jauh daripada U.K. atau South Africa.
preve ni makin cantik lak aku tengok bila pakai rim besar2..
Kenapa tak bawak Iriz sekali?