ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video : Persona dan Perdana 2016 sedang jalani ujian di lebuhraya PLUS

Views

Kami baharu sahaja mendapat rakaman video berdurasi hampir satu minit ini daripada Slasher Sel. Dua model terbaharu Proton, Persona dan Perdana 2016 telah dikesannya sedang menjalani ujian di lebuhraya PLUS. Buat masa ini belum lagi kedengaran tanda tanda pelancaran salah satu daripada kedua-dua model tersebut. Lagipun bulan Ramadan dah semakin hampir.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • tak kisah secantik mana design atau sekerap mana ujian….kalau akhirnya tak boleh bersaing dalam market pun tak guna.
    Heran bila facelift Perdana tak habis diuji lagi sebab majoriti perubahan hanyalah pada kosmetik.
    Accordana dilancar Dec2013, takkan facelift pun ambil masa hampir 3 tahun?


    • Mmm… perdana utk kegunaan gov tu sekadar rebadge honda accord, yg nie kerja2 kosmetik. Model perdana baru nie model replacement perdana guna platform accord bukan kerja2 kosmetik. Lebih kpd re-engineering. Kos rnd pun dlm RM230 juta jer berbanding company lain kereta segment D cengini paling kurang RM600 juta – RM1 billion! Even Hyundai Sonata baru pun kos RnD mencecah USD1.3 billion. Mgkin la kerana kekangan kos n pengurusan, model nie amik masa sket. Design cantik atau x, kerap banyak buat ujian n amik masa lama sket, yg penting mampu bersaing kn?:P

      Cheers!


    • Tak boleh bersaing dalam market sangat umum. Ada pelbagai faktor sesuatu produk tak dapat bersaing. Ia terpulang kepada pihak Proton bagaimana nak tawarkan produk mereka kepada bakal pembeli. Sama ada berharga murah, bersaiz kecil, spec tinggi atau lain-lain. Yang penting, apa yang ditawarkan dapat memenuhi kehendak bakal pembeli.

      Faktor bakal pembeli pun kena kira, ada yang dengar cakap orang bulat-bulat untuk beli kereta, tak cari maklumat sendiri apa kelebihan atau kekurangan sesuatu produk. Malah, ada yang lebih percaya produk jenama luar negara lebih dari jenama tempatan.

      Perdana baru ni bukan setakat facelift, bukan setakat buat bumper atau tukar logo, tapi juga melibatkan engineering. Antaranya rekabentuk, elektrik & elektronik, ketahanan produk, ujian pelanggaran dan lain2. Jadi, mesti buat betul2. Ambil masa tu sudah tentu. Tambahan, katanya model paling mahal akan guna gear rotary, ia benda baru bagi Proton, ia kena match/ngam dengan peralatan lain dan elektroniknya. Jadi, kena test betul2.


    • okay faham. tapi development cost tu xboleh nak compare dgn manufacturer lain sbb Perdana ni masih guna chasis & engine Honda Mk8 kan?
      harap model ni berjaya lah seperti diharapkan.

      btw, honda ade letak limit production unit ke untuk model Perdana ni?Proton boleh produce ikut market demand dan eksport ke oversea? atau masih utk domestik saja?


      • kalau tak silap, honda ada letak limit pada pasaran. tak boleh export. tentang production limit tu tak yakin tapi byk mengatakan proton takkan buat banyak perdana ni. limited production. tak yakin sebab kekangan honda atau test market.


    • cuba dulu tengok keje dekat proton bahagian RnD baru komen la. Nak komen pun ilmu mesti kene ada , jangan main sedap komen sampai memakan diri. terima kasih.


      • aku tak tau apa RnD Proton buat dan aku pun tak tau apa RnD manufacturer lain buat…Proton ni bisnes bro, kalau buat bisnes tapi xboleh sustain dan xbole jual produk, itu namanya bangkrupt…

        nak komen mesti nak ade ilmu, nak kerja kat RnD wajib kena ada ilmu tinggi gak…
        apa komen yang makan diri tu bro? aku xkisah kalau orang nak cerita yang positif semua pasal Proton tapi kenapa perlu RM1.5B kalau bijak buat kereta?


  • salam semua. memandangkan forum ni banyak berita ttg proton, saya ingin bertanya sedikit.

    saya baru pakai iriz hampir setahun. dalam tempoh tak sampai setahun ni, kereta saya mempunyai masalah rattling. setiap kali servis, saya akan meminta mereka menyelesaikan masalah tersebut. namun ia tidak pernah selesai.

    baru2 ini pula, saya perasan satu bahagian plastik di bhgn. pemandu telah terjongket. saya telah meminta sc memasukkan semula bhgn plastik tersebut ke kedudukan asal, tapi mereka tidak berjaya. alasannya ada klip yg tiada.

    saya tidak berpuas hati dan meminta proton bertanggungjwb. namun hampa kerana sc menyalahkan saya kerana tidak memeriksa kereta semasa proses penerimaan. adakah qc proton tidak melaksanakan tugas dgn baik sehingga perkara itu diletakkan dibahu pembeli semata2.

    saya memang memeriksa setiap bhgn kereta, namun tak semua bhgn dpt diperiksa secara teliti. apakah tindakan yg boleh saya ambil utk selesaikan masalah ini?


  • alasan SC menyalahkan pembeli xcheck..
    kalau nak suruh pembeli check.. kot nanti tk tahan kot masa nak serah kereta..
    bodo punya SC Proton.. keja kampung..xdak SOP… xberubah cara kerja.. mechanic kat SC belagak mengalahkan engineer dan pandang rendah hak pembeli..
    SC toyota mekanik dia xperangai bodoh sombong mcm ni.heran..
    melayu ramai sgt kot kt SC Proton ni..


  • Entahlah. SC bagitau banyak part plastik dalam kabin iriz guna klip dan ketap. Contohnya panel dalam pintu, penutup di bawah pintu dan di bahagian bawah seat. Agak kecewa jugalah sebab semua tu jadi punca rattling, kerana pihak kilang tak pasang dengan kemas dan klip mudah longgar.

    Setiap kali servis, memang saya adu kan masalah rattling ni. Mereka cuma tulis “tighten” je pada kertas servis tu. Bila drive keluar, masalah tak selesai pun. Proton sepatutnya dah tahu masalah ni. Takkan hal sekecil-kecil tu nak diletakkan dibahu saya sebagai pembeli.


  • Setakat masalah ratling tu sama je mana-mana kete. Saya beli Toyota ..rattling kat enjin sampai bertahun-tahun tak selesai…kata sc biasalahah…nasiblah… Beli Myvi pun sama – bila pakai enam bulan..mula rattling..sc pun tak dapat solve…pakai je ..lah… saya dah pakai proton 5 biji… ada yang ok no problem ..ada jugak yang model rattle sikit-sikit…


    • Saya tahu masalah rattling bukan dihadapi oleh proton saja. cuma saya agak kecewa bila cara SC menyalahkan pembeli. Saya pun ada Toyota. Ada juga rattling, tapi takdelah SC salahkan saya tak check masa terima kereta.

      Cuma Iriz saya ni masalah rattling agak kritikal. Sebab tengah cruise kat highway yg jalannya rata dan smooth pun bunyi tu kuat mengganggu. Kalau setakat lalu kat jalan tak rata, itu normallah kalau bunyi rattling dan saya boleh terima.


      • Masalah bro kat sini sebab berhadapan dengan SC yang bermasalah.. bagi jawapan kepada customer dengan menuding jari, bukan jawapan yang baik.
        Klip2 tu boleh DIY je jika rajin godek2..

        try la kereta jenama lain pula nanti, jangan terkejut..pun ada masalah..haha.. waktu tu mungkin kita anggap kita salah sebab tak mungkin jenama tu produk macamtu.. masalah kita dengan proton ni, 1st persepsi kita pun dah buruk..hehe


        • Haha. baru aku tau beli kereta proton boleh DIY klip sendiri dan kena rajin godek.

          Patutlah proton tak mampu menakluk pasaran tempatan, sebab ada sifat “tak apa” atau gunakan “ala, kereta jenama lain pun masalah juga”. Walhal bro tu tak de pun cakap kereta lain free problem. Kalau 1st persepsi dia dah buruk, sudah tentu dia tak beli Iriz tu 😛

          Beli proton memang “rattling free”. Tak caya, try sembang dgn mekanik SC proton. Rata-rata akan komplen hal rattling semasa servis. Maksudnya ada sesuatu yg tak kena dgn kualiti pemasangan di kilang proton sana.

Leave a Reply