PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Media Prima Berhad bekerjasama memperkenalkan program realiti Prevé Funz Challenge yang bakal bersiaran setiap hari Sabtu mulai 2 November 2013 di TV3 jam 7.30 malam. Program realiti berbentuk “game show” akan ke udara selama 8 minggu dengan 8 pasukan yang terpilih, setiap pasukan dianggotai 3 peserta bakal bersaing setiap minggu untuk menyelesaikan cabaran dan tugasan yang berkaitan dengan Proton.
Pasukan yang menyelesaikan tugas dalam amsa terpantas dan markah tertinggi bakal memenangi saingan, manakala pasukan yang berada ditempat tercorot bakal disingkirkan di setiap penghujung episod. Pasukan yang mengambil bahagian akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik seperti wang tunai, pakai percutian dan barangan elektrik. Pasukan yang muncul juara akan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan berpeluang untuk melawat kilang LOTUS di Hethel, United Kingdom dan menonton aksi pasukan Norwich City FC di stadium Carrow Road, Norwich.
Menurut Pengarah Pemasaran, Pejenamaan dan Sukan Permotoran PROTON, Pn. Pat Wahid,”Prevé Funz Challenge bukan sahaja menonjolkan “unique selling propositions (USP)” dan keupayaan Proton Prevé sebagai salah sebuah model yang canggih dan berteknologi tinggi, tetapi program tersebut akan memberikan rakyat Malaysian peluang untuk melihat secara dalaman fasiliti PROTON kerana ia telah dirakamkan dibeberapa lokasi seperti PROTON Centre of Excellence, PROTON Parts Centre dan kilang PROTON Tanjung Malim.”
Warga Malaysia juga berpeluang untuk menyertai Prevé Funz Challenge kerana terdapat Pertandingan untuk penonton akan dijalankan semasa program tersebut ke udara dengan Hadiah Utamanya ialah lawatan ke kilang LOTUS di Hethel, United Kingdom dan peluang untuk menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan Norwich City FC.
“Penonton perlu melayari laman web Prevé Funz Challenge di www.tv3.com.my/prevefunz mulai 2 November untuk menyertai peraduan untuk penonton. Untuk melengkapkan penyertaan, mereka perlu mengumpul empat (4) kod yang bakal ditayangkan pada episod yang terpilih dan memasukkan kod tersebut, kemudian dua (2) soalan yang berkaitan dengan program serta lengkapkan slogan. Pemenang bakal dipilih berdasarkan kod yang betul, jawapan yang tepat dan slogan yang terbaik” kata Cik Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima.
Tapi, kenapa Preve? Bukan Suprima S? itu yg belegar2 kat kepala otak aku ni huhu…
ape pon aku harap Program ni dapat sambutan… yg suka Proton kena tgk…yg x suka pon kena tgk jugak…
kena tgk dulu Reality Show ni… baru leh komen lebih2 haha
good job… walaupon bagi aku, ada idea yg lagi bernas dari ni…
Mmm… mmg preve lebih sesuai berbanding suprima S. Mgkin sebab market preve lebih meluas dan promosi melalui game show mcm nie lebih meyakinkn. Utk suprima s, kena guna idea lain la. Sebelum nie pun exora pernah berkolaborasi dlm rancangan game show cenggini kn?
Cheers!
btw…nape proton x develop app games…buat racing game..guna Suprima S…best gak main kt ipad ke tablet ke…boleh buat duit gak… 🙂
Bro Campro,
Saya ke showroom Prootn sebentar tadi dan dapat brochure Suprima S yang booklet tu. Saya baca foglamp casing tu redesign tak sama dengan Preve untuk alirkan angina ke intercooler CFE rupanya. Saya dah jenguk foglamp casing tu, memang betul ada 2 salur untuk tarik angina masuk ke dalam intercooler. Maknanya design baru ni bukan komestik semata, tapi ada function.
Betul tu,
lepas ni owner Preve bole la consider tukar foglamp bezel Suprima-s tu….
http://iklansticky.com/hop.php?ref=jamalbalung