Tahniah kepada pasukan Proton kerana telah menjuarai Malaysian Touring Car Championship buat kali ketiga berturut-turut kategori Class 2 kereta produksi sehingga 1600cc di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Kejayaan ini dicapai melalui kedua-dua pelumba muda Syafiq Ali dan James Veerapan.
Bermula dari petak utama, Syafiq memacu Satria Neo hingga ke penamat dengan penuh bergaya, manakala Veerapan memenangi perlumbaan kedua 10 pusingan dengan masa 24 minit 42.413 saat 7 saat dihadapan Soh Kee Koon yang memandu Toyota Altis dan Alvaro Mourato yang juga memandu Satria Neo. Tahniah Proton!
Tags:Automotive
Tahniah proton !!!!..GO proton..pasni make sure 2 racer ni ke peringkat yg lebih tinggi mcm F1..proton sponsor la sket wat investment
salam…bagilah keputusan penuh..nak tau keta apa yg race.
Tahniah proton