ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mulakan langkah untuk pertahankan kejuaraan APRC

Views

 

Proton akan memulakan langkah untuk mempertahankan kejuaraan APRC untuk musim 2012, dengan bermulanya cabaran rali Brother International Rally of Whangarei di New Zealand. Bukan sahaja Proton memulakan cabaran musim ini sebagai juara bertahan, ia juga bakal menyaksikan Proton menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pusingan kali ini, di mana Proton juga muncul sebagai pemenang pusingan ini pada tahun lepas.

Mengetuai cabaran APRC musim ini ialah penyandang juara Alister McRae. Beliau bakal beraksi bersama bekas juara dua kali Junior World Champion PG Andersson yang membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan tersebut.

Selain itu Karamjit Singh dan juara bertahana APRC Junior Champion, Akira Bamba juga bakal beraksi bersama pasukan PROTON Cusco Rally Team yang menggunakan jentera Satria Neo1600cc. Kenneth Koh pula bakal menjadi pelumba ketiga pasukan tersebut.

Rally  Whangarei bakal menyaksikan 16 peringkat khas yang meliputi jarak sejauh 283.28km. Pusingan pertama pada Sabtu ini akan mempunyai 8 peringkat dan  baki 8 lagi pusingan akan berlangsung keesokan harinya.

Semoga berjaya!!!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments

Leave a Reply