ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton panggil balik Inspira untuk pemeriksaan dan pembaikan percuma

Views

proton inspira

Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pada 6 Januari 2015, Proton memanggil balik model Inspira untuk menjalani pemeriksaan dan pembaikan percuma yang melibatkan “V-ribbed belt” dan brek booster. Adalah dipercayai bahawa unit “Drive Belt Pulley”  dalam kereta Proton Inspira dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menjadi cepat haus dan koyak serta boleh mengakibatkan kekurangan bateri dan enjin menjadi terlampau panas selain sistem stereng kuasa menjadi lebih berat.

Sebanyak 5280 unit Proton Inspira akan terlibat dalam kempenpemeriksaan dan pembaikan percuma ini. Pemilik Inspira dari tarikh pembuatan tersebut diminta menghubungi mana-mana pusat servis Proton untuk membuat temu janji pemeriksaan percuma. Kos upah dan alat ganti yang berkaitan akan disediakan tanpa sebarang caj. Sebagai peringatan, Proton juga telah menghantar surat untuk memberitahu pelanggan mengenai perkara tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply