ARKIB

KATEGORI

Buletin

ISUZU ungguli pasaran Malaysia!

Views

Kurokawa & Hagiwara with ELF

Isuzu sekali lagi muncul sebagai jenama trak paling laris di Malaysia pada tahun 2014. Ini terbukti apabila model trak tugas ringan ELF menjadi rangkaian trak terlaris untuk lima tahun berturut-turut. Berdasarkan kepada statistik yang disediakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), trak tugas ringan Isuzu mengungguli carta jualan dengan 6,024 unit, meningkat sebanyak 4.5% berbanding dengan prestasi tahun lalu iaitu 5,788 unit.

Penambahan itu disumbangkan daripada pelancaran model baharu ELF generasi keenam pada April lalu. Trak ini menawarkan penambahbaikan yang signifikan dan kegunaan kepada pelanggan berbanding model trak N-Series yang juga menerima sambutan yang baik sebelum ini. Ketika mengumumkan kejayaan mengekalkan posisi No. 1 itu, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa menyatakan bahawa keupayaan Isuzu untuk terus menerajui pasaran adalah disebabkan produk-produknya yang mengagumkan. Di samping itu, khidmat jualan dan selepas jualan yang berasaskan kepada pelanggan dan operasi yang kukuh.

NQR PRO

“Produk-produk Isuzu sudah lama terkenal dari segi kebolehpercayaan dan kecekapannya. Inilah dua aspek utama yang menjadi pegangan para pengendali perniagaan yang mahu mengawal kos operasi masing-masing. Dengan menawarkan produk menerusi satu rangkaian pengedar yang kukuh dan merangkumi seluruh kawasan perniagaan di negara ini, kami berjaya menawarkan penyelesaian pengangkutan yang sesuai dengan apa jua keperluan perniagaan,” kata Kurokawa.

Salah satu sumbangan utama kejayaan Isuzu Malaysia pada tahun 2014 adalah rangkaian trak tugas ringan, trak tugas sederhana, trak tugas berat dan prime mover mampu mencatatkan jualan sebanyak 300 unit. Angka itu mengukuhkan lagi kedudukan Isuzu selaku jenama trak No. 1 walaupun trak bersaiz lebih besar itu hanya mula ditawarkan pada suku ketiga 2014.

“Pada tahun 2015, usaha yang akan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan nilai jenama ini menerusi program-program penjagaan pelanggan yang lebih baik. Selain menambah baik proses jualan dan perkhidmatan bagi memastikan para pelanggan mendapat trak Isuzu yang paling sesuai berdasarkan kepada keperluan mereka,” tambah Kurokawa. Untuk mendapatkan trak-trak terlaris di Malaysia ini, kunjungi pengedar Isuzu berhampiran anda. Untuk senarai penuh, sila hubungi talian 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply