Walaupun pelancarannya ditangguhkan ke bulan Mac 2106, Proton dilihat semakin kerap menguji model Perdana 2016 untuk memastikan ia betul-betul bersedia untuk memasuki pasaran. Terbaharu, dua unit ujian Perdana 2016 telah ditemui oleh rakan kita, Azharul Nasaruddin berhampiran Lenggong, Perak hari ini. Walaupun masih sarat dengan pelekat penyamaran, kita masih boleh melihat bentuk model ini secara kasar.
Nantikan pelancaran teknologi enjin baharu Proton yang akan dibuat secara jarak jauh dari Shah Alam ke UK. Enjin prototaip 1.5 liter TGDI (Turbo Direct Injection) akan dihidupkan buat pertama kalinya oleh Tun Dr. Mahathir petang esok. Wakil kami akan berada di Shah Alam untuk melaporkannya. Teruskan bersama funtasticko.net!
esok ker? so esok ada la berita pasal engine ni yer, waaa x sabar nak baca, hehe
Hp 172
Torque 268nm
SYABAS PROTON KERANA ANDA AKAN MENGISI SEGMEN D YANG DIBIARKAN KOSONG TERLALU LAMA.UNTUK MEMPERCEPATKAN SEGMEN LAIN, GUA HARAP PROTON GUNAKAN SUZUKI CONTOH MPV KECIL,SUV KOMPAK DAN JANGAN BIARKAN SEGMEN INI KOSONG TERLALU LAMA.JUALAN TOYOTA MENGAMBIL KIRA PRODUK TOYOTA,PERODUA,DAIHATSU LEXUS DAN APA SAHAJA YANG SEWAKTU DENGANNYA TERMASUKLAH TRAK HINO.
Caps lock rosak ker?
macam proton persona yang dipetakkan
banyak betul berita Proton harini, harap dapat baca cerita enjin baru harini, kalau ada detail hint hint lah sikit bro
buat la engine apa pun…proton buat jadi tempat rezeki kedai workshop jer la,,byk betol problem nya…lain kali bagi Yamaha je buat..reliable
brand jepun pun dulu banyak juga problem..tapi tetap teruskan usaha nk tingkatkan kualiti..kita jangan lari dari cabaran, kalau dah masuk dalam bidang automotif memang kene bersaing dengan yang lain.