ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua rasmi kilang canggih, minta kerajaan kaji cara pasaran Malaysia dibuka

Views
  • Pasaran domestik mesti kukuh untuk menyokong usaha ekspot
  • Jenama tempatan kuasai 50% pasaran domestik berbanding 60-70% di Korea dan Jepun
  • Jika penguasaan jenama tempatan jatuh kurang dari 45%, ekosistem vendor automotif tempatan mungkin tergugat

Dalam keghairahan merasmikan kilang automotif tercanggih di rantau ASEAN, syarikat automotif terbesar di Malaysia, Perodua tidak lupa akan cabaran pasaran yang semakin getir dan meminta kerajaan untuk berbincang dengan industri dalam proses meliberalisasikan pasaran.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaluddin berkata sebagai pengeluar kereta tempatan, Perodua perlu berasa selesa di pasaran tempatan sebelum ia boleh melancarkan program ekspot yang lebih besar. Menurut beliau, di Korea dan Jepun, pengeluar utama tempatan menguasai antara 60-70 peratus pasaran domestik dan ini memberikan mereka kekuatan untuk menguasai pasaran eksport.

Sejak pasaran automotif Malaysia dibuka lebih 10 tahun lalu, penguasaan jenama tempatan telah merosot dari lebih 70 peratus ke 50 peratus dan Tan Sri Asmat memberi amaran bahawa jika ianya berterusan ke tahap 45 peratus atau lebih rendah, ini akan memberikan kesan negatif kepada industri automotif tempatan secara keseluruhannya.

“Setiap tahun Perodua membeli komponen dan perkhidmatan bernilai lebih RM5 billion dari pembekal tempatan dan Proton juga sudah tentu membelanjakan jumlah yang besar juga untuk komponen mereka. “Hari ini pun kita masih belum mampu menyaingi pemain besar dunia dari segi ekonomi skala, jika jumlah jualan kenderaan jenama tempatan terus merosot ia akan memberi tekanan keatas ekosistem vendor tempatan dan ini boleh menyebabkan vendor tempatan terpaksa tutup kedai.

12528766_10153195415212105_1580375901_o

Kenyataan ini mungkin dianggap aneh kerana ianya datang dari pengerusi syarikat automotif paling besar di Malaysia yang terus menguasai pasaran namun ianya tepat jika kemerosotan pasaran Proton diambil kira. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang merasmikan kilang baru Perodua berkatapihak kerajaan akan terus berdialog dengan syarikat tempatan dalam proses liberalisasi pasaran.

“Kerajaan sentiasa mahukan syarikat tempatan berdaya saing dan terus mahu melihat Perodua dan Proton berganding bahu dan berusahasama ke arah sasaran ini. Beliau juga memuji Perodua yang telah mengambil langkah untuk meningkatkan daya saing syarikat dari segi kualiti, kos dan juga kepuasan pengguna dan menambah bahawa kilang baru ini dapat mengangkat Perodua ke satu tahap yang baharu.

Awal minggu ini Syarikat Automotif terbesar di Malaysia, Perodua telah merasmikan kilang baru mereka yang dibina mengikut skema kilang Utama Daihatsu di Kyushu. Kilang yang menelan belanja RM1.3 billion ini menggunakan pelbagai teknologi canggih seperti sistem pemasangan tanpa jig, penggunaan robot untuk 75% pemasangan badan kereta, penggunaan cat berasaskan air dan  sistem cat kartrij.

Kesemua teknologi tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan sebuah kilang yang amat fleksibel dari segi bilangan dan campuran model yang boleh dipasang, kecekapan kilang dan ianya juga mesra alam. Kilang yang dimiliki oleh Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd.(PGM) ini merupakan yang pertama  diiktiraf sebagai kilang Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) di Malaysia.

12546160_10153195415282105_1566819691_o

Menurut Pengarah Urusan Perodua Global Manufacturing, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim kilang ini telah menghasilkan 140,000 unit Perodua Axia sejak mula beroperasi hampir dua tahun lalu dan berjaya mecapai 95% kecekapan. “Kami juga sudah mencapai 0.1 Kecacatan Setiap Unit (Defect Per Unit -DPU) dan ini meletakkan kami pada tahap yang lebih baik dari Daihatsu Astra di Indonesia dan kini kami sedang mengejar tahap DPU 0.01 yang kini dicapai oleh Daihatsu dan Toyota di Jepun,” kata Ahmad Suhaimi.

Kilang baru PGM menghasilkan Axia manakala model Myvi dan Alza dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd yang merupakan kilang asal Perodua. Produa dijangka akan menghasilkan model sedan pertama mereka di kilang PGM dan tilikan pasaran menjangka model ini akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Kilang PGM terpaksa memulakan syif kedua bagi memulakan produksi model sedan dan Perodua akan menggunakan 700 tenaga kerja tambahan bagi tujuan tersebut. Kilang PGM mempunyai lebih kurang 1600 pekerja dan dan dari jumlah tersebut 900 merupakan staf produksi manakala yang selebihnya adalah staf sokongan. Dengan tambahan staf dan permulaan syif kedua, kilang PGM mampu menghasilkan 200,000 unit setahun. Sebagai perbandingan, kilang asal Perodua mampu mengeluarkan 250,000 kenderaan dengan dua syif tetapi ia mmerlukan 8,000 pekerja.

Artikel oleh : Shamsul Yunos

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Proton kena cergas keluarkan 4 model terus tetapi dengan syarat design mesti lawa. Kalau gearbox pakai baru dan engin juga baru lebih baik, nanti sedan perodua keluar akan beri lebih tekanan pada proton, kami sokong proton


  • Ironi betul..1600 pekerja sudah cukup compare dgn kilang lama 8000 org. Bagus untuk kereta tak brape bagus untuk peluang pekerjaan. Mungkin gaji boleh bagi triple kt pekerja perodua berbanding dulu?


    • Yep, tidak berapa bagus untuk peluang pekerjaan.. 1600 pekerja adalah knowledged worker dan skilled worker, sudah tiada lagi operator pengeluaran yang telah digantikan dengan automated machine/robotic..


  • GUA LEBIH RESPECT PROTON DENGAN KILANG TANJUNG MALIM.KILANG PROTON DAH LAMA PAKAI ROBOTIK.INI BUKAN BERMAKNA GUA TAK SUKA PERODUA SEBAB GUA RASA KEHEBATAN PERODUA DARI SEGI MANA PERODUA NAK EKSPORTPUN NAK MINTA IZIN TOYOTALAH BRO.ANAK SAUDARA GUA PAKAI VIVA BARU 3 TAHUN ENJIN KASAR DAN ABSOBER DAH OUT.BANK BELUM HABIS BAYAR.PERODUA PUN HANYA COPY AND PASTE PUN DAH RISAU.


  • Tahniah Perodua, harap dengan pekerja yang kurang dan defect yang sikit P2 boleh kasi up sikit gaji staf kat Serendah tu. itupun kalau dapat cecah DPU0,01 macam toyota/daihatsiu lah


  • Mmm… tahniah jugek. Harap kilang dgn standard tinggi cengini menjadi penanda aras utk kilang2 pemasangan kereta yg lain di M’sia.

    Harap2 kilang nie sepenuhnya utk pemasangan model2 perodua n model2 future nya. Jgn ar jadi mcm kat kilang2 baru perodua yg lain termasuk la yg kat Sijangkang tu, penuh dgn pemasangan model2 toyota/daihatsu. Alasan strategi business. Kalau company luar bina kilang kat m’sia, mcm2 tarif n duti dikenakan. Nie, toyota/daihatsu dpt free jer sbb kilang bawah perodua a.k.a ‘kereta nasional’ n perodua dh tentu milik diorg… bijak bijak:P

    Cheers!

Leave a Reply