ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Prevé menakluk Club Med!!!

Views

Baru-baru ini saya telah menyertai rombangan media ke Club Med di Cherating, Kuantan untuk sesi pandu uji model terbaru Proton, Prevé. Walaupun saya cuma menyertai mereka di Kuantan, tapi pengalaman tersebut pastinya tidak akan dilupakan. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menyertai sesi pandu uji bersama Proton.

10 buah Prevé, 7 unit versi CFE dengan kotak gear CVT (ProTronic 7 kelajuan) & 3 unit versi manual (5 kelajuan) telah disediakan untuk pihak media. Namun disebabkan jumlah kereta yang agak terhad kami terpaksa berkongsi setiap kereta untuk 4 orang. Saya cuma berpeluang merasai pengalaman dengan unit versi CFE sahaja, namun ia sudah memadai kerana saya sudah lama tidak memandu kereta manual, hahaha…

Prevé ternyata berjaya menarik perhatian bukan sahaja pelancong asing malah juga penduduk setempat. Setiap kali ia meluncur di jalan raya, pastinya ia akan menjadi tumpuan sehingga saya dan beberapa rakan media “kembang hidung” seketika. Tahniah kepada Proton kerana telah berjaya menerima tempahan melebihi 4000 unit bagi model ini, ternyata ia benar-benar memikat hati rakyat Malaysia.

Rekaan luaran

Bagi saya, rekaan luaran Prevé ini adalah pengenalan wajah baru kepada model generasi akan datang Proton. Sememangnya banyak styling cues diilhamkan dari DNA model-model terdahulu, terutama sekali yang terdapat pada model Savvy . Rekabentuk gril yang bertemakan single graphic yang bersambung terus dengan lampu hadapan , flying wing dan logo Proton membuatkan model ini nampak lebar secara visual. Lampu posisi LED yang berada bersama lampu hadapan melengkapi  tema tersebut.

Di bahagian sisinya menampakkan kegagahan model ini dan sekali imbas ia seperti model kereta dari Eropah. Menurut Azlan Othman, ketua unit Styling Proton, walaupun rupa keseluruhannya tidak radikal namun rekaan sebegini lebih bertahan lama dan tidak terlalu pelik. Secara jujurnya saya kurang berminat dengan rekaan belakang model ini kerana Proton masih lagi mengekalkan bar panjang yang melintang antara lampu belakang. Pada pendapat saya ia lebih sesuai tanpa bar tersebut. Pada asalnya kedudukan lampu  signal dan lampu undur adalah selari dengan bar tersebut, namun ia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kedudukannya terpaksa dinaikkan sedikit ke atas.

Rekaan dalaman

Walaupun rekaan papan pemuka model ini agak ringkas, tetapi pemilihan warna dan penggunaan plastik soft touch telah membuatkan seolah-olah saya berada di dalam kereta buatan Eropah. Perincian yang dibuat pada steering dengan menggunakan butang yang lebih besar, balutan kulit dan paling dinantikan oleh semua pembaca blog ini ialah kembalinya emblem yang berkrom menggantikan emblem plastik yang nampak murah telah membuatkan kita semua terlupa sebenarnya steering itu asalnya dari model Exora. Salah seorang rakan media yang satu kumpulan dengan saya semasa sesi photoshoot sangat seronok memegang steering tersebut.

Penggunaan plastik soft touch telah diperluaskan ke panel pintu hadapan adalah permulaan yang baik kepada Proton dalam menambah baik model keluarannya. Mungkin atas faktor kos, pintu belakangnya terpaksa menggunakan plastik keras.

Di bahagian konsol tengah papan pemuka model ini letaknya head unit dan sistem navigasi dengan skrin sentuh sememangnya menarik kerana ia tidak terdapat pada model keluaran Eropah dan Jepun yang berharga dibawah RM100 ribu. Smart Info Display (SiD) bersama dengan panel meter bercahaya putih kelihatan lebih menarik dan menyerlah pada waktu malam.

Tepat duduknya juga selesa dan tidaklah terlalu keras. Pemilihan fabrik kalis air juga merupakan pilihan yang tepat dan yang pastinya Proton akan mengeluarkan versi yang menggunakan kerusi kulit pada masa datang. Ruang kaki belakang cukup luas dan ini terbukti apabila saya duduk di belakang, jarak antara lutut dengan kerusi penumpang hadapan agak jauh.

Pandangan saya, untuk model akan datang Proton perlu lebih tumpukan kepada aspek rekaan papan pemuka kerana ia nampak agak kosong terutama pada bahagian tengah. Mungkin untuk model hatchback nanti, jika boleh ubah layout nya supaya lebih menarik.

Prestasi Enjin

Enjin CFE yang telah terbukti kecemerlangannya pada Exora Bold, kini menjadi penjana kepada Prevé. Memang enjin ini cukup berkuasa dipadankan pula dengan kotak gear CVT (ProTronic 7 kelajuan) ia merupakan satu gabungan yang mantap. Kuasa pecutannya jelas dirasai ketika sistem turbonya mula berfungsi pada 2000 rpm. Menurut Enoch Abraham salah seorang jurutera yang terlibat dalam pembangunan enjin Proton, enjin CFE sudah lebih dari memadai untuk menjana model Prevé.

Walaupun kotak gear CVT tidak segah DSG tapi ia memadai kerana penukaran gear kereta ini amat lancar tanpa sebarang senggukkan. Tambahan pula dengan adanya mode S dengan paddle shifter ia menjadikan pemanduan lebih mengujakan umpama memandu sebuah kereta berprestasi tinggi.

Ada juga rakan media yang sempat lenjan kereta ini dan memberitahu kepada saya kelajuannya sempat mencecah 200kmh. Yang paling mengagumkan saya bukan enjin CFE sahaja yang mampu mencapai kelajuan tersebut, enjin IAFM+ dengan kotak gear manual juga mampu mencapai kelajuan yang sama.

Pengendalian dan pemanduan

Proton Ride and Handling ibarat aur dengan tebing yang tak dapat dipisahkan dengan model kereta Proton. Untuk model Prevé sistem suspensi belakangnya menggunakan multilink dengan ditala sepenuhnya oleh anak tempatan. Syammim Noori Arifin, merupakan salah seorang yang terlibat dalam memastikan Ride and Handling model Prevé adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Menurutnya Prevé diberi talaan suspensi yang lebih lembut, sesuai dengan dengan permukaan jalan yang terdapat di Malaysia yang tidak begitu baik. Ini terbukti semasa menuju ke lokasi photoshoot terutama sekali di sekitar pelabuhan Kuantan, permukaan jalan yang tidak rata, berlubang dan banyak bonggol ternyata Prevé berjaya melepasi semua halangan tersebut dengan baik sekali. Tayar GT Radial yang menggunakan silica compound walaupun agak lembut, ia lebih berkesan semasa waktu hujan dan permukaan jalan yang basah.

Kesimpulannya, Prevé sudah membuktikan Proton sudah mampu membangunkan sebuah kereta bertaraf dunia dan bersedia untuk bersaing diperingkat global. Cuma apa yang perlu ditekankan oleh Proton ialah kualiti produk dan khidmat lepas jualan yang masih lagi perlu diperbaiki. Dengan jaminan 5 tahun pastinya ini merupakan satu langkah yang amat berani diambil oleh Proton untuk memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan.

Tahniah diucapkan kepada  Dato’ Sri Haji Syed Zainal dan anak-anak buahnya!

Komen dari wakil media dan staf Proton mengenai Prevé :

” Pakej kereta yang lengkap dan seimbang dari segi harga, kuasa, pengendalian dan ruang. Walaupun masih tidak sempurna saya tetap berbangga dengan kemampuan kerja tangan anak tempatan menghasilkan Prevé. Syabas dan tahniah Proton! ” – Arish Qutb, Extreme Kars.

” Bagi saya rekaannya memang menarik dan tampak garang selain dipadankan dengan lampu posisi led. Prestasi enjin memuaskan, boleh memecut pada tahap maksimum dengan mudah dan yang penting kereta tetap stabil. Ruang kabin tampak premium dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Sokonglah jenama tempatan. ” – Erywan Norshal, Harian Metro.

” Steering rasa tepat, respons progresif walaupun pada halaju tinggi. Pemanduan agak seimbang antara keselesaan dan body control ketika membelok agar kereta terasa melekat di atas jalan. Pengendalian ada grip yang bagus dan imbangan yang baik agar tidak terlalu understeer, tapi tidak terlalu liar dan masih boleh dikawal. ”  – Syammim Noori Arifin, Proton Ride and Handling.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

UPDATE

* Bagi sesiapa yang masih kurang jelas mengenai bagaimana lampu posisi led ini berfungsi, biar saya explain skit.. lampu ini akan menyala jika lampu utama dibuka, tetapi ia berkaitan dengan light sensor di mana dalam keadaan yang masih ada kadar cahaya yang tinggi lampu utama tidak menyala, cuma led sahaja. Jika keadaan semakin gelap barulah lampu utama akan menyala, itulah sebenarnya fungsi light sensor sepertimana yang diberitahu kepada saya.

* maaf kalau artikel dan kualiti gambar tak memuaskan, sebab pakai kamera digital sahaja, lepas tu 1st time explore software Picasa untuk edit gambar,  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

104 Comments


  • gua dh test drive selasa last week…tp xpuas la…rs cam nk test lg skali…nk lg best,beli je..hari2 boleh drive…hahahahahaa…gua tggu kelahiran ank ke 2,pastu br bleh tradein persona.klu amik skrg pun mampu tp smpai 3 keta m’bazir plak. preve…gua tuuunnggguuuuuuu…


    • persona pun dah ok sangat dah bro.pakai la dulu sampai habis hutang kalau ada lagi.jimat banyak.kereta ni susut nilai,lebih baik spend duit ke arah lain pulak.kereta ni bagi aku sama saja,janji selesa dan boleh sampai ke tempat yg dituju


  • Bro Funtasticko,

    Nak komen pasal gambar, kalau boleh installkan lah something macam photoviewer or gallery so that bila kita click gambar, rather than dia load page baru with the photo, just keluar cam gallery yg boleh navigate next previous photos mcm arenakereta ada pakai kot.. very2 helpful especially bila artikel pjg so takyah load blk lepas dah tgk gmbr.. 🙂

    Thanks


    • sila right click pada gambar & tekan new tab. gambar akan dibukak di tab baru. so main page akan stay. bukak gambar banyak2x di tab br. sementara tggu gambar2x load, boleh teruskn baca artikel tanpa sebarang masalah. lagi mudah rasanya. harap dpt membantu.


  • selamat kembali bro.

    Off topic, utk mndalami apa yg dimaksudkan torque reduction masa initial acceleration pada cfe n perbezaan sensitivity throttle pada unit iafm+ preve ngan saga flx se, aku telah memandu uji smula buat kali ke 3 flx se. 2 kali memandu uji flx se sblm nih, odo meter masih lg blum mcecah 1k, manakala yg trbaru, hampir mncecah 4k km.

    Sblm ini, mmg trase delay masa mula2 pada flx se, tp kali ini, ia lebih sensitif. Samada krn enjin n gbox tlh matang@prtn tlh melakukan sesuatu krn unit pandu uji telah dihantar ke pusat servis sblm ini. Utk perbandingan, iafm+ pada 2k rpm,torque lebih krg 130nm+-, manakala cfe 205nm. Julat perbezaan amat besar. Di flx se, hanya perlu rev sekitar 1.5krpm+-,kete sudah mula bergerak, berbanding 2k rpm dicfe. Dan mmg terasa lebih lancar di flx se krn jumlah tekanan pedal lebih sedikit berbanding prece cfe. Mgkin krn torque yg tinggi, spertimana kata kristof, torque reduction berlaku utk membantu ketika creep krn klu tujahan diberi 100%, dgn perbezaan torque yg besar antara cfe n iafm+, agak merbahaya, terutama ketika hendak parking kereta.

    Throttle pada flx se pandu uji kali ini juga amat berlainan, dimana hanya dgn menekan lebih kurang stengah throttle, rpm melonjak ke 5k rpm, sblm menurun secara perlahan apabila kelajuan cecah 100kmh n settle down pada 3k rpm pada kelajuan 120kmh. Beberapa kali aku mencuba menda yg sama dan mmg ternyata,unit pandu uji kali ini, stiap kali menijak separuh throttle, rpm akan melonjak ke 5k rpm, tidak sepertimana sblm ini, sekitar 3k-4k rpm sahaja maximum, sehinggalah pedal to metal, baru mencecah 5k rpm keatas.

    Adakah perubahan pada preve iafm+ dibawa ke flx se, hanya prtn yg tahu, tp ternyata, pandu uji flx se kali ini mmg berbeza dr sblmnye, dan bunyi bising cvt amat berkurang berbanding sblmnye krn,kete yg digunakan adalah kete yg digunakan 2 kali utk pandu uji sblm ini, semuanya dilakukan dlm D mode.

    Yg paling best, ketika u turn, menunggu utk keluar simpang, tekan throttle lebih ckit pada separuh, rpm melonjak ke 5k rpm++ dan xsedar kelajuan dh mencecah 120kmh,itu sedar krn meter rpm menurun secara tiba2 ketika kelajuan tersebut kerana dh sampai ke kelajuan yg diinputkan pada throttle.

    Mgkin kawan2 bleh pandu uji smula flx se unit. Saya dapati mmg terdapt perbezaan. Enjin n gbox dh matang@ada perubahan pada ecu n tcu yg ditala semual. Wallahualam.


    • aku baru try Preve CFE ari slase arituh… sblom tu aku ada try Exora Bold CFE.. aku rasa Exora lagi pickup, slambe je gerak dari pegun. Preve ni kena tekan byk gak baru gerak. tapi bila dah gerak tu memang sedap la.. slambe je pecut. maybe sebab Preve tu baru lagi kot… lepas meter dah beribu-ribu km nanti baru syok kot.. ntah la.
      Preve mmg bagus, the best proton stakat ni. harap nanti kluar Exora 2 atau SUV yg best. aku suka Preve tu, mmg features terbaik dan better than Waja aku.. tapi takde niat lagi nak menceraikan atau memadukan waja aku ni.


      • test drive exora cfe also from low millage tight engine
        test drive preve cfe also from low millage tight engine.

        but exora cfe feels more responsive.
        i think proton need to re-calibrate the preve cfe throttle signal.
        not an overly sensitive throttle input like on track but a REASONABLY RESPONSIVE which is good enough for everyday traffic application.


    • yes.. saya dah try bwk cust sy punye flx se. mase mule2 trun lori, agak lembap sikit. lepas dah servis 2 kali, throttle rase ringan dan pickup ok. mungkin ecu kete dan learn driving style yg agresif. tp mmg best la.


  • Tahniah Proton.. sebab preve’ ni nampak lain daripada yang model sebelumnya. Dan cukup berbaloi.

    Nak tanya kepada bro FD, yang lampu LED tu kena bukak parking light baru menyala ke?


  • Saya rase torque reduction masa initial acceleration untuk cfe ni terlalu banyak sgt untuk kereta seberat preve ni. Ni yg mungkin terasa lembab bile nk mula gerak. Perlukah throttle 2k rpm hanya semata2 to move the car. Mungkin untuk safety bgus sbb high torque dicapai awal tp fun utk drive jadi kurang. Skurang2 nya cfe feels at least on par mcm iafm biasa walaupun early expectation sy lebih mantap tetapi sebaliknya ia more let down.

    Mase test drive ari tu sy perlu melepasi bulatan yg sesak dan perlu cepat bertindak bile ade ruang ksong nk lepas bulatan. Hasilnya cfe ini menghasilkan byi growwl yg kasar dan dashboard hampir vibrate. Power tu ade tp enjin perlu meneran lebih krn throttle ditekan agak mengejut tp keta x gerak2 lg. Tau saja lah di roundabout tak bole teragak2 wat decision. Even persona saye lagi smooth dan relaxing ms drive bulatan ni.

    Adakah elok enjin sentiasa mcm ni? saya risau untuk long term ia bole degrade reliability enjin. No intention to abuse the engine tapi it’s a need to drive like this. Sy rs ape yg saya alami mmg btul kerana bebrp review preve sy bc sebelum ni pun ade higlight isu ni.


  • Ade beberape komen dr blog2 lain, ada beberapa con. pada preve, ie:
    1) Sound proof ada kureng sbb bunyi engine cvt agak jelas time cruising
    2) Power steering agak berat
    3) Lampu belakang tak berkenan, tak kreatif, lampu brek kt boot – squarenya besar sangat.
    4) Turbo lag anoying…..lepas tekan pedal dlm 1-2 saat & rpm dapat lepas dr 2-2.5k, br terasa torknya masuk.

    Tapi, pro nya plak, diorg cakap handling & body roll menglahkan civic.


      • honda civic kecuali es(2001-2005) yang lain crx,eg,ek, dan terbaru fd2 pakai double arm wishbone. double arm wishbone ini hanya terdapat pada kereta sport seperti lotus ellise,evora dan double wishbone ini ada kat keta F1 beb… double wishbone ini honda letak pada kereta penumpang semasa honda develop F1 car bersama lotus pada tahun 1986. sbb tu varian civic dan accord pada tahun itu guna sistem ni sampai sekarang…. kena ingat proton hanya pakai multilink tak sama struktur dgn wishbone. tapi kalau nak bandingkan handling ngan honda city/vios baru boleh sbb city/vios guna torsion beam.


      • handling bagus tak bagus bukan terletak pd suspension je bro,byk faktor lain pun menyumbang jugak, kalau takat suspension je, baik aku tukar terus aku punya suspension pastu boleh handling mcm keta f1 huhu


      • satria neo s2000 rally pun telah buang sistem multilink dan pakai double arm wishbone pada suspension belakang, sbb nak handling yg mantap ketika ambil selekoh….


      • kita kena faham.
        kalu pandai tune, mmg apa system pn boleh jd lg bagus.
        tp setiap benda ada ceiling (max).

        ape pasal savvy lg bes bawa drp myvi? same je torsion beam nye.

        tgk kesesuaian & target le..


    • toyota dan honda mmg x leh challenge bab handling dgn proton. tp ade jgk pngunjung showroom tmpat saya cakap, proton masih x boleh lawan honda…….. mgkin die x pernah bwk proton kot. pernah bwk pun iswara je kot.


      • honda civic kecuali es(2001-2005) yang lain crx,eg,ek, dan terbaru fd2 pakai double arm wishbone. double arm wishbone ini hanya terdapat pada kereta sport seperti lotus ellise,evora dan double wishbone ini ada kat keta F1 beb… double wishbone ini honda letak pada kereta penumpang semasa honda develop F1 car bersama lotus pada tahun 1986. sbb tu varian civic dan accord pada tahun itu guna sistem ni sampai sekarang…. kena ingat proton hanya pakai multilink tak sama struktur dgn wishbone. tapi kalau nak bandingkan handling ngan honda city/vios baru boleh sbb city/vios guna torsion beam.


  • Betol cakap ATR 52 pasal preve lambat bergerak dr standstill. kalau kt bulatan memang bahaya benda cmni, fast respon sngat penting. lagi worst kalau kt simpang yang minor roadnya ber-level rendah nak masuk jalan besar yang levelnya agak tinggi sedikit and sibuk, (biasanya kat kampung2 or jalan bandaran), mungkin perkara yang sama akan terjadi.

    Proton perlu review balik benda ni tala balik keupayaan engine cfe ni untuk keselamatan pengguna jalan raya.


      • Sebenarnya tak perlu compare dgn VW tsi. Cuba compare dgn MyVi extrem rasa2 ade beza x. Ini masalah yg nampak di depan mata. Walaupun VW slow mcm preve tp semua org x kisah sbb ade Tsi, DSG dan kualiti yg cukup renowned. Proton belum cukup lg tp cuma ade basher di sekeliling. Kalo bole retune balik gearbox atau engine to get the best out of cvt tu.


  • aku rasa,xda masalah coz aku baca review golf tsi 1.4(bleh google,kat pt pun ader), menda yg sama mereka rasai masa kuar bulatan n etc, tp dsg n tsi xda masalah pada vw golf, so,xkan vfe n cvt nih ada masalah pada preve coz menda yg sama berlaku, xgitu? Atau menda ini hanya berlaku kerana logo proton sahaja? Sekadar bertanya.


  • so,bg aku, tiada yg sempurna, dsg@cvt@mt@at, ada jek pros n cons. Yg aku taulah, dsg pun buat camtuh coz utk proses creep jugak utk safety masa parking.


  • erm, satu lg,nak kuar dr simpang dgn cepat, rasanya xperlu tekan sampai rev tinggi2 kat preve, sekadar melepasi 2k rpm jek. 2.5k rpm pun dh cukup,walupun nk cepat2 sbb cfe adalah enjin turbo, walupun ada torque rreduction. Tp bila kete dh gerak, sume torque dilepaskan sepenuhnya, xperlu nak tekan lebih2pun n pada 2k-2.5k rpm, rasanya xngaumpun enjin. Mgkin perlu memahami kaedah cvt n low pressure turbo. Lainlah klu na, tp yg na, xterasa torque reduction sgt masa clutch dilepaskan sbb torque xtinggi manapun, itupun xperlu pedal to metal, setakat setengahpedal pun dah cukup.

    Mcm kita bwk kete manual, kluar simpang, klu nak cepatpun, ada ker rev sampai redline dr gear satu?, cukuplah sekadar 3-4k rpm ajek.

    Xbiasa, mmg rasa lain mcm, xmnyentap mcm torque converter, tp dh biasa n phm cvt nih, ok jek. Lainla klu yg versi iafm+,tekan 2k rpm,xgerak2 lg. Tp aku baca, yg versi iafm+, xyah tekan tinggi2pun dh gerak. Yelar, torque xbyk.

    Tp aku rasalah, elok prtn pkai jek smula gbox lama mitsu 4 at, xyah nk bg yg canggih2,yg effisyen. Nanti susah, sng bg yg lama, tgk toyota, sampai yaris 2012, bg enjin sama n transmisi sama. So, patut pkai enjin campro kosong n gbox mitsu ajek. Xdalah org ralat sgt coz dh biasa ngan enjin n transmisi camtuh.

    Xgitu? Ikut style toyota. Abis crite. End of story 🙂


    • “Tp aku rasalah, elok prtn pkai jek smula gbox lama mitsu 4 at, xyah nk bg yg canggih2,yg effisyen. Nanti susah, sng bg yg lama, tgk toyota, sampai yaris 2012, bg enjin sama n transmisi sama. So, patut pkai enjin campro kosong n gbox mitsu ajek. Xdalah org ralat sgt coz dh biasa ngan enjin n transmisi camtuh.”

      Xgitu? Ikut style toyota. Abis crite. End of story

      sarcasm detected!


      • aku suke baca komen mat.
        ilmiah.
        nk up pn, up lah, dh betul, kena la up.
        give credit when it is due << tang ni org kita kurang amik berat.


      • tak menyebelahi sesiapa.. tapi inilah sikap orang malaysia yg typical..malas membaca dan memfahamkan apa yg dibaca..bila dh x faham ape yg dibaca mulalah ambil short cut dengan mem bash secara membabi buta. komen mat aku respek sbb ilmiah..komen seperti ni yg kita mahukan, menambah pengetahuan.. kalau nak bidas, bidas le secara ilmiah..kalau tak tau nak ckp ape diam aje..


  • maaf klu agak keras bahasa yg digunakan. Bg aku cfe n cvt, bukanlah satu kombinasi yg terbaik, mahupun yg terburuk.

    Klu cfe, dilengkapi dgn gbox torque converter auto@cvt, maka, bg aku, mmglah teruk coz kena tekan sampai 2k rpm br gerak sbb utk torque converter based, speed relative to rpm.

    Tp x jumpe kete auto meter rpm bleh melompat ke 2k rpm secepat mcm cvt clutch based nih. Mcm aku cite psl iafm+ saga flx se, tekan jek, rpm terus melompat ke 5k rpm, tp speed xlah melompat mcm rpm, tp bergerak naik. Cer try kat kete auto n manual, bleh x rpm melompat naik camtu? Xblehkan kcuali free gear@neutral.

    Komen aper2, bg aku xdahal, tp bglah justifikasi yg adil. Contoh, combo dsg n 1.4tsi pada golf gti, dahler hp n torque lebih dr cfe nih, malah dicapai lg awal dr cfe,xsilap 1.5k rpm dh full, tp tetap ada karektor yg sama ngan preve masa initial acceleration, xda plak journo@org yg nak komen nanti xrosakke gearbox, xrosakke enjin, xkena langgo ke nanti, etc etc n etc.

    So, justifikasi dlm memberi komen, tp biolah adil. Klu kete lain pkai hard plastik, tetiba jadi plastik mahal, klu prtn pkai, tetiba jadi plastik murah. Tp klu kata fitting xkemasker, finishing xberapa kemasker, logiklah.

    Pastuh,preve dh pkai soft plastik, ada lg ckp hard plastik kat inspira lg kualiti,hard plastik kat vios lg kualiti. Xphm betullah org kite nih. Ada plak komen, tutup pintu bunyi xmcm kete jepun n etc, menandakan pintu xkukuh n selamat. Bosanlah, biolah komen tuh nampak berpendidikan ckit, gambo kete preve pth lower arm, mcm2 analisis dr pakar csi berdasarkan gambar n ckp prtn tipu n mcm2. Pastuh bila org tunjuk gambo selepas kejadian, masih xcaya,mcm2 ckp, itulah,inilah n mcm2. So, sapa tipu sapa?

    Maaf,coretan yg ngarut. Nak g smayg plak. Nak mrh,mrh ler,tp tlg fahami aper maksud.tq 🙂


    • laman open… boleh sembang apa2, boleh tulis macam2, sape tau dia tu sape… mana ada muka nak tgk kan?.. apapun sronok baca komen fakta nko mat… aku dapat ilmu…. ko dapat pahala… ha3.. tak gitu…


    • aiseh bro mat… don’t lah merajuk2… tak hensem nanti… hehehe…

      bro… dlm LYN diorg bagitau ada SA inform ada recall model preve ni utk rectify minor issues… ramai speculate mungkin utk retune balik engine & GB… saje nak dapatkan kepastian dari bro mat… mana tau SA tu kench owner tu ke pasal delay delivery… mcm kes saya mmg confirm lewat punya… pasal order kaler paling ramai tak order… elegant brown…


  • boleh saper2 komen tak tentang welding yang tak kemas kat pintu preve?…sekali tgk welding macam welding grill pintu rumah…hehehe…


    • saya ada tanya kat staf yang kat bahagian assembly line, sebenarnya pintu preve ni stamping 2 piece, tak macam pintu exora single piece.. sebab tu kena welding.. tapi welding tu jenis yg spot, sebab tu nampak tak berapa kemas..benda tu tak jejaskan safety & crash rating, cuma diorang akan ambil kira apa yg saya tanya tu & akan perbaiki untuk versi produksi, yg kat showroom banyak pakai pre-production…yang menarik kereta yg saya & 3 org lagi team media tu takde langsung kesan welding macam tu, kereta lain ada, tu yg saya musykil jugak


    • Pasal issue welding ni sepatutnya proton dh prepare awal2.
      Test drive or display unit should from the best built to fit and finishing dia.
      Ini kerana kereta ini akan dipertontonkan dan diuji kpd org ramai sbg the star of show. Tp kalo the star pun kantoi x bole nk ckp apela kalo org bash keta x kukuh dan selamat walaupun x betul.

      Mengapa proton tak terfikir ataupun at least wat cover up sikit kalo dh tau ini utk promo build. Mcm mn bole sengaja dibiarkan atau terlepas pandang. Sy rs ragu2 atau skeptical lg dgn proton qc assurance ni. Walaupun ni masalah kecik tp impak nye tersgt la besar..dlm setiap fb ade org post gambar ni..kalo ade 3 juta fb user kt malaysia bygkan kesannya. Mgkin dlm proton hnya ada 100 staff qc dan tester tp di luar sana beribu2 org yg jd qc..be well prepared proton.


      • apa yang bro ckp tu betul… saya mmg second for that… tp… qc2 yg dluar sana, adakah mereka adil dlm wat penilaian?mcm mn mereka buat penilaian? dengan slam pintu kuat2 n dengar bunyi dia?dengan ketuk sana sini?mungkin ada benda yg lg penting yg rakyat n semua qc2 diluar sana kena tahu… tahu tahap keselamatan?mcm mn identified kerata itu selamat? selamatkah kerata myvi?bape star rating dapat?vios mcm mn?city?civic?accord n even kia?baru miros nk push wat test semua dah gelabah… semua nk bangkang… asal takut sngt?nk bangkang sangat?ada lindung sesuatu ke yg org lain tidak tahu?

        hanya pndngn peribadi semata2


      • rasanya dah makin kurang komen pasal qc welding ni, dan pasal qc bhgn lain mcm lower arm. bila aku tgk kat waja aku pun , kesan welding kemas je, pastu kat bhgn bawah pintu ada lubang,rasanya utk air kuar klu air masuk melalui jalan lain , rasanya jarang pun air masuk sbb ada getah pelapik.

        pasal kereta pre-production lak, setau aku display unit akan dijual dgn harga lbh rendah lps beberapa tahun, tak kekal kat showroom. jadi bile dah ganti nanti takde la kereta2 pre-production yang krg kemas finishing nya utk display dan test drive.

        apa pun proton boleh ambil iktibar drpd benda2 mcm ni yg sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama proton. mgkn selepas ni kat website proton boleh ada FAQ yang boleh jelaskan tentang apa2 yg ‘hot’ tentang proton. jadi boleh je refer kat situ, sng sikit huhu


      • Saya baru sahaja mengambil kereta ini seminggu yang lepas dan nyaris-nyaris kehilangan anak saya.. biasa lah budak-budak tak duduk diam walau diatas pangkuan ibunya..proton preve ia mengunakan teknologi dimana kereta akan auto lock bila bergerak tetapi jika kita menarik paddle/pembuka pintunya dua kali berturut-turut pintunya akan terbuka secara automatic tanpa block stage walaupun kereta sedang bergerak, suatu hari semasa saya dalam perjalan pulang kerumah, anak saya telah menarik paddle pintu dan pintu telah terbuka secara automatic serta menyebabkan anak saya nyaris2 terjatuh nasib baik sempat dipegang oleh ibunya yang pada masa itu sedang memangkunya dan pada masa itu kelajuan kereta sekitar 70km sejam. Ada sapa-sapa boleh bagi cadangang bagaimana untuk membuatkan pintu itu tidak terbuka walau paddlenya ditarik berkali-kali semasa kereta sedang bergerak, seperti kereta yang mengunakan lock dan unlock biasa… kalau pintu belakang saya dah buat child lock dah tapi ni pintu depan belah penumpang… satu hari memikirkanya…dah naik trauma.. menyesal pun ada…ni kah tahap keselamatan 5 bintang???


  • Hi Campromania and my fellow readers,

    I took one of Campromania’s photo and did a slight tweaking at the front end; grille and headlamps.

    http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/530096_10150810500138489_592783488_9744238_674572415_n.jpg

    Preve is its stock form, is nice car to look at, but I reckon it will look better if the lower the hood and headlamp’s stance a bit, like the Photoshop version which I did (took me only 5 minutes anyway).

    Regards,
    SR


  • Mat
    ape yg ATR52 cakap tu tersangat betul pasal artificial torque-reduction sebelum 2000rpm
    safety issue skarang bukan berkenaan bahaya nk masuk parking tapi masa nk “kelajuan cepat naik” masa nk masuk round-about
    tau2 lah kereta yg kt round-about biasanya memang laju & mana2 kereta yg baru nk masuk kena masuk cepat2


  • bro campromania
    saya rasa grille yg besar actualy just nice,macam audi punya fleet skarang,kenapa grille kete audi jauh lg besar?
    one of the purpose is for feeding more air towards the engine

    function over appearance wise,i stick to the current one


    • memang gril tu dibuat besar untuk tujuan udara masuk lebih banyak ke engine bay.. dalam kes audi pulak betuk gril dia menegak memang sesuai dibuat besar, macam gril proton ni dia melintang, labih baik ruang untuk udara masuk buat lebih besar kat bumper, nampak lebih sporty & garang


    • bila di lihat betul sebenarnya grill design ini memadai membuka ruang yg cukup dan tidak lebih kepada engine bay, jikalau di perhati elok2 sebenarnya part2 depan grill itu tidaklah kesemuanya tembus memberikan haluan angin, most part adalah blacken plastic shj.


  • Mat
    ape yg ATR52 cakap tu tersangat betul pasal artificial torque-reduction sebelum 2000rpm
    safety issue skarang bukan berkenaan bahaya nk masuk parking tapi masa nk “kelajuan cepat naik” masa nk masuk round-about
    tau2 lah kereta yg kt round-about biasanya memang laju & mana2 kereta yg baru nk masuk kena masuk cepat2 dari standstill,so torque-reduction/turbo-lag before 2000rpm is not a preffered solution for safety features

    just afraid later got news poured in bout some of preve accident happened at roundabout coz too slow to sprin effortlessly to a safe speed(just enough pull from standstill)


  • just short observation from me about preve:

    Pros
    1) Good spec at the price.
    2) Nice and modern shape.
    3) Space is the best in it class/segment
    4) Powerful engine for high spec model.
    5) Good ride and handling.

    cons
    1) Assemble quality could be improve.
    2) Engine/powertrain refinement.
    3) NVH.
    4) Ambient for interior – may be not all people like it.


  • maaf ajim1 malaysia, aku bkn up prtn,, cume bg aku, kenalah bg justifikasi yg lebih adil. Mmg masa tekan, kena tekan lebih, tp hanya berlaku masa initial acceleration, n pada cfe, bkn iafm+. Tp bila dh gerak, mmg sensitive throttle dia. Klu xsensitive, stiap kali tekan pedal dia x response.

    Tp knp nak kaitkan ngan eksiden plak? Kena tekan lebih masa static nak move xbermaksud ianya perlahan. Mcm aku ckplah, klu mmg mudah eksiden, vw golf byk eksiden, savvy amt yg lg teruk lag dia lg la byk eksiden. Tgk plak bila dh start gerak, laju mana plak dia catch up speed. Adakah slow dr kancil 660 full load? Klu kancil xdikaitkan ngan eksidenpun, ok jek org pkai kat k.l. Aku pun dl selalu bwk,mmg lembab, tp xdala eksidenpun. Itu lgla, nak naik ke 60kmh mcm….

    Aku xkisahpun klu nak komen sluggish@menda, tp eksiden,mcm xsesuai coz kete len yg ada karektor yg sama, xda dikaitkan eksiden. Ingat, vw golf, dijual seluruh dunia, klu eksiden faktornya, sepatutnya vw recall smula kete dsg dia utk rectify masalah tersebut.

    Stakat nih, kuar simpang, buat u turn n etc, aku xda masalah masa test drive coz xsusah, just rev 2k rpm(bkn ssh nk rev pun, tekan lebih ckit ajek dr biasa, meter dah lompat ke 2k rpm sekelip mata), kete dh jalan, n 0-60kmh, mmg cepat naik berbanding waja auto campro kosong entah aper2 aku yg tekan, mmg dia pergi terus, tp nak naik 60kmh, klu stakat tekan bwh 3k rpm, lambat boh.

    Tp xpelah, coz jadi masalah bg org kite, jadi aku harap2 sgt prtn n punch, buangkan function@mode creep tuh utk versi malaysia, buat throttle betul2 sensitive, kan kat malaysia hanya euro 2, xperlu buat sampai euro 5. So,hrp prtn mendengar, tlg bg throttle 100% start dr mula2 tekan pedal n punch, tlglah buang function bodoh creep tuh. Bg sume org happy.

    Maaf lg skali ajim1malaysia, aku ulang, bukan nk up prtn, tp kena bg justifikasi yg adil. Klu ko sendiri tgk, kete lain bg push start button, xda nak ngomen pelik2, tp prtn bg, siap komen pasal jenis fontlah, position push start buttonlah, tekan push starts dashboard tenggelamlah, aper guna push start klu kena masuk key foblah n etc. Kete2 lain, ada ko dengo komen camtuh? Ada kete eropah yg terkenal lainkena masuk keyfob sblm tekan push start, ada ko dengo org komen camtuh? So, adakah adil buat prtn?

    Akupun dh malas nk tulis menda nih berulang kali. Nak terima, xnak trime, hak masing2, cume aku hrp, org kita lebih adil dlm menilai prtn.

    Mcm aku cite ada customer masuk, tgk preve, tanya rega, pastuh ckp, klu rega camnih, kete camnih, baik beli mercedes. Klu ckp klu baik beli forte 2.0 ke, logiklah.

    Klu prtn bleh bwk kuar kete prtn rega camnih, standard bmw@mercedes, mmg gile babaslah. Klu standard vw golfpun masih belum capai(aku xpenah ckp preve qualiti german n aku sndiri ckp sblm nih, xsampai tahap german,masih jauh lg), tp tahap jepun n korea, dh on par. Sbb aper aku ckp on par, coz ada yg jepun n korea lebih, ada yg jepun n korea kurang.

    Pasal glovebox, yup, ada yg ketat, ada jugak aku dgr org ckp, bodohlah buat style latch camtuh, mcm kete mainan. Tp pernah ler g tgk glovebox vw golf? Yg xpernak, g tgk dgn segera, tgk jenis latch yg digunakan, n ketat jugak masa nak tutup. Itu unit showroom kat vw kuantan.

    Ada jugak yg kata material murah coz bleh tekan2, plastik murah, lembut sgt. Xker pelik, coz soft touch plastik, lg mahal. Bg yg keras, kata xda kualiti, bg yg lembut, lg teruk kena, plastik lembut, cap ayam. Org plastik keras, baru 1st grade.


    • bole ke bndg function creep dgn ‘creep’ yg ada pd gear auto biasa?
      klu lbh krg sama, bg aku mmg perlu function tu, aku pakai masa parking, tak perlu nak tekan pedal minyak dan masa jem/sesak


      • sama tp xserupa :-). Nama sama, tp xserupa coz auto biasa pkai torque converter. Sama gak function creep kat cvt torque converter based, dia lain. Dh nama torque converter, pengubah torque. Walupun kuasa dialirkan serta merta, tetapi, torque converter ni byk tarik kuasa enjin. Kita rasa dia gerak pantas, klu kita buat timing, dia lambat coz tarik power byk ngat. Itulah masalah exora cps auto walupun diaorg dh bg pedal seabis sensitif, sama gak neo cps auto. Cube bwk manual, taulah perbezaannya cukup ketara.

        Yg nih proses creep melibatkan clutch, klu clutch dilepaskan serta merta@terlalu laju, ada kebarangkalian enjin akan mati, tp klu tinggikan idling rpm coz xnak bg mati enjin dgn clutch lepas dgn pantas, minyak akan kuat coz idling rpm tinggi n bleh causing overheat kat enjin klu idling tinggi ngat.

        Tp rasanya, clamping yg punch buat dh optimised, tp klu sharpen throttle, mode s dh xda beza ngat.

        Ini pendapat sahaja, bukan official. Skdr pendapt aku satu sen berkarat. Aku rasalah, sama ada flx se yg aku bwk tuh dh di reflashkan@sbb enjin n gbox dh matang. Aku rasalah, makin lama, makin ok kot. Mgkin satu lg, aku phm camne cvt clutch based berfungsi, mcm bwk manual, kena feed rev ckit. Mcm kat simpanglah, nak kuar cepat2, kat kete manua, kaki kanan kat pedal minyak, kaki kiri kat clutch, kaki kanan duk rev2 minyak coz nk cepat, tangan tarik handbrake,klu x,bergerak kete.

        Bila lain clear,rev minyak,lepas clutch ckit,lepas handbrake,n baru lepas clutch sepenuhnya, ala, mcm kita test naik bukit jpj. Menda yg sama pada cvt clutch, yg beza, kaki kiri xtekan clutch sbb robot@mekanism yg tlg tekan, bukan kaki kita. Klu biasa bwk manual, n paham camna bwk kete manual, mmg mudah sgt nk suaikan diri. Tekan, kete terus gerak. Tp klu yg dh biasa bwk auto, mgkin xbiasa. Mgkin akan rasa mcm kekok n lembab. Mcm aku bg org bwk savvy manual aku, dbw + manual, ada jek yg bwk mati enjin gear satu, padahal bwk kete manual.

        Xpelah, aku pun hrp, org prtn mendengar, smoga meka dpt memuaskan ati rakyat jelata.

        Off topik, klu g tipu rakyat, rakyat mrh, ckp xadil n etc, tp klu rakyat tipu g, rasa g marah x? Rasa adil x?(ckp aman, tp x). Cume yg sedih, byk org aku yg bwk anak, tp bkn org aku, xberapa nak nampak. Xsesuai bwk bdk2 ketempat camtuh, pastu kasi tgk keganasan. Entahler. Maaf, xberniat, cume sekadar renungan bersama n sama2 muhasabah diri. Islam ditegakkan dgn mata pedang disalah tafsirkan, kezaliman juga disalah tafsir. Apatah lg maksud keadilan dlm dunia ini. Salam.


    • Btul tu..yg elok kita bg kredit dan support. Kalo ade kelemahan tu bg idea atau guide supaya proton dpt improve. Win2 situation between user dan proton. Yg ptg peace of mind with 5 years warranty.


  • bro wajarian, xtaulah, mgkin aku slh dgr, tp masa tanya dulu pasal showroom unit, prtn xjual dah, diaorg xbg jual,diaorg dispose coz dulu pernah ada kes, siap masuk paper lg. Xtaulah kot2 aku tersalah dgr. Maap klu tersalah.


  • saja meraba preve. aku tgk varian iafm+ cvt dan bndg dgn waja aku:

    1. Ruang kaki luas lbh luas sbb bila duduk di belakang, jarak antara lutut dengan kerusi penumpang hadapan agak jauh, lebar pun lebih dr waja…mcm mana bole kata lbh krg persona?

    2.dashboard soft plactic, bhgn bwh hard plastic. mmg tempat yang selalu sentuh tmpt soft plastic tu. klu nak kata honda toyota punya hard plastic lebih bagus pun tak boleh sbb tak nampak beza pun.

    soft plastic mmg lbh byk kat preve sbb kat waja aku soft plastic kat bhgn hood meter panel jer. bhgn dashboard selain bhgn tu tak selembut mcm soft plastic preve.

    3.bhgn panel pintu hard plastic, tempat siku/tangan soft plastic. tak bole banding dgn waja aku sbb aku punya trim pintu leather dan hard plastic. tak kisah pun asal selesa huhu

    4.glove box terbuka perlahan2 selepas suis ditarik. tak tersentak mcm waja aku. bila nak tutup kena angkat sikit ‘suis’ box tu dan tutup. takde hal.

    5.box blkg tmpt gear lbh krg sama dgn waja, pastu ada beberapa lg tempat yg mmg beri keselesaan yg takde kat waja aku mcm kat sebelah kanan pemandu bawah air cond vent ada box kecil dan dua tempat brg nipis spt kad touch n go. plus point kat situ. satu lg tmpt brg kat bwh suis air cond di dpn gear. boleh tarik, ada usb port dan…

    6.hazard switch dn suis yg sebaris dgnnya bila aku tekan, takde bunyi klik cam kat waja , tak kisah asal ada indicator lamp. pastu tombol aicond ada rasa cam getah/kesat , plus point kat situ. kat waja aku tak pakai tombol , pakai jenis pusing.

    7.gear lever/stick/shifter – ada rasa cam getah/kesat – plus point. cuma takde kemasan kulit, lg sekali tak bole bndg dgn waja. handbrake lever, ok je wpun takde finishing kat bhgn hujung cam waja.

    8.aircond vent – ok bole adjust kiri kanan atas bawah, tak ketat pun.


  • “Pada asalnya kedudukan lampu signal dan lampu undur adalah selari dengan bar tersebut, namun ia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kedudukannya terpaksa dinaikkan sedikit ke atas”

    Bro, apa yg dikatakan tidak mematuhi peraturan? Peraturan apa? Boleh explain


    • dh nama pn kereta global.. byk le global regulation nk kena consider sebelum buat design.. kalo la posisi lampu signal tu selari dgn bar yg asalnya mmg chrome tu mmg gempak la.. ala2 blkg jaguar xf gitu.. tp nk buat cane kn.. design cun2 pn kalo dh tak lps regulation sah2 ler xleh nk market kt tmpt yg impose regulation tu..

      aku suspek yg x lps regulation tu posisi rear fog lamp kt bwh lampu signal tu.. mungkin posisi asalnya mmg kt posisi lampu signal skrg.. tp memandangkan bontot preve yg mmg dh agak tinggi.. so kena la swap posisi lampu signal dgn rear fog lamp tuh.. kalo kekal kt posisi asal mmg sakit mata drebar yg bwk kereta blkg.. mgkin ada mana2 engineer proton yg leh confirm kn teori pitagoras aku nih huhuhu..


      • Btol tu, kalau lmpu belakang asal mcm yg cakap tu, tak nk lah aku nk tngok belakang preve, sedang yg sekarang pn aku kureng berkenan, jgn kn lmpu belakang yg pelik2, hahahaha……


    • Dia ada undang-undang jarak reflector dengan lampu utama & juga saiz kelongsong lampu tu. So kena ubah letak atas, kalau tak memang selari je dengan bar krom tu.

      Saya pun ingat-ingat lupa. Tapi lebih kurang mcm tu.


  • Kepada yang hadapi masalah nak kene tekan minyak lebey baru Preve nak gerak tu dah test ke bila shift tuil gear ke S Mode? Cuba test kat bulatan di bawah mode S tengok ada power ke tak?


    • untuk makluman, cvt jenis nh mmg kene tekan lebih dulu baru gerak. Sebenarnya dah ada orang tolong terangkan. Tapi kalau x nak lagging masa berhenti traffic light, jangan tarik ke N @ lain. Tarik handbrake, lepas hijau, kalau tekan gerenti pergi berdesup. Cuba la dulu.


  • salam,
    Baru beli preve cfe 2 minggu tp dah accident teruk org langgar belakang… ujian2. harap dah repair bwk masih sama seperti sebelumnya.

Leave a Reply