ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rancang untuk keluarkan MPV saiz besar dan sedan segmen D?

Views

DSC00773

* Gambar sekadar hiasan

Ini mungkin info yang akan menggembirakan peminat Proton, tetapi setakat ini ia boleh diklasifikasikan sebagai khabar angin kerana belum ada sumber yang mengesahkannya. Baru-baru ini saya mendapat tahu yang Proton sedang merancang untuk mengeluarkan model MPV saiz besar seperti Toyota Alphard, sedan segmen D dan SUV (crossover). Selain itu kita juga sudah sedia maklum yang mengenai model seperti P3-22A yang sedang giat menjalankan ujian jalan raya, Global Small Car, Saga R dan Exora R.

Kemungkinan model MPV saiz besar, sedan segmen D dan SUV (crossover) akan menggunakan enjin Petronas NE01 yang baru sahaja dibeli oleh Proton. Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang model-model ini kerana ianya masih diperingkat kajian. Jika info ini benar bermakna semakin banyak model yang bakal ditawarkan Proton pada masa akan datang dan ini merupakan petanda yang positif untuk mereka terus bersaing.

Saya sendiri pun tak pasti benar atau tidak info ini, tapi ada kemungkinan info ini boleh dipercayai… apapun kita tunggu je la ye, hahaha… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

44 Comments


  • Salam,

    Bagi pendapat beta, untuk mengukuhkan lagi cengkaman proton di market malaysia dan asia tenggara (termasuk NZ dan OZ), biar la proton fokus pengganti Saga dan Saga hatchback (Savvy replacement) dahulu..

    Untuk SUV dan MPV besar, gunakan product lain yakni jenama lain (bukan proton). Buat jenama baru dan fokus quality kat situ. Even perdana replacement pun boleh letak bawah jenama tu. Mungkin di Shah Alam, jenama proton sahaja di fokuskan untuk pengeluaran. Manakala Tg. Malim untuk jenama baru tersebut.

    Apapun berita ini menggembirakan pihak kami.. Harap DRB reveal cepat plan2 anda. Jgn bawa mulut ke kedai kopi tapi berani menghitam putihkan kata2 anda wahai DRB..


  • yang saya tahu Proton ade plan nak keluarkan MPV kecil untuk bersaing dgn Alza dan Livina. Tp tu sebelum DRB take over. mungkin plan dah berubah..


    • haha.. MPV kecil apa lagi.. kan ada Exora… cukup la utk saing dgn Alza and Livina… mmg takde such this plan.. jgn ckp pandai….


      • Bro Savvy88 ke ataupun kau , coco yang buat pandai . tengok bentuk exora pun tahu yang exora bukan MPV kecil but sederhana . kau ni main terjah je . Bro Savvy88 lagi lama bercakap pasal automotif , kau tak pernah pula nampak di FD ni .


  • saga R boleh tak jadi hot mcm zaman saga wira dulu? Klu besarkan saiz saga pastu ubah sikit lampu bagi nampak mcm baby jetta atau passat cc pun cantik gak, pastu masuk enjin turbo downsize dr e01 atau cfe. klu saga R krg hot jugak, gsc lah jd taruhan

    mpv full size aku tak komen la, suv pulak mgkn lebih popular kat borneo huhu


  • Daripada pengamatan saya, sukar bagi proton untuk masuk market

    mpv besar, pasaran ini boleh dikatakan 70% dimonopoli jenama toyota melalui produk fovurite estima, alphard dan vellfire . Pencabarnya nissan elgrand dan honda oddesey ratio jualannya dimalaysia sekitar 100 toyota dan 1 elgrand/oddesey.
    Untuk hyundai starex saya kira ia sebaris van barang seperti nissan vanete c22, cumanya sime darby hyundai bijak placing produknya sebaris alphard vellfire.
    Ramalan saya protan akan turun lagi satu tangga tahun ini dibelakang perodua, toyota . Mungkin 2014 nissan juga akan menghampiri proton dari segi jualan.
    Alasan kejatuhan proton:-

    -low quality,
    -fc tinggi,
    -lebih selmat beli 2hand japanese dari proton.

    Suka saya advised drb supaya scrap dulu rancangan mpv dan D segmen tumpu pada A segmen city car.


    • setuju dgn pndapat sedara….
      masih byk perlu dilakukan proton terutama model entry level ….
      revamp besar2an kualiti,qc,fit&finishing dsb….
      dan design yg not to radical but up to date utk future model entry level…
      kalau model2 segmen ni berupaya membina reputasi mantap(yakni tak diperkecil,diperlekehkan,diragui)….
      rasanya tiada masalah proton nk masuk upper class segmen
      pokoknya bina asas yg benar2 kukuh dulu….

      klu betul la cerita dulu pasal ada vendor yg tak mampu produce design yg proton kehendaki….kasi ‘meh’ je la vendor tu….
      suruh produce bolt&nut je la….
      kroni klu yg jujur no hal je…
      yg busuk2,menangguk di air keruh ni yg mengkurap kudis proton selama ni!

      harap drb ada plan nak bawa cif designer yg best of the best(kereis bangle barangkali)…local designer can gain knowledge at the same time

      ……..سكين ڤنداڤت دوا ڤولوه سين اكو


    • cumanya sime darby hyundai bijak placing produknya sebaris alphard vellfire.?? bukan Bijak tetapi Penipu… heheheh

      Proton akan hancur di bawah DRB yg hanya tahu memasang kereta.. nak buat kereta dan pasang sahaja tak sama.. dah la beli PROTON below market share… hancur la PROTON, usaha anak tempatan dan DSSZ rugi jer.. malu la sikit DRB… B4 PROTOn under Khazanah, Jual lagi banyak dr Sekarang under DRB!!


  • berita yang telah lama aku tunggu.hope2 benda ni jadi kenyataan. apa kata kalau kita antar email ramai2 kat pengurusan proton. mungkin nampak macam mencurahkan air dalam keladi tapi sekurang2nya kita berusaha untuk buat ini jadi kenyataan.

    kalau proton nak kekal relevan, tiada lagi perkataan yang mengatakan market malaysia tiada benda ni. proton kena juga fikir pasaran lain bukan sahaja malaysia. jangan sbb orang malaysia tak minat, kita tak buat benda ni. sepatutnya suv ni dah lama tapi nape pengurusan lama batalkan. dah bagus2 tengku mahaleel reka suv pakai komposit n akhirnya lotus dapat nama n proton tumpang lepas tu.tu pun masih dalam konsep.masih belum pengeluaran.

    saja aku nak tanya.kenapa proton n lotus lambat bertindak. harap2 drb dapat betulkan semua ini. tiada lagi istilah masih dalam pembangunan. pembangunan berapa tahun sampai akhirnya kita ketinggalan.ketelitian tu bagus tapi sampai akhirnya senyap susah juga. drb perlu lebih berani kerana proton banyak produk. kita pun ada kereta elektrik dan hybrid.kalau tak silap dalam 2005 ke 2006 aku dah baca dapam PT tapi selepas 7, 8 tahun mana perginya gen2 pakai hybrid tu.

    proton boleh buat tapi management kena berani explore. ni asik kita kena kutuk sbb ketinggalan padahal projek suv proton bawah tengku mahaleel kalau betul d kuarkan, proton paling awal dalam dunia projek super suv ni..

    macam tu juga dengan proton msx n lotus apx.ke aku tertukar pasal benda ni.kita ada produk menarik tapi pengurusan lambat sangat.kadang2 aku geram je baca komen tentang teknologi yang proton ada. apa pun, lepas ni kena lebih berani dan cepat2 buat keputusan. xplore je semua kemungkinan yang ada kerana proton dah besar panjang.sepatutnya proton perlu ada semua model kereta. tapi akhirnya pengurusan kena berani.harap2 drb lebih berani!

    aku bukan sahaja tunggu proton suv, tapi lebih dari itu,,proton stingray ape cite..buat je…yang buruk jadikan pengalaman. tak buat tak tahu.limited pun tak kisah asal kita pernah buat..teringat tak proton cabriolet..kan bes kalau kat malaysia skali skali kita boleh pandu kereta itu. tu tak masuk lagi kecantikan PM5.betul kereta konsep…tapi proton pun ada kejuruteraan dan rekaan yang menarik tapi yang produce kadang2 kena hentam je…tu masalahnya…

    maaflah panjang ye..sbb benda ni aku dah tunggu lama…aku siap tulis surat dalam surat khabar lagi.pernah antar surat kepada proton hq.pernah antar email ke proton website.tadi pun baru je antar cadangan kat website proton.itu je aku mampu buat sbb aku nak tengok proton pergi lebih jauh sbb aku percaya mereka boleh buat.

    list aku tunggu-proton suv, proton sport car, proton msx, proton hibrid, proton emas, proton enjin elektrik, proton super mpv,…harap2 drb lebih berani..itu yang penting…


    • ya aku setuju dengan pendapat tuan, sebenarnya memang sudah lama ternanti-nantikan proton hybrid untuk aku tambah koleksi kereta proton waja dan tiara yang aku pakai sekarang, sekarang proton dan honda sudah bekerjasama, proton skarang boleh belajar teknologi hybrid dan pertingkatkan lagi untuk model hybrid yang akan datang…terima kasih…


      • proton tak perlu belajar…perlu berani je..tu je masalahnya…kalau belek2 balik tahun 2005 ke 2006 ada proton buat gen.2 hybrid test kat luar negara…7 tahun …senyap…pergi mana..bukan takde…cuma berani n tak…itu sahaja..belajar boleh..untuk jadi lebih advance n abik kesempatan..bukan orang duk jual beratus ribu, kita baru nak fikri pasal pembangunan n testing model..tak boleh..lambat sangat…

        lotus ni kalau kira dia punya teknologi ada kat mana2 kereta mewah…bukan lotus n proton tak bagus….tak tau nape semuanya lembap…drb perlu agresif


  • Rasanya tak viable 2 segmen ni. market terlalu kecil. melainkan Proton boleh guna Honda Elysion punya platform untuk MPV besar dan Honda Accord untuk segmen D baru jimat kos. Tapi saya lebih suka ‘kegemilangan’ zaman Wira diterjemahkan melalui model Preve. Guna platform yang sama, tapi ‘spawn’ model aeroback, model coupe (Putra; yang ni boleh berjaya sebab tengok KIA Forte Koup bnayak juga kat jalan tu),model 3 pintu (Satria), dan wagon ala-ala sporty macam Honda Stream kalau tak dapat rupa macam Toyota Caldina sekalipun. Ni lagi menjimatkan bagi proton dan boleh carter banyak segmen dalam pasaran dalam negara dan luar nega. Tapi model Jumbuck/Arena pick-up tu tak payah la. 🙂


    • tapi masalahnya kalau proton kalau nak bersaing, dia kena fikir global..tak boleh fikir malaysia je yang takda market..skrang ni trend suv,,,aku rasa nisan juke tu macam smalam je kuar..tup2 dah ada suv kompak baru plak…mesti ada market..sbb tu proton kena buat juga..kena berani mencuba..tak mencuba tak tau…proton ada design…enjin pun power gile kalau enjin petronas tu….

      teringat aku masa d interview dalam mhi, engineer tu kata kalau stakat honda pakai turbo yang orang muda duk gile pakai masa tu, masih duk makan asap kereta yang pakai enjin petronas tu..sbb tu ye boleh jadi marshal F1…

      teknologi enjin power dah ada..cuma berani atau tak..tu je persoalannnya..tak boleh lagi fikir market malaysia..market negara lain kalau banyak yang suka, y not buat..masuk market tersebut..kalu lebih 50 negara proton masuk n terjual dalam 10 ribu unit setiap negara, kira proton orang dah boleh pandang n kita ada teknologi…letih ar baca teknologi proton n lotus, tapi tup2 orang lain gak pintas..huhu


  • tumpu pasaran mewah…ambitious gituh..pastuh jadi cam preve, rakyat berduit lebih prefer jenama luar (off cause), rakyat kurang berduit tak lepas loan…jualan nyer tak sampai sasaran…pastu claim profit is from export market. LISTEN,LISTEN,LISTEN,8X


    • perdana…teringat plak model perdana yang spysot dulu ada tu kan..aku tak reti nak masuk gambar perdana tu…teringat lagi..ada skit2 mistubishi juga ar…ke dah kena buang juga projek tu…kenapa proton suka membazir..

      kalau hold takde masalah tapi ni scrap terus..macam bila drb abik proton, lima2 model yang d pamerkan itu tidak d keluarkan seretak…maksudnya benda dah elok dan menawan dunia, kalau takde modalm buat satu2…bukan buang terus…

      berani tak drb!


  • Nak keluarkan segmen besar nih boleh tapi guna jenama khas untuk model besar contohnya Toyota = Lexus, Honda = Acura, Nissan = Infiniti. Ambil pengalaman kompeni lain. Make sure quality tip top. Kalau guna nama proton jugak nanti orang terbawa bawa pasal power window. Itu proton tak bleh lari punya.


  • berita angin yang saya dengar pasal D segmen tu agak kuat . Dengar design dah ada dan guna chasis honda accord. Powertrain tak pasti mungkin guna E01 kot. Pada cadangan saya BLM is longlasting design cuma improve powertrain dia(turbo or supercharger) , exterior sikit( nak bezakan dgn yg dah ada kat market skrg) dan safety features. Hope proton will hear us….


    • sharing is caring..kalau stakat chasis saje aku ok dengan koloborasi dengan honda..nak buat kereta sama2 pun bagus juga macam subaru n ape ntah buat kereta…tapi buat sama2..bukan model rebadge lagi..dah besar panjang pun malas juga ke..nak rebadge sangat, rebadge kereta lotus, tukar lambang n jual dalam 100k..tapi takkan ar design proton pun malas juga…

      powertrain untuk kereta besar dah confirm masuk eo1…pengerusi pun cakap macam tu tuk kompliment dengan campro yag ada enjin kecil..tapi bukan ke enjin campro boleh d perbesarkan sampai 2500cc v6..tu aku dengar masa interview pasal enjin campro..

      pe pun,dua2 enjin nasional dah berada d tangan proton…jangan duk fikir pasal turbo or supercharge je..kuarkan cepat2 kereta elektrik proton yang katanya akan keluar dengan proton saga n exora…yang penting kita kena explore..nissan dah start jual nissan leaf kat malaysia wp negara lain dah lama ada benda ni…

      jadi proton tak boleh lewat dalam kereta elektrik ni…dah jadi juara pun pertandingan, tunggu apa lagi…takkan kat negeri sendiri pun tak berani…drb kena berani!


  • Power Windows problem bukan salah Proton, salah jari yg tekan button tu sbb org kita hari2 minum Tongkat Ali tu yg terlebih power tu sampai power windows pon dah tak power dah.. hehe (Sori Off-Topic kejap)


  • Saya berpendapat bahawa Proton seharusnya menumpukan perhatian kepada segmen A, B dan C. Untuk segmen D, Proton boleh bekerjasama dengan Honda. Kos dapat dikurangkan, sama ada dengan menggunakan Honda Accord mahupun dengan model baru dengan kerjasama tersebut.

    Segmen A – Global Small Car (GSC) harus dikeluarkan dengan cepat dengan technologi “hybrid”.

    Proton harus membuat dan merancang sesuatu dengan teliti, tepat dan cepat. Enjin “Hybrid” seharusnya dikeluarkan dengan cepat dengan merangkumi untuk segmen B dan C juga.

    Selain daripada enjin, teknologi lain seperti keselamatan dan keselesaan untuk pemandu harus dipertingkatkan juga. Lihatlah Kia dan Hyundai dengan menggunakan pakar dari Jerman. Model kereta mereka seperti Cee’d, i30 mempunyai teknologi canggih seperti menolong pemandu meletakkan kereta dalam petak sebaris secara automatik (auto arallel parking) dan teknologi-teknologi yang setanding dengan Jepun, Jerman dan sebagainya.


  • Selain daripada itu, model SUV juga harus dikeluarkan. Pengeluaran pelbagai enjin kapasiti juga mesti ada pada Proton.

    Proton dapat merekabentuk dengan konsep kereta yang cantik dan menarik seperti Proton Preve Sapphire Concept. Sebagai contoh: Ciri-ciri konsep tersebut sememangnya dapat digunakan untuk model P3-22A seperti pada bumper depan. Tidak payah susah payah merekabentuk lagi untuk P3-22A. Jimat masa dan kos. Ia memang sesuai untuk model P3-22A. Dengan masa yang lebih, Proton boleh tumpu perhatian pada rekaan bahagian belakang dan kemaskini sedikit rekaan dalaman dan bahagian-bahagian yang ada kekurangan pada Preve, supaya hasil P3-22A menjadi lebih sempurna.


    • kalau kena dengan model2 yang keluar setiap tahun dan kemudiannya kualiti kereta yang keluar tidak banyak komplennya…selain dari komplen design,target akan tercapai..lagipun, sebenarnya kereta proton boleh keluar dengan harga yang lebih murah kerana menggunakan enjin sendiri…kalau ikut keterangan dari tengku mahaleel d mana enjin hanyalah 25 peratus dari harga kereta…dulu harga proton 45 peratus adalah harga enjin…

      ape cite dengan 5 model lotus yang drb kata dah d buang projek tersebut sebelum mereka mengambil alih…kalau benar perkara ini, design lotus elite semasa pameran paris sangar seksi..apa kata design itu pergi kepada proton super car…dah jimat design…memang seksi….

      sekali lagi, drb berani tak buat macam tu…membazir untuk melepaskan rekaan paris 5 yang sangat seksi itu…persoalannya siapa yang batalkan projek kereta tersebut sekiranya d buang sebelum mereka mengambil alih..atau sahaa d buang untuk menyusahkan drb untuk buat balik model2 tersebut dari peringkat awl khususnya dalam memulihkan lotus…


    • cakap boleh la.. ko leh ckp, aku pun leh ckp… PROTON akn tukar tukar status.. dr Manufacturer ke Assembler… celaka punya DRB!! jaguh kampung!!


      • jaguh kampung ni jelah satu2nya syarikat yang menawan mercedes buka kilangnya kat malaysia…yang kuar kat pekan tu s clas tau..bukan kereta kecik..kereta mercedes s class…hope2 drb ada will power lebih n lebih berani…tu je…

        pengerusi dah cakap tiada lagi rebadge kereta..camne nak pasang kereta..kalau stakat orang sewa kilang kat tanjung malim, apa salahnya..masuk kat proton juga..yang salah ialah bila proton berenti jadi pengeluar kereta..tapi dengan pengumuman nak jadi peneraju kereta asean,proton berada d landasan tepat..


    • adakah ia rebagde ? reskin ? ataupun memang model proton yg baru..
      kalau dia model proton yg baru..kita pasti dapat tengok dia buat test kat jalanraya..
      yg nampak nye preve hatchback je..
      mungkin hanya rebagde..


    • em..memang berita menarik dari proton dan drb..sangat bagus dan tepat pada masanya semasa nissan baru sahaja melancarkan leafnya di Malaysia d mana kadang2 proton lambat membuat keputusan untuk menghantar kereta mereka d negara lain..sbb itu produk proton perlu awal d negara kita kemudian boleh d hantar untuk pasaran luar pulak..kerana proton dah ketinggalan untuk kereta kompak dan juga hibrid serta elektrik…dengan proton emas memasuki pasaran malaysia pada suku pertama ( bulan 1 hingga 3), d harapkan sasaran untuk melepasi 500k dalam masa tahun akan tercapai..cuma kena berani dan cepat membuat keputusan…kalau nak kata kesalahan teknikal, semua kereta ada tapi kualiti kena jaga terlebih awal kemudian perkara berbangkit akan berkurangan…

      harap2 betul berita ini….dan sangat mengejutkan d mana kita semua menantikan preve hatchback n proton mengisi gap masa yang panjang dengan kereta yang pastnya membuatkan perodua, nissan dan toyota berfikir panjang sekiranya kena dengan harganya…

      akhirnya…drb berani tak …kalau benar, sangat bagus kerana emas sudah lama d lancarkan…dan proton perlu lebih agresif..kalau benar, memang drb sangat serius dengan targetnya dengan model2 yang kompetitif kerana emas sendiri adalah global car


  • Proton sasar jual 500,000 kenderaan
    Oleh FAIRUS KASSIM
    [email protected]

    KUALA LUMPUR 15 Jan. – DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) meletakkan sasaran jualan kenderaan sebanyak 500,000 buah setahun kepada anak syarikatnya iaitu Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam tempoh lima tahun lagi.

    Sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan Proton dan mampu dicapai dengan meningkatkan kualiti dan perkhidmatan selepas jualan kenderaan nasional berkenaan.

    Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton mempunyai sejarah selama 27 tahun yang unik dan pernah menjadi pengeluar kenderaan utama di Asia Tenggara sebelum 1997.

    Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Proton berkata, selepas era itu, Proton terus merosot dan tewas kepada Thailand dan kemudian Perodua serta kini semakin dihampiri oleh jenama kereta luar negara iaitu Toyota daripada segi jualan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130116/ko_01/Proton-sasar-jual-500000-kenderaan#ixzz2I67lseIE
    © Utusan Melayu (M) Bhd


  • Terlalu byk perancangan pn x elok jgk, sempurnakan model yg ada dl termasuk complaint dr pengguna, jgn seperti melepas batuk di tangga, janji ada je, yg jd mangsa pengguna, sp yg kena mesti tau perasaan ni (termasuk sy) mmg la buatan manusia x sempurna, tp kita boleh kurangkan ketidaksempurnaan 2, x pyh nk pandang jepun/barat la, tgk kualiti perodua pn dh ckup


  • Kalau betul ada perancangan untuk keluarkan model baru, saya ucapkan tahniah pada Proton atas variasi model dan variant yang ada. Pasti DRB juga ada buat analisis market dan sbgnya samada model-model ini boleh dijual atau tidak. Tetapi, pada masa yang sama, saya berharap Proton jangan lupa perbaiki dan mantapkan lagi After sales servce terutamanya di COSE & juga cawangan-cawangan sedia ada. Pelanggan mendambakan khidmay yang professional, ramah, jujur & berkeyakinan tinggi. Pelanggan kini mudah ‘google’ maklumat tentang kereta. Khidmat Proton perlu lebih kehadapan & bersedia untuk menerima pelanggan yang semakin up-to-date. Jangan lah pusing-pusing, dok lagu tu juga. Contoh mudah: sampai hari ini nak call COSE untuk buat appointment pun susah.
    Development harapnya seimbang dari semua aspek.

    Wassalam.


  • benda yg wajib buat.

    1. p322a and launch april/mei 2013
    2. citycar – end of this year.
    3. Saga FLX with update. (min all product with 2 airbag).
    4. preve basic (look alike bold basic)


  • Saya dok tunggu peroton keluar jenis van boleh muat 10 ke 12 penumpang ..mcam econovan keluaran foard ,mazda bongo van, toyota .. barulah peroton ada feart dgn nama2 besar ..

Leave a Reply