ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rangkul tiga anugerah di ASEAN NCAP Grand Prix 2016

Views

Proton melengkapkan tahun kebangkitan mereka dengan menambah tiga lagi anugerah 2016 melabuhkan tirai. Anugerah tersebut adalah bersempena dengan acara Stop the Crash ASEAN 2016 yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan sambutan ulang tahun kelima ASEAN NCAP baru baru ini.

3 anugerah yang dirangkul adalah:

1. Most Affordable 5-Star ASEAN NCAP Car in Malaysia – Proton Iriz,
2. Most Affordable 5-Star ASEAN NCAP Car in Thailand – Proton Prevé
3. Rising Star Award – Proton Saga baharu.

“Pengiktirafan ini merupakan kemuncak kepada usaha berterusan Proton dalam memberikan lebih nilai kepada pelanggan dan kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini,” kata Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Semua varian Iriz dan Prevé didatangkan sepenuhnya dengan ciri ciri keselamatan aktif dan pasif seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara dan sistem peringatan tali pinggang keledar. Selain itu penggunaan struktur badan Hot Press Forming (HPF) yang mempunyai lima kali kekuatan berbanding logam biasa menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan memberi perlindungan yang lebih baik kepada penumpang.

Generasi ke-3 Saga baharu, varian Premium 1.3L juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan top-tether, dengan sensor keliling pada hanya RM45,800. Saga baru-baru ini mencapai 4-Bintang apabila diuji pada 2016, seterusnya memenangi anugerah Rising Star.

Tahniah dan Syabas Proton!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


    • Sebab Proton masih menggunakan enjin Campro vvt dan tranmisi CVT jenis clucth Punch Powertrain yang bising. Saya percaya jika proton menggunakan enjin Petronas GDI/TGDI dengan transmisi CVT torque converter dari Jatco atau Nissan, pasti akan melonjakkan jualan Proton mengatasi Honda dan Perodua. Tapi lambat la nak tunggu..
      Perodua Kembara dah lama pakai enjin VVT jenis DVVT. Proton pula baru memperkenalkan enjin VVT dia pada Proton Iriz pada tahun 2014.
      Perodua dah mula dengan dual VVT-i pada Bezza dah ni.. Proton bila pula nak upgrade enjin VVT campro dia tu


      • Jualan proton tak meningkat mana pun walau ditukar enjin, bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka cuma ada 2 pilihan, proton atau perodua, dan mereka akan cenderung memilih perodua kerana harga yang rendah dan cybertooper perodua pula aktif memburukkan proton di internet


      • Perodua Engine DVVT only accept emission standard Euro1 rating, while Bezza VVT-i engine is the Euro4 emissions standard, similar to VVT engine of proton Euro4 ..


  • anugerah high maintenance n high repair cost utk kereta tempatan xde ke….rasanya P1 -Satria Neo – jugak menang kot

Leave a Reply