ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda BR-V kini dibuka

Views

Model crossover tujuh tempat duduk yang paling dinanti-nantikan, Honda BR-V serba baharu kini dibuka untuk tempahan. Honda Malaysia baharu sahaja membuat pengumuman tersebut dan tempahan kini boleh dibuat di semua 88 Honda pengedar sah Honda seluruh negara. BR-V (juga dikenali dengan Bold Runabout Vehicle) adalah kenderaan yang dibangunkan khas untuk pasaran rantau ASEAN, mula diperkenalkan di Indonesia, kemudiannya diikuti Thailand, India dan Filipina.

Ia mendapat sambutan yang cukup baik dengan menampilkan keluasan sebuah MPV dengan gaya SUV. BR-V dijangka memenuhi permintaan pasaran Malaysia dalam segmen tujuh tempat duduk dengan nilai yang hebat, gaya, luas dan ciri ciri yang praktikal. Dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dengan output 120PS, BR-V merupakan kenderaan paling berkuasa dalam segmennya.

Wajah keluarga Honda yang menampilkan rekaan Solid Wing Face dan rel bumbung yang anggun memberikan penampilan yang tegap dan bergaya. Lega bumi BR-V adalah paling tinggi dalam segmennya dengan ketinggian 201mm. Rekabentuk luarannya turut diserikan lagi dengan kehadiran Lampu Nyalaan Siang LED (DRL) dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.

Ruang bootnya adalah sebanyak 223 liter apabila semua tempat duduk dinaikkan. Saiznya akan bertambah kepada 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat. Tempat duduknya direka dengan pelbagai konfigurasi supaya ruangnya mudah dimanipulasi untuk kemudahan pengguna. Tempat duduk baris kedua boleh dilaras hanya melalui satu sentuhan dan dilipat dengan konfigurasi 60:40 manakala tempat duduk baris ketiga boleh dipisahkan 50:50 dan boleh direbah sepenuhnya.

Keselesaan penumpang dipertingkatkan dengan tempat duduk balutan kulit dan corong pendingin hawa belakang. BR-V dijangka membuat kemunculan secara rasmi di Malaysia pada suku pertama tahun hadapan. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the-all-new-br-v-records-the-highest-ground-clearance-in-the-segment-at-201mm the-all-new-br-v-the-7-seater-crossover-is-poised-to-be-the-smart-choice-for-families

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply