ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sahkan lancar Ertiga tahun ini

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan tiga lagi model tahun ini dan ianya termasuk MPV kompak Ertiga yang merupakan buah usahasama mereka dengan syarikat automotif ketiga terbesar Jepun, Suzuki. Strategi melancarkan empat model dalam tahun ini adalah langkah penting Proton bagi meningkatkan semula angka jualan mereka, sekaligus membolehkan syarikat itu mencapai aliran tunai positif dalam masa terdekat.

Yang menariknya beliau menggunakan nama Ertiga ketika mengesahkan pelancaran model tersebut dan ini mungkin menyaksikan pengekalan nama itu di pasaran Malaysia. Ertiga, atau R-3 dikatakan adalah singkatan bagi Row-3, ini menggambarkan bahawa kenderaan tersebut memiliki tiga barisan tempat duduk. Nama deskriptif ini sudahpun digunakan di pasaran India, Indonesia, Filipina dan juga Timur Tengah.

prroton ertiga rear

MPV kompak ini dibina atas platform yang dikongsikan dengan Suzuki Swift dan SX4 jadi kita boleh agak yang saiznya berada di antara Perodua Alza dan Nissan Grand Livina. Proton belum mengeluarkan sebarang maklumat tentang spesifikasi tetapi dari apa yang kita boleh lihat dari laman sesawang Suzuki di pasaran sedia ada, Ertiga datang dengan enjin 1.4-liter dan pilihan kotak gear 5-kelajuan manual ataupun 4-kelajuan automatik.

Ia juga dilengkapi dengan dua beg udara dan kami percaya Proton akan memastikan ini akan menjadi spesifikasi standard di Malaysia. Jika Proton mengekalkan nama Ertiga, kita boleh agak bahawa perubahan kepada luaran kereta ini akan terhad kepada beberapa perkara seperti bumpar, gril dan kemasan.

Dalam kabin pula kita mungkin akan mendapat balutan baru untuk kerusi dan kemaskini untuk sistem hiburan dalam kenderaan. Dari segi harga pula , model ini sudah tentu akan bersaing dengan Perodua Alza jadi harganya dijangka hampir serupa untuk menjadikannya satu pilihan yang berdaya saing di pasaran. Ertiga dijangka memasuki pasaran pada bulan Oktober nanti.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

26 Comments


  • kenapa Proton pilih Ertiga walhal dah ada Exora? kenapa tak pilih SUV ie Vitara atau Jimny atau kompak i.e. wagonRR?

    adakah ini satu lagi plan tanpa perancangan, semata untuk menambah line-up model tanpa study mendalam? atau Proton tak diberi pilihan oleh Suzuki?

    think smart la Proton, xde apa strong selling point pasal Ertiga ni..no style, no powerful engine. orang Malaysia ni kebanyakkan nya pentingkan gaya. siapa nak pakai boxy MPV sekarang ni.


      • Exora antara MPV terbaik dalam pasaran, produk Proton yang paling berjaya setakat ini dr segi functionality n performance. cuma tktau apa yg tak kena marketing Proton tak brapa buat improvement.

        Exora mesti di letak dlm kelas MPV premium Proton. lengkapkan dengan kepuasan sebenar sebuah MPV.

        Ertiga re-badge jd kan segmen lebih bawah dr Exora.

        Proton kelihatan ‘kelam kabut’ nak up sales volume sampai line up mcm2 model dlm jarak masa yang terdekat.

        Ada bagus ada buruk.. bagus ialah Proton try hard to force market shares balik pd Proton.. biar ada dari takde..

        buruk.. masalah teknikal utama Proton ialah QC- kualiti. INI HANTU BESAR dlm Proton. Dr RnD pun tak halusi dalam design hingga ke mass production. -cnth cases, parts yg xde complexity, spt hanya sekecil tombol gear auto Iriz dan Saga, pun masih gagal rekabentuk dgn kualiti sepatutnya. (spt patah dn longgar).

        jgn kita suka pndang yg besar2. yg kecik2 ini membentuk persepi buruk.

        hrp2 roadmap Proton kali ini tak lingkup. last chance aku rasa, atau kita terpaksa terima hakikat Proton tinggal kenangan. dalam lipatan sejarah..

        so kalau takmau jadi macam tu.. please berubah.

        Kalau syg Proton jgn sombong lagi, yg tukang groom/ support pun jgn jadi pengampu, nnt org meluat, ckp benar ikhlas ( jgn org komen terus berlagak sombong suruh beli keta lain la.. suruh jd CEO Proton la..suruh jd Designer la.. bodoh sgt le ayat2 mcm tu)…

        dan buka mata telinga spy info feedback dr users/ customer point of view.


      • an MPV still an MPV..mini atau mid size, it still have 3 row sahaja.
        kenapa syarikat kecil mcm Proton memerlukan 2 MPV yang hampir sama size dalam line up? the worst is, it just a rebadge dan hanya untuk domestik market.

        what’s next from Proton, rebadge segmen C suzuki untuk bersaing dengan Preve & Persona??
        bila Proton new CEO cakap Proton masih mencari partner baru untuk ‘deeper collaboration’ aku ade sense yang Ertiga ni hanya akan jadi one-off projek dengan Suzuki je.


        • Mmm… ada juga bezanya MPV nie. Kalau mini, even ada 3 row, biasanya dlm kondisi 5+2 (2 for kids – row ke 3), mid MPV utk 7 seaters manakala full MPV ada yg 8, 11 seaters. Apa yg sy lihat, proton melengkapkan platform yg ada utk semua jenis segment. Untuk future, platform2 ini boleh dikembangkan bila ada keperluan.

          Cheers!


  • Proton memang suka buat produk yang bersaing sesama mereka. Tak payah lah tunggu Perodua punya produk.

    1. SAGA SE dengan Persona basic = harga lebih kurang sama
    2. Persona 1.6 dengan Preve 1.6 = segmen yang sama


    • SAGA – PERSONA – PREVE – SUPRIMA –

      sedan sedan sedan – hatchback.. SUPRIMA tu patutnye coupe

      1.3/1.6 – 1.6 – 1.6 CFE – 1.6CFE

      apa alasan top management PROTON neh psl konsep bersaing sesama sendiri.. ‘kau makan aku.. aku makan kau’

      IRIZ 1.3/1.6 jgk.. hmm..

      Proton ni mmg macam ‘JANDA’ hil;ang laki.. kah..kah..kah.. tak keruan nak terus hidup..


      • Ya.., Suprima coupe patut diperkenalkan.

        Tapi bab sasaran enjin tu adalan menjadi pilihan, Sebagai mana Mercedes.
        Merc C-class c200, c250, c300, c63 AMG – sedan
        Merc E-class e200, e250, e300, e400, e63 AMG – sedan
        Merc S-class s300, s350, s400, s500, s600, s63 AMG – sedan

        Mercedes c300, e300 dan s300 menggunakan enjin yang sama hanya talaan sedikit berbeza. Begitu juga s63 AMG, e63 AMG dan s63 AMG adalah enjin yang sama menjana kereta yang berbeza.

        Konsep bersain sesama sendiri telah lama diterapkan syarikat automotif luar sebagaimana Mercedes dan BMW

        BMW 320i / 520i (100% enjin sama)

        Apa salahnya guna enjin sama untuk kereta berbeza???????


        • Hang kena paham, scale pasaran dia besaq. Worldwide bang. Its Mercedes-Benz goddamit. Ni Proton, pasaran kecik, market paling besar? Malaysia bang oi. Hapa ke lembu daa.


        • hang yang patut kena paham.!!
          berkongsi enjin untuk kereta yang berbeza menjimatkan kos.
          perbanyak model tetapi berkongsi enjin
          penjimatan RnD dan mengurangkan hutang.
          Syarikat yang mempunyai pasaran besar seluruh dunia pun berkongsi enjin.
          pasaran kecik lagilah kene banyak kongsi


          • Bloppy ni mmg macam ‘JANDA’ hil;ang laki.. kah..kah..kah.. tak keruan nak terus hidup..


    • preve asalnya model utk gantikan persona.. isunya jualan preve tak meletop dan perbezaan harga… jadi proton teruskan juga production persona sebab ada permintaan..

      di Malaysia, jualan kereta sedan banyak dekat segmen B dengan A.. sais yg besar dan berat preve meletakkan model ni dalam segmen C

      sbb tu saga dan persona nampak mcm bersaing sesama sendiri…

      Sekarang baru proton sedar, Saga dorg letakkan dekat segmen A, Iriz dan persona dekat segmen B, preve dan suprima diposisikan dekat segment C, dan perdana di segmen D

      jadi, jangan marah bila persona r nnt hanya guna torsion beam dekat rear suspension (mcm Iriz).. sbbnya mudah.. pertama adalah factor kos, dan ke-2 pesaing persona r mcm vios dan city pun guna rear suspension yg sama (torsion beam)


  • Bagus sebenarnya proton kluarkan ertiga ni sbb bole kacau market alza.. golongan muda baru kahwin byk beralih ke alza berbanding myvi sbb ada 3rd row.. dan harga mampu milik.. dari segi design takde mslh sbb bg sy harga adalah penentu dlm pasaran malaysia

    Saya harap proton dpt byk menembusi market negara2 luar n negara2 arab spt turki, arab saudi, yaman, utk mengatasi mslh economic of scale


  • Masalah dgn Ertiga ialah model CKD buatan Indonesia ini datang tanpa Electronic stability control, dan 6 airbags. Memang sah2 maksimum AseanNCAP 2016 4 bintang.. starting 2017 ANCAP akan letak keperluan ESC & 6 airbags utk dpt 5 bintang. Sbb tu proton & perodua tungkus lumus nak launch product tahun ni & masing2 taknak result 3 bintang ANCAP sekiranya produk dikeluarkan tahun 2017.


  • Org proton kalo bace ni, pi la btau bos hang.
    Kalo ertiga punye lampu belakang macam tu, jgn harap la sales hangpa tinggi.
    Pi la ajak partner suzuki hang tu pujuk kasi approve redesign lampu belakang.
    Kalo same je ngan suzuki ertiga, jadi bahan gelak ketawa lagi ajela…
    Org malaysia ni dah la ramai dah tak berkenan ngn proton.jadi bijak la sikit.


  • Sebaiknya Ertiga ditingkatkan tahap keselamatan kepada sekurangnya 5-bintang ASEAN NCAP..

    Ertiga 2018 perlu facelift keseluruhannya menggunakan enjin GDI…

    Manakala model Exora perkenalkan LWB Varian 4 row atau 5 row tempat duduk(10-12)..

    Exora replacement selewatnya 2018 menggunakan enjin TGDI Dan sekurangnya 5-bintang ASEAN NCAP…


    • itu dh jadi VAN sekolah/komuter china plak.. sejak bile plak taraf MPV smpai 4-5 row ni?
      kekalkan je la konsep skrg. improve kasi premium quality, tip top comfort, secured wth top notch safety.
      dhle jgn suggest pelik2 nnt org2 proton yg tgh pening lalat nk cover lost billion tu terbace.. tertarik plk dgn ko punye cdgn.. hahhaa.. makin caca marba laaaa…

      last2 satu pon xleh catch market sales..

      sudah2..


    • Ertiga Dan Exora dalam kelas yang sama, Compact MPV.
      Compact MPV ada 2 kategori, mini MPV Dan minivan. Ertiga – mini MPV manakala Exora – minivan.

      Contoh Lain model minivan seperti, Ford Transit Connect, Kia Sedona, Mazda 5, Nissan Quest Dan Honda Odissey.

      Konsep VAN dan full-saiz MPV mungkin kurang kompetitif ‘di Malaysia’. Skala pasarannya sangat kecil.


      VAN(minibus) biasanya lebih murah daripada full-saiz MPV. 5 row tempat duduk, teknologi sederhana, tiada ciri kemewahan, berharga sederhana.

      Full-saiz MPV bersaiz besar mewah, tahap keselamatan tinggi, disertakan teknologi terkini, 3 row tempat duduk, berharga mahal.

      Perbandingan harga di Malaysia
      Toyota Hiace 12 tempat duduk – 95k-116k
      Toyota Velfire & Alphard – 355k-519k


    • ya, VAN dan MPV saiz-penuh kurang kopetitif untuk pasaran Malaysia. Sebaiknya Proton kekalkan pasaran Sedan Segment(a/b/c/d) dan compact MPV sahaja.

      Model Pickup dan SUV juga kurang kompetitif, skala pasaran Malaysia sangat kecil.

      Jenis kenderaan seperti VAN, MPV saiz-penuh, Pickup, SUV mungkin lebih sesuai untuk pasaran Asia Tenggara, luar negara khasnya selain Malaysia kerana skala pasaran lebih besar dan permintaan tinggi. Jika jenis kenderaan tersebut dibangunkan mereka boleh berkongsi platform bagi menjimatkan kos RnD.

      Satu platform, 4 jenis kenderaan, pelbagai model dan varian. Mungkin juga semuanya menggunakan jantung atau enjin yang sama.

      Mungkin cadangan untuk 4 jenis kenderaan di atas agak caca marba dan pelik-pelik di tengah kegawatan Proton yang sedang kerugian. Hahahaha… Pinjam 1.5billion pun akan abis buat bayar hutang saja..

      p/s : berani bertindak, bertindaklah dengan bijak, berani melangkan, anda maju kehadapan


    • Memenuhkan barisan model VAN dan MPV bukanlah cadangan sia-sia.. Sejak Suruhanjaya pengngkutan awam darat(SPAD) ditubuhkan dan mengambil alih tugas Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP), telah banyak akta pengangkutan digubal semula..

      Antaranya pengangkutan awam yang menggunakan bas dan VAN(minibus) telah disingkatkan jangkahayat permitnya.. Bas dan VAN(minibus) yang sebelumnya boleh digunakan sehingga 30 tahun disingkatkan sehingga 20 tahun sahaja..

      Sebelum SPAD mengambil alih tugas LPKP unjuran Jumlah Jualan Keseluruhan Bas dan VAN(minibus) di Malaysia 1% hingga 2%.. Setelah penggubalan akta pengangkutan dan penambahbaikan sistem oleh SPAD unjuran Jumlah Jualan Keseluruhan bas dan VAN(minibus) telah meningkat 8% hingga 9%..

      Ditambah pula SPAD memberikan rebat sebanyak MYR10 000 setiap unit pembelian bas / VAN(minibus) sekolah.. DIjangka unjuran Jumlah Jualan Keseluruhan bas dan VAN(minibus) akan meningkat dari setahun ke setahun berikutnya..

      Selain itu juga SPAD telah melupuskan harga syiling bagi pengangkutan bas dan VAN(minibus) sekolah.. Selain itu permit untuk perkhidmatah bas sekolah juga tiada had lagi.. Secara langsung dan tidak langsung pengusaha bas dan VAN(minibus) sekolah akan meningkat bagai cendawan..

      Syarikat pengeluar kenderaan dari China telah mengmbil peluang dengan mengeksport VAN-VAN mereka ke Malaysia.. Mereka menawarkan VAN 12 hingga 18 tempat duduk dengan harga yang sangat kempetitif..

      Jika PHB tidak mengambil kesempatan ini untuk membangunkan VAN maka Perodua yang paling sesuai.. Cadangannya rebadge saja Hiace..

      sumber – MAA, SPAD


  • Saya sokong pengeluaran ertiga ni dari proton untuk memperbanyakkan kereta terutamanya yang untuk melawan perodua. Cadangan saya kepada proton agar proton dapat mengeluarkan kereta yang sama macam axia iaitu harga RM25,000 kerana inilah punca pendapatan proton. mungkin rebadge suzuki clerio sebiji atau tukar skin depan dan belakang bagi lagi cantik. kereta yang murah tak perlu esc atau airbag yang banyak tapi boleh meet 4 star ancap rating dan kenderaan jimat minyak. ini untuk persaingan kepada perodua yang mana mempunyai enjin jimat minyak dan kurang safety.

Leave a Reply