ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perdana yang mempesonakan

Views
The New Perdana - Product Video

Artikel oleh Shamsul Yunos

  • Rekabentuk Fastback yang trendy
  • Lampu belakang LED sepenuhnya
  • Kabin luas dan bergaya
  • Enjin 2.0 dan 2.4 menjadi penentu kuasa
  • Harga RM113,888 untuk varian 2.0-liter dan RM138,888 untuk 2.4-liter

Lebih kurang sebulan yang lalu, Media permotoran dijemput ke litar uji Proton di Shah Alam untuk mengalami sendiri model Perdana yang baharu dilancarkan semalam. Ketika sesi tersebut kami diberi peluang memandu varian 2.0-liter dan 2.4-liter dalam litar lengkok kelajuan sederhana bagi membolehkan kami merasai secara am prestasi dan keselesaan Perdana sambil menilai rekabentuk model terbaharu ini.

REKABENTUK

Mulanya kami dibawa ke studio rekabentuk dan diberikan penerangan tentang konsep rekabentuk dan proses penghasilan rupa akhir kereta tersebut dan di penghujungnya kami berasa model ini cukup unik untuk digelar Proton Perdana tanpa segan silu.

Secara teknikalnya, Proton telah mengekalkan platform Honda Accord generasi ke-8 sambil membuat beberapa perubahan besar kepada top hat atau pun bahagian atas dan luaran kereta. Struktur hentakan depan dikekalkan hampir 100 peratus dan ini termasuk firewall depan, tiang (pillar) A dan tiang (pillar) B.

Kulit luar bonnet, fender depan dan bumpar direkebentuk semula bagi memberikannya identiti Proton dan ini termasuk melakar lampu depan, jeriji (grille), lampu kabus dan ruang bukaan udara di bahagian bumpar.

Proton mengekalkan rekabentuk pintu depan Honda Accord bagi menjimatkan kos dan ia memaksa penggunaan garisan kemasan lekuk yang bermula dari fender depan dan terus dilarik ke lampu belakang.

Proton juga mengambil keputusan untuk mengemas kini profil tradisional tiga kotak yang asal dan menjadikannya lebih iras kepada fastback, ini merupakan trend yang mula mendapat perhatian banyak pembuat kereta.

perdana gold 1

Untuk menghasilkan bentuk fastback, Proton terpaksa menggariskan tiang (pillar) C yang baharu dan membentuk landai bumbung dan cermin belakang yang baharu. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan sedikit pintu belakang bagi menambah kemudahan keluar masuk kereta.

Tingkap sisi pintu belakang juga diubah untuk lebih sesuai dengan lenggok fastback dan ini termasuk menambah tingkap kecil di belakang pintu. Secara keseluruhan pasukan pereka bentuk Proton yang diketuai Azlan Othman telah menghasilkan satu gaya yang moden dan dinamik yang juga kelihatan lebih tegap dan terpasak.

Bentuk fastback ini juga memberi Perdana kelebihan aerodinamik berbanding dengan model penderma dan ini bukan sahaja mengurangkan rintangan angin pada kelajuan tinggi, malah ia mengurangkan sedikit bunyi angin di dalam kabin belakang.

Mereka juga mengubah reka bentuk lampu belakang dan menaiktaraf kombinasi lampu belakang kepada LED sepenuhnya. Reka bentuk lampu belakang juga menggunakan teknik 3-D dimana elemen LED diatur secara berlapis untuk memberi identiti malam yang unik.

Kemasan krom yang besar di jeriji (grille) dan bonnet memberikan sentuhan elegan dan membolehkannya duduk selesa bersama pesaing lain sebagai kereta eksekutif segmen-D. Kemasan krom di sekeliling kluster tingkap sisi juga menambahkan keceriaaan reka bentuk Perdana dan ia agak ketara pada kenderaan berwarna gelap.

Rim 17 inci adalah standard untuk kedua-dua model tetapi diberi kemasan yang berbeza dan saiz ini boleh dikatakan cukup sesuai untuk Perdana kerana ia memenuhi ruang tayar dengan begitu terletak.

13403816_10154332633947318_3865900400272369629_o

KABIN

Kabin Perdana baharu ini lapang, bergaya dan antara yang paling besar dalam kelasnya kerana model pendermanya memang memliki dimensi dalaman yang mewah. Model 2.0 diberi kemasan berwarna gelap yang praktikal manakala varian 2.4 datang dengan kulit berwarna cerah yang kelihatan lebih berseri.

Kemassan di pintu dan papan pemuka juga bergantung kepada varian yang dipilih, versi 2.0 direka bentuk dengan kemasan plastik berwarna hitam manakala kemewahan 2.4 ditonjolkan dengan penggunaan kesan kayu. Papan pemuka diberikan kluster meter yang direka bentuk semula dengan menggunakan tulisan Proton manakala konsol tengah pula dikemaskinikan dengan bukaan baharu untuk skrin sentuh.

perdana merah 5

PRESTASI

Sesi pandu uji di litar ujian Proton membolehkan kami menilai secara umum bahawa sistem suspensi yang digunakan tidak berubah dari apa yang dipakai oleh model penderma. Kualiti pemanduan adalah tipikal untuk Honda dengan pemanduan utama (primary ride) yang selesa pada kelajuan normal dan menjadi sedikit bergelora (choppy) kerana pergerakan suspensi yang terhad.

Ramai yang merasakan inilah yang memberi Honda rasa sporty mereka dan inilah juga yang kini terdapat pada Perdana. Enjin yang digunakan juga adalah terbukti dan ianya boleh dikatakan agak senyap dan kurang menghasilkan gegaran. Pada pengamatan kami, enjin 2.0 terasa lebih bertenaga kerana respon yang lebih tangkas, tetapi enjin 2.4 menghasilkan lebih kuasa dan terasa lebih santai pada kelajuan lebuh raya.

Kami jangkakan isu isu yang serupa yang timbul pada model Accord generasi kelapan juga akan menjadi perhatian pembeli Perdana, contohnya cakera brek yang mungkin menghasilkan gegaran jika dikenakan cengkaman tekanan tinggi berulang kali dari kelajuan tinggi.

Ada juga pembeli Accord generasi kelapan yang mengatakan hayat bateri agak pendek dan kerap kali perlu ditukar selepas 18 bulan kerana sistem alternator yang digunakan kadang kala tidak dapat menampung semua keperluan tenaga elektrik kerana kereta ini mempunyai banyak peralatan elektronik.

TVC Perdana 2016

Brosur Perdana 2016

KLIK UNTUK BESARKAN

perdana gold 1 perdana grey 1 perdana hitam 1 perdana merah 1 perdana putih 1 perdana silver 1 perdana merah 3 perdana merah 5  perdana merah 10 perdana merah 13 perdana merah perdana merah 713417539_10154332633632318_61313250259382629_n 13403816_10154332633947318_3865900400272369629_o 13433180_10154332633567318_4587261801751402275_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • kadar “kesenyapan” dalam kabin masih tak boleh lawan camry, hatta camry generasi lepas. Mungkin disebabkan accord gen 8 tidak begitu baik insulationnya.


  • Proton guided by HONDA baru ada harapan ‘cerah’ produk yg dihasilkan. Kalau Proton yg fully design PERDANA.. rasa ‘berdebar2’ apa kejadah yg nak keluar hasil otak ‘sembelit’ dlm Proton dan pemerintahnya..

    Kena pantau mcm polis pantau penjenayah mcm tu le analogi PROTON nk dptkan sharing dgn HONDA baru nk kluar produk yg agak boleh diterima..


  • Proton boleh commercialize kan styling perdana ni untuk kereta murah dan mungkin design berlainan sedikit. contohnya bmw 5 series dan 3 series. Barulah ada wow jika styling cantik dan harga murah.

Leave a Reply