ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Savvy 18 – ‘Lotus Pertamaku’ dijelmakan semula dengan gaya hipster!

Views

Bila teringat tentang Savvy, pasti kita akan ingat iklan televisyen yang menunjukkan kekuatan kereta kecil ini yang dibaling oleh raksasa hodoh mirip “Jabba The Hut” dalam filem Star Wars di tengah bandaraya Kuala Lumpur kan? Bukan setakat iklan komersilnya yang mencuit hati, brosur dan bahan cetakan lain seperti buku manual juga berkonsepkan komik yang sangat kreatif.

Tetapi agak malang Savvy menjadi igauan buruk kepada Proton dan pemiliknya akibat beberapa faktor antaranya pelanggan yang fobia dan skeptikal dengan model Tiara dan kos penyelenggaraannya yang sangat tinggi hingga boleh membuatkan poket anda rabak-serabaknya. Namun itu tidak menjadi halangan kepada mantan ketua pereka projek pembangunan Savvy 15 tahun dahulu, Saharudin Busri untuk menghidupkan kembali legasi kereta kompak yang digelar “Lotus Pertamaku”.

Walaupun sudah menghampiri satu setengan dekad, namun rekabentuk kereta tersebut masih lagi unik dan tersendiri. Savvy juga menjadi inspirasi kepada rekaan model semasa Proton seperti Prevé. Savvy 18 masih membawa DNA generasi pertamanya dan diterapkan dengan elemen yang Sporty dan Seksi kerana konsepnya lebih menumpukan kepada golongan muda yang mementingkan kepantasan dan gaya tersendiri.

Menurut Saharudin Busri atau lebih mesra dengan panggilan Wak, Savvy 18 adalah nombor bertuah untuk untuk tarikh pelancaran kereta konsep ini dan nombor simbolik umur golongan muda yang matang untuk memiliki kereta ini. Beliau berharap pada 2018, Proton dapat mengembalikan kegemilangan Brand Proton dengan bantuan Geely.

BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

Dari segi rekabentuk, Savvy 18 disuntik dengan beberapa elemen baharu terutama bentuk-V di bahagian logo hadapan dan belakang yang merupakan karektor yang utama untuk model ini selain garis sisi yang dinamik pada pintu tepi kereta ini untuk menampakkan keunikan dan imej yang lebih sporty. Garis pembukaan hud di bahagian tepinya pula menyambungkan jalur krom dengan garis bahu sisi krom hingga ke bahagian belakang, juga merupakan elemen rekaan penting selain bentuk cermin yang berlekuk seperti model generasi pertamanya.

Tidak lupa juga kedudukan corong ekzos di tengah yang mengekalkan identiti asal Savvy. Antara unsur rekaan baharu yang diterapkan adalah tiang-A krom yang direka seperti kereta cabriolet untuk menampakkan gaya coupe yang lebih mewah dan bergaya. Lampu hadapannya pula disorokkan pada posisi bampar, selain lampu nyalaan siang LED (DRL) yang bersambung dengan dengan jalur krom hadapan yang nampak lebih futuristik. Lampu belakang pula menggunakan elemen rekaan dari kereta sport yang nampak menonjol dalam bentuk 3D.

Secara keseluruhan, rekabentuk Savvy 18 nampak ringkas dan permukaan badannya dipisahkan dengan dua-tona warna yang kontras, secara visualnya menampakkan bumbungnya seolah-oleh terbuka seperti sebuah cabriolet. Akhir sekali, Saharudin Busri berharap Proton dapat menghasilkan design kereta yang lebih menarik dan futuristik pada masa akan datang yang sesuai dengan citarasa orang Malaysia dan diterima di peringkat global.

Apa pendapat anda dengan rekabentuk Savvy 18 ni? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply