ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah Perdana baharu untuk kegunaan kerajaan!

Views

perdana r 2

Hari ini dengan rasminya Proton Perdana generasi baharu fasa 1 telah diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya. Model yang merupakan versi rebadged Honda Accord generasi ke-8 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi pegawai kerajaan untuk menggantikan Proton Perdana sedia ada dan Inspira. Untuk Perdana Menteri dan Timbalannya mendapat versi limosin khas. Foto-foto ini telah dikirim oleh beberapa sahabat, Aiman, Nizam dan Saiful melalui email sebentar tadi. Terima kasih. 🙂

* Nantikan kemunculan versi Perdana baharu sepenuhnya fasa 2 yang sedang dibangunkan ketika ini dan bakal dilancarkan ke pasaran pada tahun 2015. Dengar cerita penanda aras Perdana baharu nanti adalah model-model berprestij dari British dan bakal dibangunkan menggunakan platform Honda Accord generasi ke-9. Tunggu info lain pula selepas ni.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

63 Comments


  • rim lawa (Y) , kilat lawa … tpi harap2 kaler hitam yg ni x sePUDAR cat hitam proton kebelakangan ni , inspira n preve (model lain x brpe prasan) punye hitam nampk sangat tak HITAM nye … 😀 , rim lawa


    • aku heran jgk kenapa body paint proton mcm cepat pudar..sebam, keta lain still shining pd usia sama.. Proton pakai cat buat sndiri ke..ingredient taruh tepung jagung kot hahaha..


    • dh mmg kaler TRANQUILITY BLACK proton camtu. nmpk seakan2 hitam yg pudar (mmg x lawa.hehehehe…) klu nk hitam pekat nma kaler msti lain.


    • ko nk bikin fresh design.. bape puluh juta plak Proton nk invest utk just dua biji limo ni je? kan Phase 1.. for Govt. releks le bro.. kang org2 pndai ckp, ckp membazir wang ‘rakyat’ plak..


      • ko pasti ke aku yg nk menyumpah?

        inb4 kos bla bla

        cuba ko tgk kete eropah, kalu masuk cina, long wheelbase punya cmne.

        kalu xpernah tgk, rajin2 kn g website diorg.

        sokong proton, sokong juga.
        tp bukan sokong membawa rebah.


        • Habes tu ko nk ape sbrnye? nk ubah wheelbase byk2 itu melibatkan development chasis baru.. bape ratus juta RM nk kasi buang plak?
          ko sokong bawak rebah lah tu.. PM dgn TPM je yg nak pakai..bkn nk jual kt kedai Edar pun.. wtpe Proton nk bzirkan RnD bikin utk 2 org ni jer..lainlah kalo Proton dh mcm Bentley ker..


        • alahai adik kecik, gamba mata pun tengok anime lagi..memang la hang tak paham..belajar la bisnes sense sket. dah dia terang2 kata first batch just for gomen use..dah tentu la minor facelift dari accord aje..kalo proton tak supply to gomen rugi la depa, cos gomen aritu dah nak bli kat honda, even tho kat malysia is the same company under drb, tapi better la cashflow tu masok ke proton instead of honda so bole la dia generate revenue for funding of the d segment proton yg dah memang amik dari 8th gen accord pun. gomen beli bukan sebijik je macam basikal bmx kau beli semalam tu. gomen atas dasar support local brand of cos la setuju even tho use the same face as accord..

          nah amik botol susu ni pegi main jauh jauh..


  • Apakah perbezaan antara yang versi hitam (bukan limo) dan versi kelabu?
    Perbezaan dapat dilihat dari rekabentuk rim yang digunakan.


  • “Are you sure this is proton? i thought this is honda accord”.

    “Yes..but proton rebadge honda accord for our official car”.

    begitulah perbualan antara diplomat asing dgn seorang menteri malaysia ketika bertemu di majlis rasmi.

    hehe


  • LIMO RIM 18 (LIMA BILAH)SAMA DGN WARNA HITAM ENJIN 2.4.WARNA KELABU ENJIN
    2.0 RIM 7 BILAH.BELAJAR DARI YANG TERBAIK UNTUK JADI YANG TERBAIK WALAUPUN TERPAKSA REBADGE.


      • no. Preve is original from proton based on Tuah concept car. Not related to inspira. I believe, inspira phased 2 will never come out. it might be phased out after proton has their own D segment car in 2015 (hopefully).


  • Oleh kerana ini adalah accord gen 8, aku tak pasti sama ada proton mengubah apa2 untuk menambah keselesaannya. aku pernah memandu kereta ini, dan mendapati NVH nya kurang memuaskan berbanding kereta sekelas dengannya. Lebih selesa memandu/menaiki camry berbanding accord 8th. Cuma untuk accord baru, Honda telah mengatasi NVH yang kurang memuaskan pd model accord 8th gen.

    Tapi takpelah..menteri2 pun selama ni naik perdana lama je. so telinga dah biasa…hehe


  • Betul ke guna Gen 9 untuk Perdana Fasa 2 dan enjin Petronas??
    Then what’s the point of using this Gen 8 for government, bail terus guna Gen 9!
    Abang Najib victim stock clearance Honda ke?


    • Pada pendapat aku, kalau Proton tak buat apa2 ms kerajaan dah putuskan nak pakai Honda Accord (gen. ke-9) beberapa bulan yg lalu, rasanya peluang Proton nak terus jd kereta rasmi kerajaan akan terus kabur. Jd ini mungkin salah satu langkah nak `secure` dlu supaya kerajaan terus kekal menggunakan jenama `Proton` sebagai kenderaan rasmi negara. Suka atau tak terpaksalah Proton labur sikit (100 unit Accord gen. ke-8) sementara Proton keluarkan model gantian sebenar Perdana (samada rebadge/sharing platform). Dulukan dah pernah juga consider Nissan Fusion & sebagainya…jd mungkin dlm masa yg singkat ini, ini yg Proton sempat… :D…tp kalau usaha sama ni sekadar rebadge, tak mungkin la nak tukar enjin apa semua tu melainkan perkongsian platform. Inspira tu pun nak tukar suspension sistem & air-intake pun bukan sikit punya nego tu dgn Mitsubishi sblm dibenarkan.


  • Menurut Mohd Khamil, Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

    “Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

    “Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan,” katanya.

    http://www.malaysiakini.com/news/249108


  • Satu perkongsian;

    Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

    Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

    Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

    http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/proton-pengeluar-kereta-atau-punching-bag-norzafry-norhalim


    • Bangsa Melayu memang selalu macam tu. Bila ada depan mata semuanya tak elok. Bila dah tiada baru nak agung agungkan. Contoh terbaik Tan Sri P.Ramlee.. Betapa susahnya dia hidup dikala nyawa masih di badan.. Namun lepas meninggal semua orang sanjung.. Bila dah tiada Proton barulah semua akan menghargainya walaupun sekarang masih tak nampak apa yang bagus kat Proton.

      Ouh dunia~


      • moralnya.. tk bersyukur dgn apa yg ada..org Melayu mudah lupa.. legend of Malays.. bapak kaya anak lupa dh.. atuk miskin dlu.. hahaha


    • sendiri tak pakai proton ada hati nak backup proton
      pakai dulu la bang baru komen

      sapa yg pakai proton saja yg tahu hazab tak hazabnya kereta proton
      sampai ke penutup tank minyak kereta pun ada problem nak buka tak boleh
      apa punya syarikat pengeluar kereta ni?

      (bunyik nyik nyok nyik nyok dlm kereta itu adalah pekara biasa)

      bersyukur…


  • ni bukan takat long wheelbase dah.. ni ultra long wheelbase hehehe.. 8 bulan je gov bg masa nak develop kira ok la tu.. kalau dpt 1 tahun setengah mungkin proton boleh bikin cantik sikit kot..


    • kos lg bro.. bape kerat sgt Govt nk pakai limo..
      mau tukar Govt mana tau..tiba2 tukar semua keta (mcm penang/perak dlu)..lg naya Proton.
      bg aku ok lah tu bg stage skrg.. kena berhematlah costing.. dlu zmn GLC boleh le buang byk duit..skrg dh berkorporat Proton bkn anak emas Khazanah lg..


  • GUA TAK LAYAN ORANG BODOH INI SEMUA RED BEAM ARMY .CHINA INDIA NEGARA YANG BESARPUN TAK BERANI KERETA LUAR MASUK SEWENANGYA.PROTON KENA LETAK DEPOSIT YANG TINGGI.MALAYSIA MEMBENARKAN KERETA CHINA BEGITU MUDAH MASUK.DAH DIBERITAHU AWAL PROTON REBADGE HONDA PUN MASIH BODOH.DAH CUBA PRODUK PROTON SUPRIMA S.


  • relak brader,brader relak. bg den,mmgpun yg long wheelbase tu nampak copy n paste. den stuju. tp kena gak ingat, yg long wheelbase tu untuk pm jek,maknenye,sebiji kete jek.

    yg lain,wheelbase same jek cam accord. sbb tu yg org ckp nanti melibatkan kos tinggi,org mrh,ngabis duit plak. berbaloi ke wat rnd hatta satu juta semata2 nak wat kete pak jib jek sebijik. mgkin depa anto kat ace engineering utk panjangkan,sbb utk p.m n minimum spending untuk supaya xdalah kete p.m kete potong sampai bwk bleh patah dua.

    ini rasenye projek yg xdala untung ngat bg prtn skrg,tp langkah awal buka jalan utk jv yg lebih luas dgn honda. yg sblm ni,hanya on paper jek ngan mitsu n nissan. tp kali ni atleast,dah materialised dgn hnda,walupun utk gomen jek. tp dah buka jalan utk hnda bg platform accord lama. atleast accord lama 5 star ancap xslh den, yg br 4 star jek.

    buat ape nk amik yg br yg hnda sendiri pun kena buat improvement supaya accord br dpt 5 star. klu hnda dh buat smula,dpt 5 star,sapa tau prtn bleh amik yg generasi ke 9 utk perdana replacement mass market.

    dl masa inspira,xslh den itu cubaan prtn nk jv ngan mitsu develop enjin br n nk guna platform mirage utk gsc. tp xkesampaian,mgkin ada term yg xkena.

    gitu gak masa nk rebadge fuga sbgai perdana,pd masa sama nk intai peluang jv n sharing platform march utk gsc n jv wat engine. tp xkesampaian.

    tp kali ni,mcm den ckp,langkah awal jv dah berjaya,cume intai peluang utk jv yg lebih menguntungkan akan dtg.

    mmg prtn ada lotus,tp jv ngan lotus,xuntung sbb nanti akhirnya prtn gak tanggung sume sbb lotus,prtn yg kuar duit. baiklah jv ngan company lain, n gunakan lotus utk usp.

    bmwpun jv wat engine prince sbb nk jimat cost sbb kete dia xbyk guna engine 1.6. toyota sndiri jv pkai engine bmw diesel. toyota jv buat kete n engine ngan subaru. mazda jv toyota guna hybrid toyota.

    klu tgk,toyota yg bkemampuanpun byk wat jv. tp xpelah,dia nama beso,ramai nk jv. tp prtn,perlukan langkah pertama.

    so,relak brader,brader relak. tgk style skang,drb bkn jenis gopoh,sbb tu lambat nk announce plan. den tgk,bile mcm hampir cnfirm,br depa announce.

    ambitious is good,but over ambitious can do more harm than good. sory ckp english pelat.


    • itu aku tkpaham komen2 stgh2 tu dh kira ‘otai’ kt sini tp boleh kasi komen yg sbliknya..common sense sebiji dua je utk govt ok lah tu.


        • komen songsang ko ckp dh sedar?
          aku sedar lame dh sbb tu aku support Proton.. slg direction betul.
          16 tahun aku dh pakai Proton Alhamdulillah setia smpai skrg..
          ko bile lg nk ubah? minda tu..jajahan
          dendam dgn Proton sejak bile?


  • Aku tengok orang2 ni m3mbuatkan aku jd tak faham.. bila proton buat preve ada yang kutuk berganda2, keluarkan suprima pun sama.. sebelum tu exora pun sama.. dan model2 sebelun tu pun sama juga kena kutuk.. apa yang diaorang nak? Nak proton buat kereta sendiri.. exora preve suprima saga satria neo … aku suka mat punya komen..


  • walupun den rindu kat dsz,den dah suka dgn cara drb skang walupun ado gak den xstuju.

    den suka cara drb x men SV kan preve n suprima sbb den nak preve n suprima kekal safety equipment dia.

    mcm den penah bgtau dulu,antara nk jimat kos,minimumkan production line. bg yg mampu angkat saga,belilah saga,asalkn xda kurang safety dia. yg mampu lg,bleh angkat persona cam persona sv,yg mampu lg,angkat preve iafm skang dh 5 star ancap,lg mampu,angkat preve tubo,pun 5 star dah.lg mampu,angkat suprima.

    nanti,xda dh persona,bio tinggal gsc n saga replacement segmen b n bio safety tip top n xlupa juga fc, preve,suprima n perdana replacement.

    tgh tggu drb lancar exora 4 airbags bg pelengkap. nanti exora replacent,klu bleh 8 airbags.

    bio org beli ikut kemampuan,yg pasti safety lengkap. br stiap produk balance jualannya. xdala nanti ada org beli preve kosong sbb murah,sdgkan bleh dpt full spec saga replacement. safety 1st. fc pun perlu jimat. brlah value for money. quality jgn lupa plak.


    • saya rasa proton dan boleh tawarkan kereta dengan spec yang bagus. Cuma 1 je lagi yang proton belum capai – BUILD QUALITY.

      Saya sendiri sebagai antara pembeli Preve terawal mengalami pelbagai masalah. Malah rakan saya yang membeli preve terkini pun ada yang mengalami nasib yg sama.

      Sayang sekali kalau kereta dgn spec yg canggih, tapi build quality sangat2 mendukacitakan. Sudah tiba masanya proton bekerja keras untuk memastikan kualiti pada kereta generasi baru mereka lebih baik.


  • YA BETUL CIK MAT DALAM AKHBAR MENYATAKAN PROTON PERDANA 2015 MENGGUNAKAN PLATFORM ACCORD GEN 9 .LUAR DAN DALAM REKABENTUK PROTON.HANYA KONGSI PLATFORM.KERETA ELEKTRIK PUN BAKAL MUNCUL TERMASUK HIDBRID.CAYALAH PROTON.


    • cayalah proton byk2 … proton dari dulu memang kuat bermimpi… mimpi hibrid mimpi itu mimpi ini …tapi sampai kesudah tido saja kejanya…


      • Ko ni lain mcm je r sakit hati kt proton..
        Proton mimpi apa? proces mengkormesialkan concept dh berjalan.. semua on schedule jer..
        bape juta unit ko nk order hibrid Proton?
        manusia.. yg hatinya sentiasa…tkpuas..


  • Aku mmg harap proton boleh keluarkan kereta segment D menjelang 2015 pada harga rm100k-RM120k.
    Rasanya proton tidak ada masalah untuk letak harga sebegitu jika bechmark harga preve diambil kira.


  • Inspira seolah ‘dikecam’ dan dianggap sebagai ‘non-nasional’ oleh sesetengah rakyat, tidak lama dahulu. Sekarang Honda pula bagaimana? Selamat maju jaya.

Leave a Reply