ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Suprima S masuk pasaran Indonesia!

Views

suprima s

PROTON Holdings Berhad ( PROTON ) baru-baru ini telah memperkenalkan model hatchback sporty terbarunya Proton Suprima S di Indonesia. Pengenalan Proton Suprima S di Indonesia menandakan permulaan kemasukan model ini ke pasaran eksport sejak  dilancarkan di Malaysia pada Ogos lalu. Pelancaran Proton Suprima S juga selang empat bulan selepas Proton Prevé pada bulan Jun. Proton Suprima S dilancarkan di Atrium Gandaria City Mall di Jakarta oleh Tuan Syed Hasrin Tengku Hussin, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersil) PROTON, En Hisham Othman dan En Mohd Asri Khayan, Ketua PROTON Edar Indonesia.

Hanya varian Premium boleh didapati di Indonesia dan ia menawarkan ciri-ciri seperti PROTON Infotainment dengan Sistem Operasi Android , lampu panduan LED belakang, DRL , Hill-hold Assist dan Park Assist dengan sensor letak kereta bahagian depan. Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin 1.6L Turbo PROTON dengan transmisi 7-kelajuan ProTronic CVT dan ia memberikan kuasa dan kilasan bersamaan dengan enjin 2.0 liter beraspirasi semulajadi. Enjin 1.6L tersebut menghasilkan 140 PS pada 5000rpm dengan kilasan maksimum 205Nm dari 2000 hingga 4000rpm. Seperti semua model Proton dinamik pemanduannya telah dipertingkatkan dengan LOTUS Ride and Handling.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuk enam beg udara, Anti-Trap Power Window, ABS, dan ESC dengan Traction Control. Selain itu Proton Suprima S dilengkapi dengan rim 17 inci dan skrin sentuh 7-inci dengan sistem navigasi. Ciri-ciri tambahan dalam varian Premium termasuk kerusi kemasan kulit penuh, Push Start Button, Paddle Shift  dan auto cruise.

Pada pelancaran itu , PROTON juga telah memperkenalkan Proton Exora Star FL, varian baru terlaris Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Exora, yang didatangkan dengan lampu depan dan belakang serba baru selain bumper depan belakang serba baru. Proton Suprima S dijual pada harga IDR275 juta (harga atas jalan termasuk insuran) dan boleh didapati dalam lima pilihan warna : Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetik Silver dan Atlantic Blue.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments

Leave a Reply