ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

SPYSHOTS : Model gantian Proton Perdana/Accord ditemui!

Views

Proton-Honda-Accord-Perdana-Replacement-007

Ini merupakan spyshots pertama model gantian Proton Perdana/Accord yang telah dimuatnaik di laman web paultan.org sebentar tadi. Model gantian Proton Perdana/Accord telah berjaya ditemui di R&R Gombak oleh Khai RULE Cultus. Model ini buat permulaan hanya untuk kereta rasmi pegawai kerajaan dan bakal menggantikan model Perdana dan Inspira.

Model Proton Perdana/Accord akan mempunyai 2 fasa, fasa yang pertama sebagai kereta rasmi kerajaan dikatakan bakal dikeluarkan penghujung tahun ini dan 2 tahun selepas itu akan ada model untuk pasaran tempatan yang berkemungkinan besar akan menggunakan platform sedia ada dengan rekaan yang berbeza. Jika diperhatikan spyshots ini, jelas kelihatan logo Proton di steering dan ada beberapa tampalan camo dibahagian gril, bumper hadapan dan belakang.

Setakat ini belum ada apa-apa info selanjutnya dan yang terkini saya mendapat tahu model GSC telah mula menjalani ujian jalan raya. Jadi kalau ada yang terserempak dengan kereta bersaiz Myvi dan berkoyok, mungkin itulah GSC. Kalau sempat tangkap gambar email la kepada saya ye. Kita kasi hangat balik blog ini, hehehe 😉

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

74 Comments


  • Nice n good job..dengan ad tmbahan Proton Ride & Handling msti lg best dari accord..interior pon nmpak kemas..tp malang seribu kali malang..rebadge larr..bile proton nk buat Segmen D sendiri ni…x saba nk test drive model ni !! ^^


      • xp…ni fasa 1..3000 unit terawal dikeluarkan khas utk kerajaan..tp fasa dua makan masa 1-2 tahun..guna design baru untuk market…mcm inspira dan preve’..tggu je..yg penting..proton membuat jln terbaik bg membaiki imej dan meningkatkan kualiti….


    • Encik Mamat…rebadge (—-> tukar logo) ni dlm automotive adalah perkara biasa dan ini adalah ‘win2 situation’ dimana Proton diberi ruang berkongsi platform segmen D yg kosnya bukan sedikit dgn pasaran yg terhad. Honda M’sia pula yg juga dimiliki oleh DRB-Hicom masih boleh mengekalkan/meningkat jualan melalui pengeluaran/pembuatannya (model/generasi kemudian) bahkn mungkin boleh membawa model baru yg lain ke pasaran M’sia. Mungkin bila ini terjadi, dapatlah pengguna merasa/mampu utk memiliki segmen dan kualiti yg dihasilkan oleh jenama Jepun ni (teknologi)…


        • Level playing field macam mana tu? Tongkat bagi dkt import automakers supaya buat CKD dapat incentive tax rendah macam Proton tapi jual kereta CKD harga kurang 1000 tapi spec lagi rendah dari CBU? Macam tu ke?


          • masalahnya mahathir tak dapat nak tengok bahawa nak buka manufacturing car company u need volume. carmakers dapat volume one million cars a year n dengan itu pun susah nak keep afloat. tapi proton after 10 years kot baru satu juta. macam mana nak offset cost R&D. thats y cant buat platform baru, terpaksa rebagde.

            kenapa CKD dibenarkan? takkan sampai mati yang macam Madani kata dalam NST, “oh kita ada kereta murah macam saga dan viva” …takkan beli aje saga dengan viva?

            gov dah tahu dah..they cant hold/protect proton any longer..cant protect..perasan tak, kia/mitsu allowed to price at 55 to 60k? u think even with incentive with tax they can go that price? its all from MITI and MOF.

            tapi benarla kereta macam Toyota and Honda kosong spec n jual mahal, sebab demand macam itu memang banyak, selepas berzaman beli kereta yang tak berquality, they just want simple trouble free cars….

            anyways this argument will never end, sorryla if i singgung perasaan anda.


          • kalau nak argue soal dasar automotif, pasaran tempatan, CBU, CKD & sebagainya sampai bila tak sudah bro (semua org suka barang baik harga murah)…dr soal political, both side dah sentuh soal harga…tp xde apa2 pun..kita dok `pom-pang` pun xguna…yg tu kita argue kt tmpt lain…admin boleh buka kot topic baru….hahaha

            yg kita berckp skrg model yg Proton rebadge ni…sejak azali lagi Proton xpernah develop sendiri segmen ni…so, tak kisahla nak pakai kerete keluaran apa pun…so, xpelik pun bila Proton guna Honda memandangkan kedua2nya dibawah DRB-Hicom. yg menarik utk dibincangkan/diperdebatkan/dibangkang/dikutuk ialah soal pemilihan model generasi ke berapa, soal sasaran pasaran, soal harga, soal alat ganti…dgn persepsi/imej kereta Jepun yg baik di M`sia…aku rasa ianya satu pilihan yg betul….dlm byk2 pengeluar kereta, umum di M`sia tahu yg kereta2 Jepun lebih `reliable` baik dr segi jenama, kualiti atau efficiency…Proton kena ambil peluang ini utk belajar/perbaiki kualiti sedia ada (wpun kita tahu sukar nak belajar dgn jepun [kedekut..haha])…

            mmg betul lagi tepat bila kita kata nak jd champion dlm business salah satunya volume..dgn kedudukan jenama Proton ni, susah nak jual model2 dlm segmen yg lebih besar memandangkan sasarannya adalah `higher income group`..jd org2 mcm ni mereka melihat jenama & imej satu benda yg penting..jd utk itu dr segi strateginya mmg tepatlah kalau `small player` mcm Proton lebih menumpukan pada segmen2 yg lebih kecil..cuma yg penting wpun segmen kecil, isu2 reliability, quality, efficiency, specification tak boleh amik mudah…suka atau tidak, kena mula dr bawah…kalau bukan soal sentimen jenama, aku rasa Proton takla seteruk mana…ada juga bahagian2 tertentu Proton lebih baik berbanding pengeluar Korea, Jepun atau Conti…give credit where it`s due…peace!


          • well said Ajie…
            daripada dok argue pasal dasar ekonomi tu baik pg buat benda lagi berpaedah…
            skang ni bersepah dah org pakai keta import mahal2..xkira la melayu, cina , india , pakistan semua dah ramai yg mampu….dasar ekonomi sama je diorang pakai pun…just another perspective to look at current situation, nothing personal yer..


  • haa ni laa model yg saya nampak dekat s.alam plant masa bulan september lepas..tapi sedikit kecewa dengan rear lamp nampak hodoh..rim nampak macam 17′ tapi maybe body besar tu pasal la nampak rim kecik..kalau spec macam suprima,enjin 2.4,price tag below 110k..fuhh memang boleh makan cerato,civic n all new altis..btw buat sebijik kereta bukan macam buat anak..bersyukur laa proton boley rebadge honda n mitsu(inspira) nak harap ‘perutdua’ sampai berjanggut la tukar bumper je..good job proton..


    • default rim 16″, cuma lebar dengan series je yang beza dgn kereta segmen C proton. klu 17″ tu mgkn untuk varian yang lebh tinggi, huhu


  • Tp mcm menarik jgk kalo ad 2 versi, satu mass produced, satu goverment fleet, nmpk eksklusif skit. Yg mass produced nnt bg la latest design yg lbih sporty dn canggih… Platform sme tp 2 design berbeza


  • Ingatkan rebadge model baru, rupanya honda bagi model lama dia rupanya. Jepun/DRB juga yang untung…Model dah tak dijual di pasaran, diberi kepada kerajaan.

    Kenapa perlu direbadge kereta honda ini untuk dijadikan proton? Adakah nampak patriotik dgn hanya kerajaan memakai kereta honda yg ditukar logo kpd proton? Sepatutnya DRB tak payah lobi kerajaan untuk tukar logo, pakai je honda accord. Sebagai pencinta proton, ia adalah satu langkah memalukan oleh pihak DRB.

    Rebadge tak salah, tapi biarlah dengan cara yang lebih bermaruah.


    • sabar bro.. bru spyshot anonymous.. jgn gelabah sgt.. tggu official dlu cmne then baru kutuk kaw2 klu kes cm atas tu btl2 jadik.. heheh..


    • Mungkin dgn langkah ini, Proton berpeluang menjalin kerjasama dgn Honda Malaysia…berkongsi platform, strategic partnership dan sebagainya…tempias jenama Honda mungkin terpalit sedikitt pada Proton bagi memperbaiki imejnya…


  • Sbb nama HONDA org ckp bagus.. tp klu tgk design atas tu hodoh nk mampos2.. jauh beza Preve lg cun molek.. itule mental Malaya.. apa leh buat.. anyway gud job Proton for next segmen D car.. Perdana V6 telah berpangkat ‘ATOK’ 🙂


  • kiranya kalo proton rebadge kete accord ni..so sparepart akan jadi murah sikit la kan…. sparepart cop proton punya….

    tapi kalo proton still maintain pakai engine k20a(2.0 ivtec) mmg terbaik…engine lasak tu….
    kalo pakai k24a(2.4ivtec) mmg problem la jadi nya…….

    xsabar aku nak tunggu..(sebab bapak aku pakai accord generation ni(yg facelift punya) problem die slalu 02 sensor cepat kong…………. sekali kene rm259.00..hehehehe


  • aku harap2 lah ni hanya mule.. pasal aku harap sgt proton dpt develop design sendiri, walaupun pakai chasis honda…

    anyway, seblom2 ni pun dah byk yg share info, kete2 ni khas utk kegunaan govt je, not for public.. mass public akan dapat design lain… kete2 ni akan dimaintain oleh spanco, dan lepas habis contract diorg tak dibenarkan utk jual kete2 ni..


  • yes, kos berkait rapat dgn market share global yg contribute volume sales Proton. slg main dlm kg je.. xlepas lah nk bikin best punye at lower cost..


  • Rebadge tak akan membantu Proton menjadi pemain automotif bertaraf global..itu hakikat yang kita semua seringkali nafikan. Bermacam-macam alasan boleh diberikan bagi mewajarkan tindakan Proton melakukan rebadge model Honda Accord kepada Perdana baharu, yang pasti daya saing Proton ketika ini kekal sama seperti tahun-tahun 90an dahulu. Paling menakutkan, sudah beberapa tahun Proton gagal mengatasi jualan kenderaan dari Perodua, sedangkan Proton suatu ketika dahulu mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya disebabkan sekian banyak perlindungan dari kerajaan.


    • Sebagai perbandingan model2 proton dgn jenama terkenal di malaysia

      Honda malaysia – Accord, civic, city, jazz, crz, insight, crv, stream, freed
      toyota malaysia – camry, altis, vios, avanza, innova, rush, hilux, fortuner, prius, hiace
      nissan malaysia – teana, sylphy, latio, almera, livina,serena, elgrand, frontier, navara, x-trail,
      naza kia – optima, cerato, rio, picanto, sportege, sorento,
      hyundai – sonata, elantra, i10, tucson, santa fe, starex, veloster

      proton malaysia – Nil, inspira, preve, preve hatchback@suprima s, persona, saga, satria neo, exora, nil, nil.

      bila tak banyak model range, mmg susah nak untung banyak. nak harap jualan saga SV, dari segi angka jualan mmg nampak meningkat, tapi margin untung kecik.


    • Cadangan anda bina Proton Perdana yang kos 700-800 juta. Lepas tu jual paling murah 110k (paling murah D segment)… dengan harapan orang malaysia akan beli semata-mata proton bina sendiri? Ini business sense anda?

      Sanggup anda beli Proton 110k? Ini D segment


  • Bnyk bnde boleh diperdebatkan tp kena fikir jgak bussiness consideration n pride consideration. Mne yg lebih pnting. Nk best engineered mcm british tp tgok mne diorg skrg? Spe owner brand diorg skrg? Yg mne sale bagus, bwt from scratch, yg low volume share je tech. Xdenya istilah xkn kehadapan ke apa. Preve n suprima skrg standard 6 airbag n esc bg saya dh nmpk to a good direction. Yg proton masih lemah skrg cme quality assurance. Sekurang2nya malaysian skrg dh didedahkan dgn safety features yg maju. Kalo x preve standard with esc, smpai skrg komfem bnyk kete bwh 100k x offer bnde ni. Cuma yg sy nmpk skrg kelemahan rebadge p1 ialah kurg kebebasan untuk reengineered. Nmpk x logik inspira 90k ad 2 airbag tp preve 70k ad 6 airbag n esc. Harap2 PRM ni at least spec on par dgn preve n suprima. Risau jgk sbb dulu accord 2.4 pn ad 4airbag n esc je.


    • Saya tak nampak Proton boleh upgrade safety feature pada Accord 2.4. Apa yang ada pada Accord, itulah yang paling maximum Proton boleh bagi. Memasang airbag, ESC dan traction control tak sama macam merekabentuk bumper yang ada DRL.

      Sbb tu Inspira sekadar ada 2 airbags je. Sbb Lancer GT RM125k tu pun ada 2 airbags.

      Kalau Proton rebadge Camry 2.5V, kita takkan dapat VSC pada Proton Camry tu..


      • Harap fasa 2 utk platfor shared (kalo btul) ad pnmbh baikan utk safety features. Sptutnya xde isu kot time tu sbb design dh lain. Ke honda kedekut gak? Hahaha


  • ok la ni Honda Accord pada harga Honda Civic….sapa nak bagi benda camni?
    yg korang doh kecoh2 sikit tu apahal?
    ni kira another option pada customer la…peg beli convert balik accord la apa susah…macam tak biasa pulak.haihhhh


  • untuk pegawai kerajaan n vvip je…lg 1,HONDA ni kemut nak bagi design dia…
    dah memang dasar org jepun mcm tu…tu yg boleh ubah logo and bumper je…


  • honda malaysia nowadays brings in US accord which looks vulgar.
    while euro accord looks cleaner.

    since proton is into European designing tone. US designing theme quite antagonizing.


  • aku boring cerita dengan orang yang ambik setengah setengah. salah satu nya ialah pasal hal volume. and lagi satu argument yang selalu dorang bawak ialah, ada manufacturer yg sama umur dengan proton, tapi now dah jadi sangat global. cerita orang-orang macam ni ialah tujuan dia untuk jahanamkan proton. dan PUAS kan hati sendiri. dia takdak sifat nasionalis. tiada sifat nak kuatkan produk sendiri.

    malangnya dua sifat inilah -nasionalis dan patriotisme- yang sebenarnya menjadikan sesuatu brand tu sangat besar dan maju. dan sifat ini lah yang selalu tiada didalam diri orang yg selalu komplen dan nak tutup proton sebab kata mereka proton tidak berkembang.

    dorang taktau kah bahawa protectionism ni wujud. tak kira la brand apa sekali pun. ini bukan nak side proton, tapi tahukan mereka satu brand yang mereka (pengkritik bodoh ambil sekerat sekerat) kata sama usia dengan proton tapi sekarang dah global, brand itu pun bermula dengan protectionism yang lebih dahsyat,

    bayangkan TIADA satu pun brand luar yang boleh dijual (kecuali dengan kebenaran khas) seperti yang berlaku dinegara kimchi satu ketika dulu? tak percaya gugel sahaja lah. kimchi automotive industry. disitu kamu akan tahu dahulu betapa dahsyat nya protectionism yang berlaku. of course time tu, there were many people argue. just like u did – kenapa ada protectionism? kalau tiada protectionism for sure people can buy better and more efficient vehicles. kemudian pengkritik bodoh seperti ni semuanya berlalu dan generasi mereka luput ditelan masa. then at the same time, a new generation that was/is very proud with their goods. sehingga kan dalam drama pun letak kereta kimchi made. dalam variety show pun ada diajukan soalan ‘is this korean anchovies?’

    sampai begitu sekali semangat dia orang. then apabila ada semangat nasionalis dan patriotik ini, maka secara LANGSUNG industry automotive kimchi dapat naik. kerana orang korea BELI barang korea. dan ‘masalah’ volume pun SELESAI.

    ok so bayangkan kalau sekarang kita buat mcam kimchi dulu? satu kereta luar pun takleh jual sini. for sure masalah volume akan selesai dan capital proton akan meningkat. boleh cover R&D dan sebagainya. 20 juta rakyat. 1/4 beli, dah ada volume 5 juta. tapi kalau kita buat gini, haaaa kau abis demo keluar tahik sekor sekor.

    silap lah. patutnya mahathir buat macam kimchi buat. no import car. use all proton.baru lah boleh jadi seperti ‘brand yang sama usia dengan proton, dan menjadi global’


    • ye, saya sangat setuju… tapi orang kita ni, pandang barang luar lagi hebat… semua hebat… bukan tak bagus…tapi barang kita sendiri jangan kita anak tiri kan… 🙂


    • Zaman kelahiran syarikat automotif korea, jepun, eropah dan usa adalah zaman di mana era globalisasi belum meledak seperti zaman sekarang. Sebab itu mereka mampu mengawal pasaran, polisi tanpa sebarang masalah besar.Sekarang adalah zaman perdagangan bebas. Malaysia pun dah banyak menandatangani perjanjian perdagangan bebas, ( WTO, AFTA) dan banyak lg perjanjian yg akan menyusul.

      Adalah mustahil untuk menghalang kemasukan kereta2 dari luar untuk dijual di pasaran Malaysia. Adakah tidak membeli proton anda berasakan seorang itu tidak bersifat patriotik dan nasionalis? Jika anda berpendapat begitu, pemikiran anda adalah amat cetek sekali.

      Anda tidak perlu menafikan faktor volume atau economy of scale yang menjadi pendebatan utama kerana ia adalah hakikat, dan pengurusan proton sendiri akui mereka perlu menjual/mengeksport lebih banyak kereta. ia satu perkara yg tidak boleh dielakkan jika mahu menjual produk pada harga yg kompetitif.

      Sekarang pun proton sudah tidak dilindungi dan menjadi syarikat persendirian. Golongan berpendapatan tinggi akan semakin ramai. Syarikat luar juga sudah pasti mampu menjual kereta mereka pada harga yg mampu dijangkau oleh kebanyakan rakyat golongan pertengahan. Di saat itu, pembeli akan melihat diri mereka sebagai golongan “consumer” yang mempunyai pilihan dan citarasa tersendiri. Umpama tak suka Samsung, boleh beli LG, HTC, sony, dan lain2 jenama di pasaran.

      Proton sudah di era globalisasi. Ia sama seperti syarikat lain yang akan cuba memasarkan produk mereka dan cuba memenangi hati pembeli. Dan itu yg sedang mereka laksanakan sekarang. Proton tidak pernah mengiklan, menjual dan memujuk rayu pelanggan untuk membeli kereta mereka atas dasar ikhsan, patriotism, nasionalisme, kerana mereka sedar consumer hasil pasaran bebas lebih bersifat selective.


      • Saya setuju dgn pendapat anda. Proton sebagai pengeluar kereta selama lebih 25 tahun patut arif ttg automotive industry dan tahu apa kehendak customer. Mereka tak boleh berada dibawah Govt protection selama- lama nya dan harus berusaha menjadikan produk mereka lebih kompetitif dalam pasaran. Ini bukan pasal patriotisme ke apa, kehendak customer is Spec kereta Proton skrg mmg bagus jika dibandingkan dgn pengeluar kereta lain tapi kualiti masih jauh ketinggalan. Masih ramai pembeli kereta baru yg berulang alik ke Proton SC untuk repair kereta dan terpaksa membazirkan cuti tahunan mereka. Apa Proton dah lakukan untuk improve product quality selama ini ?? Selagi ade kronisme dalam pengurusan, Proton takkan dapat berdaya saing globally


        • ada betulnya jugak tu…
          tapi masalahnya org mesia nak macam2 features tapi xnak bayar lebey kalo keta nasional….kalo keta omputeh…kosong pun xpe…abeh nak buek camno?
          yg pakai mercedes, bmw, audi tu xpela sbb mmng keta nasional xde nak compete ngn diorang…tp tang keta2 macam polo sedan tu camne? kosong dan mahal…org beli selamba?
          Proton? 80k yg ada macam2 dlm pun org kata mahai? apa toooot ?
          eh…kalo polo sedan tu engine TSI takpela jugak kan? hahahhaa


      • you nak compare apple dengan apple, fine, boleh. tapi compare sebijik apple. jangan you compare benda yg u nak compare, and then benda yang buat you kalah u tanak compare. conveniently ignore. you pergi baca sahaja lah korean automotive industry background. baca dulu jangan cepat sangat melatah. you tak baca, then you datang sini nak perlekehkan hal patriotism. benda ini nampak simple, tapi kau bayangkanlah, dari perasaan itu lah yang boleh membuka laluan yg lebih besar.

        memang orang yg tidak guna product keluaran negara dia, tidak patriotik macam orang korea. saya highlight korea sebab banyak sangat compare kereta malaysia n kreta korea. macam saya cakap tadi, drama korea semua ada kreta korea. and ikan bilis pun tanya ‘ini ikan bilis korea?’

        untuk menghasilkan perasaan patriotik sebegini seperti korea, memang memakan masa. silap lah mahathir tak paksa seperti orang korea kena dahulu. kalau 20-30 tahun lepas dah buat gini, golongan yang menentang smua either dah tua atau dah mati, so golongan baru yg dilahirkan 20-30 tahun akan mempunyai identiti patriotik yg lebih berbeza, lebih bagus. benar proton tak pernah merayu suruh beli diatas nama patriotik semata mata. semangat patriotik tu, datang dari diri sendiri

        you takkan faham sebab your view pada proton ialah disebabkan proton, you tak boleh beli kereta murah.and to make matter worse, orang macam you ni akan suggest proton tutup sahaja lah kununnya rugi.point to me where proton is rugi? this industry gave malaysia too much, not only in monetary terms. tapi sebab u concern sangat hal diri sendiri, then of course la u akan menyalak pasal financial sheet.

        berkenaan dengan volume, smua orang tahu kepentingannya. tiada siapa bangkang. tapi dengan patriotism, masalah volume selesai dengan mudah. pernyataan ini, orang macam kau akan overlook dengan sengaja. sebab ianya tidak memenangkan ataupun membenarkan apa yg kau nak argue.

        aku takdak masalah. aku tetap nyatakan patriotism and protectionism ADA untuk SEMUA jenis benda. terutama industry motoring. this is something NO ONE can argue. lie down and accept it.

        and ah lagi satu, GST applied dalam jualan kereta. so no more sales tax 10%. now GST is 6%. so this is atleast 4% tax LESS. car prices MUST go down. the government already done its job (partially), so if car prices DO NOT COME DOWN, then blame the DEALERS.

        tax = less, but price maintain = bigger profit margin = dealers fault


        • selepas membaca kenyataan anda, saya berasakan betapa mudahnya anda membuat kesimpulan yg tidak tepat atau membuat jangkaan mengikut perasaan sendiri.

          saya tidak pernah sama sekali menyatakan proton perlu ditutup. saya juga tidak pernah menyatakan kereta luar mahal disebabkan proton. kerana saya tahu, dasar ekonomi sekarang adalah bebas. malah kereta tempatan pun bukanlah rendah jika dibandingkan dgn pendapatan rakyat msia.

          kenapa anda perlu melatah jika org tidak membeli proton, dan org itu tidak patriotik? jika begitu indikator anda, lebih separuh rakyat msia tidak patriotik!

          bagi saya mudah saja. jika mampu, belilah. takkan org tu mampu pakai honda accord, mercedes, bmw kena pakai perdana dengan pemandu atas dasar patriotisme semata. realistik tetap kena ada.

          anda tidak perlu risau kerana proton akan terus wujud di msia. tapi, nak mengharapkan pasaran msia sahaja, sudah pasti hasil jualannya tidak berkembang walaupun ditakdirkan semua rakyat msia patriotik membeli proton.

          sebenarnya banyak lagi yg saya hendak tulis. tapi bgi saya sepanjang manapun ia ditulis, isu ini tidak akan selesai dgn semudah yg anda jangkakan. jika ia begitu mudah, proton mungkin masih menjual wira, perdana, iswara, waja seperti dulu2.


        • Mmm… apa2pun, kejayaan negara2 pengeluar kereta seperti jepun n korea hakikat nk terima atau tak, mmg berkait dgn patriotism n protectionism. Cuma skop 2 entiti nie lebih meluas sebenarnya bukan hanya berkisar kepada kuasa membeli semata2:) Cuma pada dimensi era globalisasi n pasaran bebas nie diorg x terikat dgn 2 entiti nie sebab diorg dah ada platform yg utuh di pasaran global dan dpt mengawal pasaran di atas keupayaan yg diorg miliki.

          X beli produk tempatan x semestinya x patriotik. Sebagai consumer kita ada right nk beli apa jua mengikut keprluan n kemampuan dan kehendak sendiri. Cuma patriotisme perlu dilihat lebih dari sudut nilai, semangat, dan sokongan moral yg padu terhadap produk tempatan. Dan ini yg sepatutnya ditekankan dan sy rasa resepi patriotisme rakyat korea n jepun terhadap produk mereka mendorong kejayaan terhadap produk mereka yg pada awalnya tidak lah sebagus mana pun.

          Cheers!


          • kalau ikut kata drMpower, awk seorang yang tidak patriotik kerana telah membeli kereta luar sedangkan proton ada menawarkan kereta dari kelas yang sama.

            Sepatutnya awk membeli kereta proton preve. jika nak pakai MPV, belilah exora. jika nak pakai kereta D segment/SUV, kena tunggu proton rebadge dulu

            hehe..jangan marah..gurau je.


          • bagi aku… kalau tak pakai kereta Proton…atau Perodua…bukannya tak patriotik…ok lah… ada duit lebih beli lah kereta idaman, yg tawarkan kepuasan pada diri…

            TETAPI, jangan la menghinjak2…mencaci, mengutuk, produk kita sendiri… kalau ada kawan2 nak beli kereta Proton… jgn la cakap kereta Proton x bagus (sori aku ni bias ke proton hehe) last2 sampai dia beli Viva…dari pada dia beli Saga yg lebih space dan ada ciri2 keselamatan yg lebih baik…last2 dia beli viva yang pada aku kurang dari pelbagai aspek.
            (Viva bukan nya tak bagus, cuma aku rasa Saga lebih bagus la sikit… )

            kalau nak pakai jenama H ke T ke N ke…BMW ke M ke… pakai la… tapi support la jenama tempatan, support bukan bermakna kena beli…tetapi beri penghargaan….sokongan…dan perhatian…serta kritik (yg membina)… itu baru patriotik…

            just my dua sen


  • Apa yg baik dgn buat model sendiri?
    Apa yg baik dgn re-badge?
    Hanya proton yang lebih mengetahui.
    Pada mata org kebanyakan, rebadge tidak membantu kepada jenama proton pada masa ini..


  • Saya pernah kerja dengan company yang membuat part plastic untuk proton. Tapi ia bukanlah satu2nya pelanggan utama syarikat tempat saya bekerja. Kalau nak harapkan proton je, mmg company tak boleh survive. So, part proton tu hanya sebahagian company production . Itu pun terpaksa compromise antara harga dan kualiti kerana volume yang dipesan, tidak sepadan dengan kos pembuatan.

    Saya difahamkan oleh pengurusan, kos pembuatan di negara2 asean lain seperti Vietnam, Thailand serta China amat rendah berbanding syarikat tempatan. Proton boleh mendapatkan part yang lebih murah jika mencapai volume dan berunding dengan syarikat luar. Namun itu melanggar objektif penubuhan proton.

    Jika sesiapa yang mengharapkan proton semakin murah, baik lupakan saja kerana part yang diberi oleh vendor2 tempatan tidak serendah harga negara luar seperti china, thai, Vietnam. Tu baru common part seperti part plastic. Belum lagi part2 yang hi-tech seperti gearbox, ABS, Airbags, sensor, electronic, enjin part dan sebagainya.

    Jangan pelik juga jika kia mampu menawarkan harga yang baik sesuai dengan spec nya. syarikat jepun pula mengambil peluang di atas pasaran sahaja. Saya sendiri kurang pasti samada harga kereta akan turun atau tidak sekiranya GST dilaksanakan kelak kerana part2 serta pekhidmatan melibatkan automotif pasti akan dikenakan GST juga.

    Mungkin apa yg saya nyatakan ini tidak ada kaitan dgn tajuk entry ini. Saya juga tidaklah mahu ulas isu rebadge, patriotic, protection dan sebagainya. BTW, untuk rebadge pun, banyak part yang masih dibuat oleh syarikat asal. mungkin hanya common part yang dibenarkan dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang sememangnya terlibat dgn model CKD pengeluar asal. bukan sebaran vendor oem boleh keluarkan part kereta rebadge proton.


    • terima kasih bro sebab kongsi info dan pengalaman… 🙂

      aku tertarik dgn ayat ni
      “Itu pun terpaksa compromise antara harga dan kualiti kerana volume yang dipesan, tidak sepadan dengan kos pembuatan. ”

      jadi dimanakah punca yg orang ramai selalu katakan part dalam kereta proton kurang kualiti… adakah terpaksa kompromi dgn harga?
      volume order dari prtoton utk part plastik dalam kereta rendah > harga akan naik/atau tiada pengurangan> kualiti akan turun utk tally dgn kos pembuatan > kereta dijual dgn kualiti so so… > org ramai kurang beli kereta proton > proton kurang untung > proton terpaksa keluarkan kereta dalam volume yg kecil > kos pembuatan terpaksa dikurangkan > volume order dari prtoton utk part plastik dalam kereta rendah> harga akan naik/atau tiada pengurangan> kualiti akan turun utk tally dgn kos pembuatan > kereta dijual dgn kualiti so so… > org ramai kurang beli kereta proton > proton kurang untung > proton terpaksa keluarkan kereta dalam volume yg kecil > kos pembuatan terpaksa dikurangkan > volume order dari prtoton utk part plastik dalam kereta rendah>….

      so looping ni bila nak habis daaa? haha cuma satu je… kalau proton dapat kembali kepercayaan orang kita… semua pakat beli proton…waima utk kereta gi pasar…pun dah boleh naik kan kualiti proton… lupakan kesilapan proton yg lama…buka buku baru… sebab aku yakin mereka semakin improve…


  • pendapat aku la, kerajaan nak taknak kena bagi grace period dekat Proton untuk tiga ke lima tahun supaya diberikan pengecualian/pengurangan cukai eksais kepada kereta nasional.
    Dengan cara ini sajalah baru Proton boleh mengeluarkan produk yang lebih berkualiti selepas mendapat pelepasan/pengurangan cukai eksais. Selepas grace period kereta-kereta nasional akan dikenakan eksais duti seperti biasa. key-word nya adalah volume dan kepercayaan rakyat Malaysia itu sendiri terhadap brand kereta nasional. Usahlah ditekan kereta nasional dengan cukai eksais ini.

Leave a Reply