ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Suprima S Super Premium diperkenalkan!

Views

  pic 7

Proton sebentar tadi telah memperkenalkan varian terbaru model hatchback Suprima S, Super Premium di Karnival Jualan Proton di di MITC, Melaka. Suprima S Super Premium telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Lukman Ibrahim. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Dato’ Hisham Othman, Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Projek dan Inisiatif Strategik, Encik Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Operasi Pembuatan dan Pengeluaran, Encik Khairudin Dato’ Yusoff dan ahli pengurusan kanan Proton.

Dato’ Lukman berkata, “ Proton Suprima S Super Premium adalah model Proton yang paling komprehensif dari segi prestasi, gaya, keselamatan, dinamik pemanduan dan kecanggihan. ”.

Model ini disasarkan untuk pembeli yang mahukan model yang lebih sporty dan ia dilengkapi dengan roda aloi ringan bersaiz 17 inci, kit badan R3 dengan kemasan bumper belakang yang ditala semula, skirt hadapan dan sisi serta lambang R3 pada skirt sisinya.

Masih mengekalkan enjin 1.6L Turbo dengan transmisi 7-kelajuan ProTronic CVT, yang mampu menyamai kuasa enjin aspisrasi natural 2.0 liter. Enjin 1.6L tersebut mampu menjana 140 PS pada 5000rpm dengan daya kilas maksimum 205Nm bermula dari 2000 hingga 4000rpm. Pemanduan dinamik model ini juga dipertingkatkan dengan Pemanduan dan Pengendalian LOTUS yang memberikan pengalaman memandu yang mengujakan.

Proton Suprima S Super Premium turut didatangkan dengan tempat duduk kemasan kulit penuh, kamera undur, butang penghidup enjin, paddle shift, dan auto cruise. Hanya 2 warna ditawarkan, Fire Red dan Solid White. Harga bagi varian terbaru ini ialah RM 87,929.45. Proton turut memberi jaminan 5 tahun atau 150,000km(yang mana terlebih dahulu) ditawarkan untuk model ini. Nantikan Karnival Jualan Proton yang seterusnya di Juru Auto-City Pulau Pinang yang bakal berlangsung pada 25-26 Januari 2014.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

63 Comments


  • Instead of buat banyak2 variant, baik buat customize order yang orang boleh select dekat website. Macam dekat europe. Aku rasa kalau kat malaysia, yang boleh buat custom order untuk part2 macam interior color trim, leather seat, transmission macam kat europe ialah Proton. Sebab kilang dekat.

    Lagi bagus kalau boleh buat macam ni, dan bayar premium sikit pun takpe. At least part tu kehendak individu yang ada citarasa berbeza-beza dari segi kosmetik.

    Anggap ini ‘hadiah’ kepada pembeli tempatan, sebab advantage lojistik dan lain2. Kalau tak, takde bezanya Proton dengan syarikat lain.


      • Saya rasa saya faham dengan apa yang ruffstuff cuba katakan. Di Amerika, pembeli boleh beli kereta atas pakej aksesori (termasuk jenama Toyota -can go to cnet YouTube channel to find out). Kalau nak pakej comfort mungkin ditambah dengan kerusi kulit dan steering dibalut kulit. Kalau nak pakej gajet, boleh tambah dengan in-dash screen+GPS+dan lain-lain. Saya rasa cara ni boleh tarik lebih ramai mengguna sebab bukan semua orang nak aksesori premium, mungkin pembeli boleh beli atas pakej yang mampu dibeli dan dipilih.


        • Mcm aku lah imagine klu Exora CFE Premium bleh customize captain seat dgn LCD display, tp pakai baldu.. bukan PU Leather cap ayam tu.. tp apa kan daya.. hanya imiginasi..


    • Super primiumnya adalah bodykit tak cat. Itu yang super premium. Kena tambah 8k tapi tak mampu untuk boh cat. Selalunya kereta basic ja tak dak cat bahagian bumper ngan side mirror cam viva basic.


  • Proton punye 2 masalah utama
    1.marketing strategi yg tah pape..dri awal plancaran suprima s smpai skarang marketing fail
    2.tolong la tukar spe yg design interior proton ni..kasi la interior yg staraf c segment utk suprima ni

    Part yg x nampak sperti Handling, safety sume dh mantap .exterior design ok la cume rear design mcm kelam kabut.tapi part imej yg org tgk dulu fail…esp marketing and interior..haih proton2..camner la org tak bash kao2


  • Aku rase org marketing Proton ni pon ade agenda nak Proton tutup kedai.
    Saje je suruh launch kete tak siap ni. So, lg byk la peluang org lain nak bash.


  • mungkin r3 ni dia jadi mcm ni sebab takde saingan.

    takleh nak capai tahap modulo ke nismo ke TRD ke

    habih2 tu je yg dia pandai modify ezos, rim, bodykit

    produk yg dikeluarkan pun mcm nak taknak je..

    kalau modification mcm kat atas tu baik orang modify sendiri daripada beli versi r3 dengan harga mahal tapi dpt bodykit yang IMHO paling tak cantik dari R3.

    Minta maaf proton dan r3, tiada bintang untuk anda untuk pusingan ni..cuba buat lebih baik lagi di lain pusingan kalau anda tak tersingkir pada pusingan ni..


  • Kecewa, tak sangka setakat itu saja Proton dan R3 mampu.. Nama Super Premium tak sesuai, lebih elok kalau letak Suprima S Premium+, harga pula kalau nak naik biar dalam lingkungan RM3,000.00 sahaja.

    Tetapi rasanya ini strategi Proton agar ramai orang mampu membeli Suprima S Premium tanpa bayar muka. Customer boleh beli Suprima S Premium dengan loan atas nama Suprima S Super Premium.. strategi macam ni memang berjaya untuk model-model keluaran Perodua.. 🙂


    • orang2 kuat PROTON kat dalam gambar di atas macam syiiiook sendiri jer…… macam x rasa bersalah jer. Apakah yang sebenarnya dalam pemikiran mereka…..


    • Mmm… nampak gaya diorg nak highlight kn ‘super’ tu utk pelbagai variannya. Mana la tau nanti ada varian tercanggih n termahal dgn gelaran ‘Super Suprima’ plak:) muahaha.

      Cheers!


  • apasal skirting tu tak cat body color dan diffuser tu tak cat kaler macam skirt flx se?
    apekebendenye ni proton?
    sampah! buat rosak rupe suprima yg tak la hensem sangat pon..cume ok la mata memandang.
    tambah skirt camni terus huduh.


    • Setuju bro..
      versi mahal org kg (rakyat malaysia) akan berpusu2 beli klu dh proven international market.. ini nk lepas ASEAN pn belum dh GALAK kuarkan varian syok sendiri hage kapak.. DATOK LUKMANNN oiii.. bangun lah dr tido…

      interior Suprima masih xlayak utk diberi tag price camtu..

      elok sgt ler dlu ko nk resign DATOK oii…Dato Jamil ckp cam lain..Datok Lukman wat cm lain..
      kasihan Proton kenape xboleh jd mcm culture Japan.. makin tua makin hebat.. ini makin kelam kabut.. fan Proton sntiasa berdebar2.. nk tepuk dahi ke nk clap our hands..

      sorry to say.. FAILED!


  • serius kecewa dengan proton..
    orang expect proton akan keluarkan SV..
    masa sekarang..semua barang naik..dan2 pulak keluarkan versi yg mahal tu satu hal..and merapu..
    macam bro Yus cakap..kalau nak naik pun dalam 3K boleh terima lagi..
    versi premium pun susah nak dapat sambutan disebabkan harga yg agak mahal..ni kan pulak versi super premium ni..
    harap2 GSC tak macam tu..tolong lah..


  • name the satria neo ,a less practical car, not enough door, not the most powerful car.
    but i can see the a lot. neo r3 high cam, neo r3 cps. regularly seen out numbers the suprima.

    why?


  • can proton make a right car? without too much additional cost.?

    i have an example. what it means by a wrong car.
    the toyota avanza.
    1. bounciness
    2 wrong ergonomic.

    1. due to the short travel spring (short spring due to ladder frame and the rear axle is too close)
    2. gerbox tunnel taking space for the left foo be able rest comfortable.

    to cure this wrong design. NO WAY.
    to cure they have to make the all new car with monocoqe chassis and transverse engine to reposition the gearbox. (oops sounds like passo sette/produa alza).

    proton car ,whats wrong.
    A. wrong steering distant (feel too far of reach at an ideal seating position)
    B. lack of response at moving off.

    to cure or remedy.
    A. steering column modification (elongation by 30mm or so,) is it too expensive? i dont think so.its doable
    B engine and transmission reprogram can solve this quite easily.

    proton can make a right with just correct A and B.

    people always say about B, but never discuss about A
    and even in toyota people do discuss about 1 and never discuss about 2

    A and 1 are ergonomic issue, i cant understand people can live with wrong ergonomic. both will effect during a long journey drive. these discomforts can lead to pain.

    this A issue in proton has been written in the test review by auto journalist local and oversea, still i cant understand that its almost not an issue for proton. and for B i really hope and i believe it can be solved by a mere engine/gearbox program setting.

    A and B is not much. not up to the sky and not even to the nearest moon, its just at shah alam or tanjung malim.. just that far.


  • Ada melayu yg suka tengok bgsa dia sendiri jatuh..melayu mcm tu ada dlm proton…proton ni brand bagus cuma ada sgelintir org yg keja kt proton tu yg xbagus.. tawaran pakej da mcm ah beng siap dgn hage mahal…entahlah proton ni marketing mmg teruk…kalau umw ada share skit dgn proton kann best..!! nk sgt tgk ada perubahan dr supplier brg interior dan exterior yg lebih bkualiti..


    • DRB digging their onw grave yard..
      simple common sense yg boleh pembeli tgk depan mata pun Proton masih xfaham..
      apakah puak dalaman Proton ni akan faham kecewanya power train CAMPRO.. letak lah 10 generasi pon..

      aduhh.. aku rase kene wat Solat Hajat lah utk Proton…
      klu xjalan jugak bace Surah Yaasin lah.. itu je support kite..


      • Sume org da tau proton semakin baik..tp sbb benda2 kecik mcm ni lah yg cacatkan nama proton sendiri…benda simple je ..just bagi bumper mcm x siap than kasi taruk hage kaw2 mcm x mcm masuk akal…sape yg nk kalau kualiti barang xkena dgn harga ..ibarat masak megi tp xletak rencah…rasa pon da tawar x sedap ..jd org pon tawar hatila nk beli dek hage rupa tu…hmm entahlah..


  • Aku pon setuju ngan korang semua. Proton fail untuk kali ni. Bodykit yang ditawarkan memang buruk. Sangat mengecewakan. Apa yang dalam proton sudah habis idea ke? Yang boss2 besar dok berdiri tepi suprima s super tak perasan ke bodykit tu buruk. Apa ni Proton? Macam mana nak backup korang kalau macam ni hasilnya. Memang fail!


  • Aku tak pasti apa “jangkaan” pihak pengurusan proton apabila memperkenalkan suprima s super premium ini. jika mereka benar2 serius dengan R3, lakukanlah dengan betul. jangan main2 hanya untuk “asalkan ada je”. kita pun sedia maklum kereta suprima s tidak tinggi jualannya. Lebih bagus proton perkenalkan preve CFE premium yg ditambah specnya seperti suprima s premium seperti leather seat, DRL, reverse camera dan new HUD.

    RM8K hanya untuk pertambahan bodykit tanpa cat dan rim bukanlah satu pembelian yang bijak.


  • skirt bodo.. tak cat.. mcm buat kerja tak siap..
    mcm buat kt kedai biasa..
    proton, tolong stop buat kereta anda jadi model sampah.

    CEO proton pakai audi, tapi bila buat kereta, buat kereta sampah kat orang.
    patut la org tnk nak beli


    • Salam… Bukan nak kutuk Proton… Mana yg bagus kita kata bagus… Mana yg tak betul tu kita tegur ler… Aku tepuk dahi bila nengok Proton lancarkan varian terbaru nih… Macam kata kawan kita kat atas tu… Ntah ntah sekarang nih Tengku Djan tengah menangis 7 hari 7 malam…


      • Kita tk komen bodoh kutuk useless mcm macai di RBA paultan tu..
        benda baik kita sokong.. mcm GSC project..progress bagus.. thumbs up.. berbeza dgn di Ptan, semua mreka kutuk hina..rosmah..jet..najib..kangkung..cincin..mcm org2 sewel..baseless..

        Isu model ini ialah harga vs specs.. klu nk bikin R3 buat mcm R3 lah.. ini main touch up ah beng style lepas tu letak price tag cekik.. cmne nk defend..


  • Hmm.. aku ade terbace satu komen kat fb yg ni marketing strategy utk Proton naikkan sales dgn memudahkan org amik full loan, declare nak beli super premium kat bank tp amik premium. Naik harge pun ngam2 8k (10% dp). Yg ni org duk buat kat Preve at least, beli exec tp declare premium. Tp kalo betul pun kenape lah proton x tambah value lebih skit, takat sport rim ngan bodykit je, kasi lah yg padan skit utk 8k extra tu utk org yg betul2 nak super premium. Kasik bullet utk kne bash je dorg ni.

    p/s: nasib baik x byk beza kalo x nyesal aku angkat suprima awal2. hehe.

Leave a Reply