- 29 pengedar Suzuki menyertai rangkaian Proton
- Model kerjasama Suzuki Proton mengikut jadual tahun ini
- Peningkatan jualan Proton melalui bekas pengedar Suzuki
Sebanyak 29 pengedar automotif jenama Suzuki telah menandatangani persetujuan untuk menyertai rangkaian Proton Edar dan akan menjual dan memberikan perkhidmatan lepas jualan kepada jenama dan pelanggan Proton. Dari 30 pengedar Suzuki di Malaysia, hanya satu yang tidak menyertai rangkaian Proton, itupun kerana syarikat tersebut sudahpun mengedar jenama tempatan tersebut.
Menurut Proton, dalam jumlah tersebut, 25 merupakan cawangan 3S manakala empat lagi bertaraf 4S dan mereka adalah syarikat yang mempunyai kewangan kukuh dan jurujual yang bermotivasi tinggi. Dengan penyertaan mereka Proton menjangkakan berlaku sedikit peningkatan dari segi jualan.
“Hari ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kami menjayakan usahasama antara proton dan Suzuki yang dimeterai pada bulan Julai tahun 2015,” kata CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah. Mulai sekarang pemilik Proton boleh menggunakan fasiliti 3S bagi tujuan servis dan membaiki kereta manakala pemilik Suzuki boleh terus menggunakan cawangan tersebut untuk tujuan perkhidmatan selepas jualan.
Kesemua 29 cawangan akan mempamerkan jenama Proton dan Suzuki bagi memberitahu pelanggan bahawa mereka boleh mengendalikan kedua dua jenama. Proton juga mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model usahasama dengan Suzuki tahun ini namun enggan memberikan jangkaan bila kereta tersebut akan diperkenalkan.
Artikel oleh : Shamsul Yunos
saya amat berharap, selain model Suzuki celario, kerjasama ini akan membuahkan SUV pertama Proton
Mmm… suzuki sudah tiada pilihan utk survive bersendiri dlm pasaran m’sia, melainkn jv dgn company tempatan; proton. Even jv suzuki-vw sebelumnya pun xbleh diharapkan bila suzuki melalui sahamnya rugi besar akibat kes diesel vw.
Tambah lagi model2 sedan suzuki tidak mendapat tempat di m’sia. Bertambah parah lagi satu2nya segmen terasnya model hatchback B segment tidak begitu kuat bersaing dgn model2 dari perodua yg sekian lama menerajui segment compact hatchback itu. So, drp tutup kedai n rugi dgn pelaburan yg dah sekian lama bertapak di M’sia menjadi sia2, jv dgn proton adalah langkah terbaik. Suzuki masih mendpt profit melalui royalti dll. Melalui model2 keretanya n cawangan2nya yg digunapakai oleh proton. Lagi pun selain m’sia, suzuki sudah ada tapak pasaran yg kukuh di India.
My 2 kupang.
Cheers!