ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tidak sertai KLIMS13!

Views

proton-logo

Saya mendapat info terkini yang mengesahkan Proton tidak akan menyertai KLIMS13 pada bulan hadapan. Ini pastinya akan mengecewakan seluruh peminat Proton dan juga pemerhati automotif dari luar negara memandangkan status Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Saya tidak pasti apakah punca penarikan diri Proton di KLIMS13 kali ini memandangankan pada edisi yang lalu, Proton telah mempamerkan 5 buah kereta konsep selain beberapa model yang lain.

Bagi saya amatlah tidak sesuai sekali penarikan diri Proton kerana inilah peluang untuk Proton mempertontonkan bayangan model GSC dan keupayaan mereka yang lain yang pastinya menjadi daya tarikan utama. Mungkin pihak pengurusan Proton mempunyai sebab dan alasan yang lebih kukuh. Selain itu, plan masa hadapan Proton juga sehingga kini masih belum diumumkan walaupun telah hampir setahun berlalu.

* Untuk edisi kali ini, Perodua sahaja la yang akan mewakili tuan rumah diKLIMS13, mungkin ada kejutan daripada mereka nanti! 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

70 Comments


  • So tak der lah suprima ngan engin 2.0 tuh bulan depan..baik tak payah pergih la nampak gayanyer……bagi aku not proton is a failure malaysia nyer AAM tuh lagi la biggest failure…
    lagi sokong proton buat autoshow sendiri kat shah alam + technical day. dapat educate orang lebih sket pasal manufacturing and current capability…jgn ikut sangat kepala AAM tuh …nak jadi hub hybrid la konon….tapi clueless..


  • ini salah satu ikhtiar proton utk berjimat cermat…
    selepas cantas Danny Bahar yg boros tu Proton kena carik jalan kurangkan kos…
    Revenue dah besar tu…tapi operation kos je yg masih tinggi…
    since DRB took over, Proton have no choice but to make money
    Nak masuk KLIMS ni pun makan juta2 jugak… save it for next year la..


  • Di saat pemain2 dunia automotif memperagakan teknologi dan memasarkan jenama2 mereka, Proton masih mengamalkan sikap menutup pintu. kecewa kerana ia menggambarkan seolah2 proton bergerak dengan perlahan.


  • Hmm…macam ada sesuatu yg pihak Proton mahu rahsiakan daripada kita je? Saya setuju pendapat yg mengatakan mereka tak sertai sebab mahu jimat duit nak kuarkan keta baru diorang… yelah, yuran sekali yg berkaitan untuk pameran keta agak-agak berapa yek? Sedih tu ada la sebab kata nak tunjuk suprima ngan 2.0L NE01, so sayang tak dapat tengok.

    Tapi kan, diorang macam dah rancang nak kuarkan keta mengikut tahun seperti 2014 – GSC dan PRM, 2015 – model gantian apa ntah, 2016 – tak pasti sama ada SUV atau MPV mewah? 2017 – unknown? dan seterusnya. Betul ke saya ni atau saya yg salah sebenarnya?


  • chill…kita tngg official announcement dulu….pd pndpt aku management br proton ni mmg LEMBAB…apa2 decision pn lmbt..dok tngg BK Preve R3 pon x lancar2 lg…”attractive factor” atau “element of surprise” dr management dulu nmpknya xde kesinambungan…klu KLIM’S 13 ni xde pnyertaan dr proton it will be a major blow to KLIM’S 13 and also to our national Automotive industry itself…so frustrated:(


    • errmmmm bab ni ramai yg tak berapa paham sebenarnya…
      kalo kita check balik history, ada a few mistakes done during previous management…
      contoh: 1. amik danny bahar jadi boss Lotus
      2. kolaborasi dgn youngman yg berat sebelah, in d end tak menguntungkan Proton pun..

      so, since DRB took over, diorang kena make sure kesilapan macm tu xberulang lagi…sbb tu agak slow in decision making since more thorough consideration is taken…
      so, keburukan dia yg SLOW tu inshaAllah bole recover balik dgn tindakan yg lebih bijak dan menguntungkan


  • Ada pengeluar kereta yang sanggup berbelanja besar untuk menaikkan jenama mereka. Sebagai contoh Jaguar Land Rover yang berada di bawah naungan Tata dari India. Siapa sangka percaturan berani mati tersebut akhirnya menjadikan Jaguar Land Rover sebagai syarikat automotif yang berjaya ketika ini dan pulih sepenuhnya dari sebarang kerugian.

    Jika benar Proton di bawah DRB-Hicom menarik diri dari KLIMS 2013 hanya kerana ingin berjimat, amat malanglah tindakan dan strategi tersebut. Adat berniaga modal pelaburan perlu dikeluarkan, kalau kena caranya setiap wang yang dilaburkan akan mendatangkan hasil berlipat kali ganda.

    Pada pengamatan saya, Proton di bawah DRB-Hicom kelihatan kurang agresif untuk menjadi pencabar global ketika ini. Terbayang kejayaan syarikat SKODA di bawah milikan VW..


    • bro,
      kene jugak kira economic of scale nyer bro. P1 nh tak large. TATA di India besar mana. Die punyer income. Sales tata sehari mcm sebulan malaysia. Itu pun model mcm suzuki dsire. Kalau alto dll, mcm 3 bulan sales saga .


  • Elok pun proton tarik diri dan duduk diam2 until they come up with high quality products & excellent engine range. Proton won’t go far until they open the door to International talents.


    • yup…masih belum pasti..maybe ni element of suprise dari proton jugak..bg semua sedih2 dulu..then tbe suprise with suprima 2.0 NE01…or model2 concept yg jauh lg hebat..who knows right?…btw kalau xd pun xp..hope perodua bg kejutan..for Proton,hope GSC akan success utk jd peneraju semula..kalahkan myvi!!!


      • Bodoh la kalau Proton buat camtu. Kalau reputation bagus takpe la, orang maybe akan tunggu. Tapi dah reputation teruk. Lagi mau main surprise2, jawabnya orang yang dok menanti2 tu dah beli kereta syarikat lain.


  • Adoi kalau perodua buat ape….setakat ambik model toyota/daihatsu je..diorang ni mcm tak sesuai digelar “pengeluar kereta nasional”.. Lebih sesuai digelar “pe-rebadge kereta nasional”..haha..anyway proton maybe tak jadi masuk sbb modal nak salur ke projek replacement perdana kot sbb perdana executive dah tak ada dan kena replace secepat mungkin..biasa spanco tukar kereta setiap 5 tahun..perdana biasa dah ganti dengan inspira, waja dah mula ganti dengan prevé, perdana executive tak ada ganti lagi…nak ganti dengan accord tak jadi..so maybe diorang tengah struggle skarang ni..haha..anyway prevé R3 pun senyap je..mula2 september..pastu oktober..aiyaaaaaa


  • Proton tak masuk KLIMS2013 kecoh satu dunia. Rilek laa.. dah hari-hari tengok Proton atas jalanraya takkan tak puas-puas lagi. Biarkan lah diorang senyap2 buat kerja pasal nak hasilak produk original bukan senang. Jangan bandingkan dengan Perodua..diorang poket tebal. Susah-susah diorang kalau takde apa sangat nak display senang aje tepon je abang kat Jepun, .. tak sampai 2 bulan boleh taruk je konsep kereta Daihatsu yang dimekap sini sikit sana sikit jadi lah kereta Perodua .. ha ha.


  • Rileks guys…. kalo Proton masuk KLIMS pun belom tentu model yg diorang tunjuk tu keluar production…harapan palsu tu hahaha..

    pasal NE01 tu korang xyah risau la… dah dia dah officially beli enjin tu….its only a matter of time je nak keluar…
    kalo model2 R3 sebelom ni make up je lebey…aku rasa kali ni ada power skali la…
    Preve N01 R3 6MT sounds good to me, dont u think so?
    lepas ni bole kejar Golf GTi la….miahahahahhahaa


  • Salam,
    Biasalah kerja DRB ialah cut budget. Sbb tu MODENAS hidup segan mati takmau.
    Harap2 strong-soul of PROTON mates xde biarkan PROTON suram spt MODENAS, MD2 tua2 nk pencen merepek2 buat decision. KLIMS seeloknya PROTON sbg tua rumah ‘wajib’ sertai. Tp xtahu le kot DRB cerdik lg utk plan something better. Rasanya DRB xcerdik mana stkt skrg.. ‘cerdik’ psg-jual keta Conti je.. hahaha..


  • Setiap yang berlaku ada reason,mungkin faktor location jadi isu memandangkan jadi Tuan rumah yang diberi area belakang dan space yg tak cukup nak tunjuk all DRB car..Proton shj dah berderet model akan keluar lepas ni.
    Biar penganjur buka mata dgn keangkuhan mereka yg lebih utamakan org luar.
    Apa pun Proton makin banyak buat event setiap hujung minggu di mana mana ada karnival.contoh last week ada di JB,KL dan Penang.


      • preve & suprima saper yg develop? & saper punyer idea utk GSC? bukannyer bawah DSSZ? tak kan tak ingat EMAS concept…
        mari kita lihat balik sejarah:-
        TM – Gen2, Enjin Campro, Savvy, Satria Neo (launched during DSSZ time)
        DSSZ – Persona (redesigned salon Gen2), Saga BLM, Exora, Enjin CFE, Preve Sedan & Suprima (launched under DRB)
        DRB – ramai engineers berhenti.. hahahaha…


        • la kate proton xkua keta tiap2 tahun..xkisah sape yg manage..nak cari tahun mane nak kua dlm 2 tahun? sbb ade 2 tahun je lain la kalo 2 tahun ni ade 10 tahun… pelik la


  • Proton mungkin ada sebab-sebab tersendiri kenapa menarik diri dari KLIMS 2013, tetapi agak memalukan sebab KLIMS 2013 berlangsung di tanah air sendiri..


  • Mmm… sebagai tuan rumah, proton patut ada kat pameran kereta tu. Tema kali nie adalah berasaskn teknologi hijau kn?. Proton dah bleh highlight teknologi kereta elektrik diorg, REEV dll. Xpe kalau xde model baru pun. Even illustrasi atau bayangan model yg bakal kuar tahun depan pun ok gak seperti GSC, Saga R, even perdana R utk pegawai kerajaan tu. Buat gimik peekaboo ker apa ker. Pastu nk jimat kos share booth dgn lotus. x salah pun, kn lotus tu proton punya?

    Apa2 pun kalau prootn x sertai pameran 3 tahun sekali nie (3 tahun sekali tuuu…), tentu sahaja diorg ada reason tersendiri. Nk wat camne:( Time nie rasanya diorg mmg tengah pulun utk model GSC yg dijangka kuar Q3 2014, Saga R dan modifikasi prootn perdana baru versi accord yg harus direalisasikan dlm tempoh 3 bulan seperti yg dijanjikan utk kegunaan pegawai2 kerajaan seawal tahun depan. X taulah apa yg ada dlm kepala ceo2 akauntan nie, mgkin diorg tengah berbajet2 utk pameran nie, sama ada nk invest kat pameran nie tapi x berikan impak besar kepada jualan n pengenalan model baru atau pun diog nie mmg nak pulun utk bajet besar2an utk pengenalan model global baru yg lebih memberikan impak besar kepada hala tuju dan jualan. Sama2 kita tunggu perkembangan nie:)

    Cheers!

Leave a Reply