ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal touring Aprilia Caponord 1200 ABS diperkenalkan!

Views

IMG_0002

Baru-baru ini NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal jenama Aprilia di Malaysia, memperkenalkan edisi terbaharu motosikal versatil mereka Aprilia Caponord 1200 ABS 2013, di Pusat Pamerana dan Konvensyen Matrade sempena Anugerah Kereta Tahunan 2013 NST-Maybank (COTY). Timbalan Presiden NAZA Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood, hadir untuk menyempurnakan majlis tersebut.

Pelancaran model ini telah menjadikan jumlah keseluruhan model Aprilia yang ditwarkan ketika ini ialah 9 model termasuk RS4 125cc, Shiver 750cc, Dursoduro 750cc dan 1200cc, Mana 800cc, Tuono V4 1000cc, RSV4 R 1000cc dan Superbike World Champion RSV4 R Factory. Dengan pengenalan Caponord, barisan produk Aprilia kini lebih berkembang dan mampu bersaing dalam setiap segment motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Aprilia Caponord 1200 ABS dibangunkan menggunakan chasis termaju dan ringan supaya mudah dikendalikan manakala kawalan elektronik dan enjin silinder berkembarnya mampu memecut dengan pantas dan memberikan tunggangan yang meyeronokkan. Model yang sebelum ini dikenali sebagai ETV 1000 Caponord, telah diperkenalkan pada  2001 ditransformasikan supaya memberikan prestasi yang mengatasi model gantiannya.

Caponord dijana oleh enjin 1200 V2 yang mampu memerah 125hp pada 8250rpm dan dilengkapi dengan sistem electronik seperti RbW, ABS, ATC, ACC dan ADD. Ride-by-Wire (RbW) merupakan kawalan pendikit elektronik yang mempunyai 3 pilihan iaitu Touring, Sport dan Rain. Sistem ABS pula digabungkan bersama Aprilia Traction Control (ATC) tetapi boleh dinyahaktif secara berasingan. Aprilia Dynamic Damping (ADD) menggunakan algorithm ‘comfort-oriented’ yang menggabungkan sistem ‘sky hook’ untuk mengawal frekuensi rendah bebanan dan  penyerap hentakan ‘acceleration-driven’ mampu mengawal bebanan berfrekuensi tinggi. Harga yang ditawarkan bagi Aprilia Caponord 1200 ABS ialah RM83,888 (harga di atas jalan).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply