ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRU : Proton perlu ambil ketua "Styling Department" dari luar negara, setuju atau tidak???

Views

Apa pendapat anda semua tentang topik ini? Pada pendapat saya Proton perlu melakukan perkara ini jika benar-benar mahu bersaing secara aggresif di peringkat global. Bukan setakat ketua yang berwibawa, mempunyai reputasi tinggi & mempunyai nama yang gah diperingkat global, malah pasukan perekabentuk Proton perlu ada gabungan bakat dari luar negara supaya budaya rekaan lebih berkembang & mendapat idea yang lebih hebat. Selain itu Proton juga perlu menubuhkan “Styling Studio” diluar negara supaya lebih banyak input boleh mereka dapat untuk menarik perhatian pasaran global.

Bukan untuk memperlekehkan bakat tempatan, tapi untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing, matang & mendapat idea yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk membincangkan topik ini kerana Proton amat memerlukan sentuhan pereka terkemuka untuk menaikkan jenama mereka, sebagai contoh Italdesign yang dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk EMAS & Persona R. Malangnya VW telah membeli syarikat tersebut, jika tidak Proton boleh mengadakan usahasama dengan mereka untuk menghasilkan rekaan model akan datang. Jadi Proton perlu mengambil plan alternatif untuk mengatasi masalah ini. Harap cadangan ini mendapat perhatian & dipertimbangkan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

95 Comments


  • Rakyat malaysia ramai berbakat dlm rendering & styling design kereta.. Malah kalau dilihat proton & Perodua mmpunyai design2 yg ckup hebat.. Tp masalah yg timbul bila desing engineer biasaya akan ubah design asal disebabkan oleh kekangan kos, vendor yg xleh buat & sebagainya.. (based on info designer perodua)


    • memang tak dinafikan ramai yg berbakat, tapi kita perlukan seorang ketua yang berwibawa dengan reputasi global yang tinggi untuk menggilap & kenal pasti bakat yang ada, tak kira la dari luar ataupun tempatan..kita kena tengok gergasi automotif dunia pun tak bergantung sepenuhnya dengan kepakaran tempatan, kerana percampuran budaya tu amat penting… selera manusia ni berbeza, kalau ikut selera kita je memang kita jaguh kampung je la…kenapa Saga & Exora yang pada asalnya nak dijadikan kereta global tapi terpaksa ditukar statusnya kerana tak menepati kriteria yang dikehendaki… Persona R & new design language Proton dibuat oleh Italdesign kerana faktor kekurangan tersebut…saya harap new design language & family face Proton tak caca merba lagi selepas kemunculan Persona R


  • setuju….. mcm mana nak mantap design language mcm gergasi automotif lain kalau benda2 spt ini berlaku. please la, jgn banyak sgt main politik dlm pengurusan proton&perodua. berilah peluang seluas-luasnya kpd pereka tempatan dari tempatan atau luar tunjuk bakat.beri akses penuh kpd mereka. jgn sekat2.


    • bukan, dulu memang diorg plan nak jadikan 2 model tu sebagai global car..tapi masih lagi belum capai tahap yg diperlukan..persona r la model global sulung, kira abg long la, hahaha


  • selagi melayu dok jaga proton, selagi tulah proton syok sendiri.
    proton bnyk main kroni kot.
    vendor2 bodo asalkan kroni mesti dpt kontrak.
    CEO rejet kalu, silap2 CEO tu kena tendang keluar sbb tk ambil kroni.

    nk berjaya, melayu tk boleh bnyk sgt dlm proton. jenis melayu suka busuk perut, bangkang tak kena tempat dan susah ubah walaupun dah tahu salah. bodoh sombong la.

    takyah la dok vote. rugi ka untung proton ni bukan rakyat dapt rasa pun. kena tipu lagi ada. dah la jual overpriced.

    orang melayu selalu buat kerja tak habis dan lambat nk decide. korea and hyundai cepat buat keputusan.

    again for persona-r, outdated design!!!
    first day launched, obselete immediately!


    • bro punye mindset pun sama jenis dgn melayu yg bro cakap tu, 2 x 5, bila la melayu nk maju, persona r tu pun belum launching lagi dh kate outdated, kalau nk bash pun tunggu la dia launch dulu, banyak koyok yg belum buka lagi..tapi saya setuju proton perlu ketua ‘styling department’ dari luar terutamanya untuk interior designer….


    • Pelik la mamat nh. Ayat die x ubah ayat org x berpelajaran, dan saya pasti die nh bukan melayu. Ye la, Kalau org melayu, x kan die boleh kata “selagi melayu dok jaga P1”.

      X per bro, kami paham perasaan bro. Tapi bagi saya, Selagi MELAYU DAN ISLAM (MUSLIM) yang jaga P1, Insyaallah (dengan izin tuhan), P1 dapat survive lama. Sebab kami org Muslim, ada prinsip tersendiri. Hidup kan mcm roda. Ada masa jatuh dan ada masa naik. So sebagai seorg muslim, semestinya kite kene terima kesilapan yg telah berlaku dan pelajari dari kesalahan tersebut. Mungkin bro Kebal kot sampai x pernah buat silap tapi ingat, bukan hanya kerana KLCC, Negara malaysia dikenali org asing. Dan lagi satu, mmg kroni punye pasal la P1 jatuh tapi saper yg jaga masa tu. Lain org lain caranya.

      Satu, Kalau bro kata P3-21A outdate, kenapa bro still ambil tahu tentang semua cerita kereta nh. sehinggakan sampai ke engin pun tahu. Ala bro x yah berdalih. Dan terakhir, Kalau mampu pakai kereta lain, pakailah. Setahu saya x d pulak P1 paksa org beli kereta die.

      Cheers..


      • @prolever

        Gua rasa tak baik la kita nak persoalkan tentang mengapa bro kita tu masih nak amek tau pasal Proton. Tak kira apa sebab, keinginan dia nak amek tau tu pun dah kita baik.

        Cuba bayangkan makin ramai orang tak amek tau pasal Proton, sama ada mereka yang suka Proton or yang tak suka.


      • @ Poton

        X berniak nak mempersoalkan tapi komen yg tanpa menggunakan fakta amat tidak disukaidan boleh mengelirukan maklumat sebenar.

        Sory la kalau sesape terasa.


    • Rilek bro. Kadang2 bukan salah CEO jer, Bila masuk bab vendor ni, kena tengok tekanan yang diberikan dari pihak2 yang berkepentingan.


    • Rasa hebat? Sila hantar résumé anda ke Proton secepat mungkin, Proton memang memerlukan designer yang boleh design kereta yang tak ‘out-dated’. Anda akan ditemuduga sendiri oleh CEO.


  • sangat setuju la. Sbb proton ketiadaan ‘kepala’ utk mengemudi styling direction. Saga n Exora contohnya mmg caca merba, ala2 korea lewat 80an! Interior design especially mmg fail abis.

    Based on experience sbg design engineer kat proton dulu, design engineer kebanyakkannya ok (especially yg muda n motivated),stylist pun mostly OK (cuma maybe kurang flavour sbb most grad dr tmpt yg sama), cuma based on observation aku design integration tu yg kureng skit. Ni yg menyebab kan sketch nmpk power tp can’t be translated to production feasible part. Puncanya?

    Kurangla coordination dr leader.tak kisah la head of styling ke, head of engineering ke, head of testing ke n finally head of production sekalipun. Leader2 ni yg perlu dr golongan ‘tip top’, x kisah walaupun foreign.cuma tgk Kia thn 2006.apa2 pn kita judge masa persona R nnt.


  • ape la punye artikel.. seolah2 campro tidak tahu menahu pon pasal ape yang terjadi selama ini. tak payah la nak recruit designer luar kalau tak cukup kewangan, sbenarnye designer dalam pon sangat2 berbakat.. design macam mane hebat pon sesebuah kete tu. x tentu lagi akan masuk production sebab proton ni mane cukup bajet nak buat kete2 yang sangat cantik+futuristic+ade semua specs+dashboard nak taraf hyundai kia audi.. tak payah la. sedar2 la diri tu yang proton punye market x besar.. jadi nak buat rnd tu memang susah..

    ape yang proton perlu buat sekarang ialah cube beranikan diri untuk merealisasikan sesebuah model yang direka oleh designer tempatan, cube take risk spending money on that and see how… tak semestinye kene amik designer luar untuk buat semua tu yang mane kos die akan lebih tinggi..

    terpulang la semua nak fikir macam mane.. ni pendapat aku je la, no offence to anybody.

    cheers~


    • sori bro…. xsetuju dgn bro la… cuba bc betul2 tajuk ni.. jangan baca sekerat2 je bro… bro campro tulis ketua Styling Department, bukan nye designer.. kalau ketua bermaksud leader2 lah, bukan designer… dan kalau ketua designer yg mmg terbukti ada trak record yg bagus sy sgt setuju… orang2 macam tu la proton perlukan untuk lead styling department ke arah yg lebih berjaya..

      no offence and selamat hari raya..


    • ZeeR, Proton bukan takde duit, tapi duit Proton terpaksa cover Lotus supaya Lotus boleh survive…kalau Lotus sendiri ambil Donato Coco sebagai chief designer diorg kenapa Proton tak boleh ambil? Duit Lotus tu datang dari Proton la.. cuba bro tengok bagaimana KIA berubah secara drastik selepas Peter Schreyer jadi leader, jangan lupa zaman Chris Bangle yang telah berjaya mengubah BMW daripada “safe design” kepada yang ada flaming & fluidic surface .. bila ada leader yg macam ni memang akan dapat mereformasi & mentransformasi Proton ke arah lebih baik, takkan kita nak tengok design kereta Proton macam yang ada sekarang sampai bila2…nanti cakap designer Proton takde idea la, design lapuk la… jadi ni je la caranya…

      cuba fikir balik kenapa DSSZ hantar Persona R ke Italdesign? adakah designer Proton tak bagus? kenapa Italdesign yang dipertanggungjawabkan untuk buat new design language & family face? jawapannya ialah designer Proton masih lagi perlukan orang yang betul2 hebat untuk setkan hala tuju ni…jadi, tak salah la saya buat topik ni, sebab Proton punya cita2 besar, nak masuk pasaran global… kereta China pun hantar ke Italdesign & Pininfarina sebab diorang tak boleh nak create benda2 macam ni… adakah dalam berbilion rakyat China takde pereka yang berbakat? fikir2kan lah


      • betul ke persona r design dari italdesign? ade bukti tak yang persona r italdesign yang reka..? bukan emas je ke yang proton suruh buat..?

        Yes proton xde duit nak buat rnd, nak kuarkan kete2 mahal sume tu.. bukan sebab gune kat lotus.. sebab memang x cukup dana pon.. aku berani jamin, kalau proton ade bnyk duit, da lame da proton ade rnd sendiri and buat kerete setaraf Kia hyundai honda..


      • proton start dari waja lagi dah buat r&d sendiri bro… bro ni agaknya ketinggalan kapal kot, asalnya Persona R je dihantar ke Italdesign, tapi pada masa yang sama Italdesign proposed EMAS kat Proton, sebab Proton pun bercadang nak buat “global small car” yang sepatutnya lancar tahun ni ikut perancangan asal..jadi EMAS tu la yang tunjuk styling direction secara tak langsung kat Geneva 2010..

        sekarang VW pulak ambil & upgradekan skit sehingga keluar VW Go concept, yg asalnya dari EMAS ..


      • @campromania

        Waja RnD sendiri? Memang itu yang kita diberitahu selama ni oleh Proton zaman CEO dulu. Tapi kalo benar apa yang Chips Yap cakap, dia kata dia dengar dari sumber yang boleh dipercayai yang Waja ni kita kebas platform orang. Tapi semestinya P1 tak mengaku.


      • kita bukan kebas, kita beli platform Mitsubishi Charisma/Volvo (pe ntah tak ingat), tapi re engineered skit untuk jadi platform waja..tak silap hantar ke EDAG untuk buat tu..masa tu Proton kan baru je belajar nak buat kereta..jadi banyak consultant yg bantu..enjin pun pakai Mitsubishi..yang Proton buat design kulit luar & testing..tapi bukan rebadge ye..Lotus pun ada membantu..jadi boleh dikira Proton la yg develop model tu dengan bantuan pakar luar termasuk Lotus..


      • saye rase bro campro yang masih ketinggalan.. ingat waja tu proton buat sendiri ke? haih.. jangan harap la.. platform beli sane sini.. gune teknologi sane sini.. kalau ade duit kenape proton tak reka sendiri semua.. platform chasis sume tu.. tak payah la nak beli2 dari mitsu or kompany2 lain..

        orang tengah cakap pasal persona r. bro cakap pasal emas.. emas tu memang la italdesign yang design.. persona r ni ade ke bukti yang italdesign yang reka? jangan sesedap mulut je nak ckp rekaan italdesign la ape la.. sedangkan bende ni rekaan tempatan.. ingat orang tempatan x mampu nak buat rekaan hebat2 ke? pelik2..


      • aik, nape nak marah2 saya cakap sedap mulut persona r tu dari italdesign? DSSZ sendiri cakap benda ni… lagipun banyak insider informer sy yang confirmkan, termasuk theking yg dah lama hilang…mana la theking ni… kita takkan buat kenyataan tanpa sebarang info & fakta… orang yg dah lama masuk blog ni semua dah tau la bro, bro baru turun dari planet mana ni?


      • kalau tak silap ingatan saya (IIRC), persona R mmg mula2 proton yg design, pastu rekaan tu dihantar ke italdesign sebagai cadangan untuk persona R, pastu the rest italdesign ubah kat sana
        betulkan kalau salah…


      • saya setuju dengan zesti pasal waja tu. kalau ade duit banyak, kenape nak beli2 dari kompani lain lagi.. buat sendiri la. buat rnd sendiri untuk hasilkan platform + chasis sendiri. itu baru RND sebenar.

        Info pasal persona r tu design oleh italdesign tu pon macam samar2, entah betul entah tidak.. takde bukti yang kukuh pasal bende ni.. sape2 yang ade bukti silekan post kat sini.. nak bace..

        jangan nanti cakap kalau design die buruk or tak capai standart baru nak persoalkan yang persona r ni italdesign ke yang design.. kalau betul, kite tengok lah kualiti italdesign ni design kereta macam mane kualitinye.. memang betul european standart ke tak..


      • Weh korg..campromania betul..korang yang xtau pape pasal Proton..jangan main kutuk dan jgn main komen je.. Aku ni peminat Proton daripada kecik, hari2 update pasal Proton..aku tau cerita hampir sume pasal Proton..dan secara jujur, aku ni juga jurujual Proton..dan untuk pengetahuan semua, aku sokong Proton bukan sebab aku jurujual Proton, tapi aku jadi jurujual, sebab aku MINAT Proton..

        Proton – Komited untuk menjadi lebih baik


      • nasib la ada jugak org yg defend kenyataan sy.. sebab sy follow progress persona r start dari mula theking bagi hint ada persona replacement beberapa tahun lepas, tak silap 2009…sampai la sekarang segala info theking drop memang semuanya tepat…


      • “Italdesign dah reka bermacam2 jenis kereta & kereta konsep dari pelbagai jenama termasuk VW, Toyota, Daihatsu, Alfa Romeo & banyak lagi”

        ni ayat bro campro tulis kat bawah tu.. kalau betul italdesign yang reka persona r.. kite tengok la kualiti die setanding tak dengan jename2 kt atas tu..


  • erk…usahkan design language proton cacamerba, setiap kali nk kuar model baru pun sibuk nak cari nama baru.

    pe pun proton harus ada design yg mntap bagi semua segmen ketenya. jgn krn nk kuarkn base line model, design ala kadar. rugi beb sbb nk kuarkn sesuatu model kosnya berjuta2.


  • come on la….this is reality.
    comp china dah boleh pergi jauh walaupun copycat.
    ini proton sudah 25 thn, masih sama takok dgn comp china yg 5 thn.

    takkan tak reti2 nk adapt technology enjin, gearbox.
    25 tahun orang proton buat apa?
    tukar logo mitsubishi sumbat enjin renault?

    bangun la proton. kasi gegar sikit kepala otak tu.
    tadak langsung idea and planning.

    naming utk model pun tak reti. first mpv letak exora, kunun2 buatan lotus nk sama cam elise, evora, semua eeeee tu…adoiii…

    ambik tahu pasal proton mmg kena ambil tahu sebab saya rakyat malaysia.
    rakyat malaysia yg mahukan proton terbaik, tetapi sekarang meluat kerana proton lembap.
    dalam mlaysia yang ada market 25juta orang ni je boleh bisnes, pergi luar ratus2 je selling point.
    jepun domestic dia pun hebat, export apatah lagi.
    global ka kebenda persona -r tu takat test kat salji ja, tapi suam2 kuku ja?

    koyok persona -r tu kalau bukak pun tadak apa yg hebatnya.
    takat tutup headlamp and rear lamp yg ada led tu ja.
    pakai pun enjin cps ja, takde turbo2 tu.
    gearbox cvt cap ayam. seat jenis span.
    meter panel macam lori ayam.
    entah2 trinitron pun tak mampu nk letak kt dahsboard.

    proton elok jadi cam naza jer….tukar logo pastu cukai kurang. sebenarnya itu la 25 thn proton.

    bulan feb 2012…lama lagi…confirm obselete masa launch.
    orang yg beli tu rakayt malaysia yg terpaksa beli, bukan sebab nak beli.
    huhu…


    • la kira balik la berapa jumlah rakyat jepun dan china, malaysia punya jumlah penduduk berapa kerat je, dalam kurg 5 thun pun diorg bole balik modal kuar satu model, hanya dgn market domestik
      tu belum kira jumlah yg dieksport dan resource yg diorg ada
      klu org betul2 byk pengalaman mmg tau apa beza copycat , outsource dan buat sendiri dari a-z….


    • KEPADA Semua Bro2.

      hahahahahahah… Nak tergelak pun ada..
      Hari ini lah hari paling best kenapa? Sebab baru hari inilah dapat saya lihat dah paham mcm mana orang mentaliti kelas ke tiga didalam Rakyat Malaysia. Bagus jugak Bro akupunya nyer komen. Baru kite dapat tahu sejauh mana pemikiran rakyat Malaysia yg kononnyer mengatakkan mereka ingin maju.

      p/s : Bro Campro, jangan Spam Bro nh tau. Best baca komen die. hahahahhaa


  • ,nak juga tengok lakaran-lakaran dari pereka proton, luaran ke dalaman ke , yg tak kuar sbg final product. bole show masa pameran glc ke klims ke, tapi yg cantik2 sgt tak bole la sbb nanti kompeni lain lak tiru hehe.

    mgkn la kena lebih kreatif ,mcm satu design tu bole pakai byk kali tapi hsil rupa fizikal akhir tak sama, hehe pening kepala mcm mana tu nk bg moulding sama tp hasil akhir lain2 lak , tak logik lak kan. bkn apa utk krgkn kekangan kos, tiap kali ubah semua mesti lagi byk belanja dr ubah sikit. cam dashboard persona dan gen2 cam tak byk ubah.

    sbb tu la kena kreatif , pikir luar kotak , gila2, pening cam nak pecah kepala nak pikir mcm mana nak buat tapi kalau dapat buat mmg best la. apa pun tuah/espire dgn persona R mmg ada beza , tahniah sbb hasilkan dua rekaan exterior yg menarik. bg saya tuah/espire lebih kelihatan spt design audi/forte. manakala R campur2 , malaysian, conti, jap pun ada

    mgkn nnti bila facelift bole je tambah hp lagi sikit, pastu ubah bumper, design gril, head/tail lamp dan rim`, mgkn bole selit sikit design cam lotus kat bumper atau rim supaya nampak lebih garang.

    ketua “Styling Department” dari luar negara? rasa tak perlu kot, saya yakin designer tempatan pun boleh hasilkan design yg berkualiti. mgkn diorg bole kursus mcm mana nk berfikir secara kreatif , pastu environment ppun penting, klu duk kat dlm studio je mgkn kena kuar mana2 supaya dpt cari ilham


  • suka baca komen akupunya coz typical malaysian, yela, 1 malaysia katakan. Org yg mcm dia nilah yg merosakkan proton dl,ckp ikut sdp mulut, rasa cam best :-).
    Bg adik akupunya, ni org yg cetek pengalaman n masih muda bk cite, slamba jer ko ckp cvt proton cap ayam. Jgnla smata2 ko xpenah tau n dgr pasal punch pwrtrain,ko ckp dia cap ayam. Mcm ko jugak,xpenah dgr sapa ko,so ko pun cap ayam gak :-).
    Punchpwrtrain sbenornya syarikat yg pertama berjaya mengeluarkan legendary cvt daf 66 variomatic tahun 1975 digunakan oleh volvo. Asalnya nama daf produktiev st trudeint(maap klu salah eja),ditubuhkan 1972. Dibeli oleh volvo pd thn 1974 n mbuat gb cvt bg volvo, amik alih pmbuatan cvt dr zf,pastu thn 2006 brlah punch international beli,jdlah punch powertrain. Meka ni mmg fokus buat cvt dr dl lg. Jatco@aisin,br jer terjebak dlm dunia cvt. Klu punch punya cvt cap ayam, so cvt jatco n aisin cap double ayam. Bg bro@adek akupunya, klu xtau apa tu zf@aisin@jatco,meka tu top manufacturer gb dlm dunia skrg ni.
    prtn hanya tau ciplak jek n tkr badge jer,amik engine renault jek, em bape byk kete prtn pkai enjin renault?ada 2 aje. Bape byk ptn punya kete?xkan 2 je kot kcuali akupunya masih skolah rendah,xtau aper2 psl kete.
    Em,xpenahplak dgr waja,gen2,persona,saga blm@fl@flx,satria neo,savvy,exora adalah kete mitsu. Ada ker mitsu waja,mitsu gen2@mitsu saga blm?mmg dl rebadge,tapi lani.inspira jek yg rebadge,yg lain ptn wat sndiri.
    Xda aper yg ptn buat? Pegilah unit rnd kat shah alam@kat tnjg malim,masuk dlm,tgk sndiri.
    Kete china br 5 tahun? China dah lama buat ketela,lama pd kita lg,cume kete dia xfamous,xyahlah ckp mcm br buat.
    Em, akupunya,kalulah ada ramai org mcm ko nih,main mengkhinzir buta jer,xpenah nak meningkatkan ilmu pengetahuan, kali jad pemimpin,cnfirm sampai skrg malaysia xmerdeka n xmaju2,masih naik kete kuda jer


  • satu lgm akupunya,kepala hatuk ko nak letak trinitron kat dashboard!xpenah lg aku dengor kete mana2 letak trinitron kat dashboard. Org letak kat umah je trinitron coz trinitron kan tv flat skrin sony yg lamo,yg gedabak tuh. Ado ke org letak tv lamo 21 inci kat dashboard? Gilo punyo kejo. Sbb tuh haku ckp ko tuh kena banyok blajo lg,ckp ikut sedap mulut,kes tuh akupun ckp ikut sedap mulut.
    Kalu kat dashboard tuh org panggil optitron meter(bg toyota biasa pkai istilah tuh),protn exora dh pkai,persona elegencepun dh pkai. Tp cume xpanggil optitron,tu cume marketing gimik toyota je.
    Bile plak persona r pkai enjin cps? Kan dh kantoi betapa ketidak tahuannya ko n aper yg ko ckp ikut ksedapan mulut yg xguna kpl,tp kpl lutut. Maapler klu agak ksr,maklumlah,klu ajar anak kekadang kena rotan gak.


    • hahaha…cili kasi taruk, trinitron, hahahahaa…lawak baboon betul la… benda yg sebenarnya optitron, balik masuk tuisyen la lepas ni…hahaha…ni bukan ajar anak, ni nak mengajar ketam yg memang takkan jalan betulnya sampai bila2… 🙂


    • yup..optitron…silap sebab nak cepat..recall lambat..
      percayalah proton persona r tu akan pakai CPS..takde turbo…

      haha…..defend la korang kt proton ni….
      apa yang nyata, design kereta proton mmg hancus….nk jadi global ka nak jadi gobala car..haha…

      bukan nk menghina proton, tapi meluat orang yg dalam proton tu sebab lambat pickup n produce kereta yang berbaloi utk rakyat sendiri…

      ingat lagi first batch gen2…rakyat malaysia yg konon2 patriotik ni pergi la beli berduyun2…
      last 2 kena gelak jer sebab belik keta yang nama ja keta baru, tapi rupa2nya besi buruk….akakaka..itu adalah realiti…

      exora pulak..alahai..kang saya cakap benda sama, korang angin pulak..

      tapi apap2pun, persona -r ni saya nk ulang…. model hampas..!
      jgn terlalu expect lebih2 kat persona -r ni…nanti korang terjun bangunan sebab kecewa…


  • RM55k Toyota Vios vs Proton Persona ….. confirm Malaysian will buy Toyota vios compare with Persona

    i want to say if Proton still cannot increase the QC, design, material and so on …. 2016 open market = Say ByeBye to Proton ….. or the PKR win BN in ballot, maybe will decrease the tax or more early to open market …

    Proton must use this few year to change …. if Proton still cannot change = no reason we Malaysian to support Buantan Malaysia


    • whatever it is, I will support malaysian product. I know they are trying hard to improve.

      bercakap memang senang bro. kalau dah duit kurang. nak buat rnd sume cmne bro. dont talk shit here.

      kau pegi le beli vios yang ko agung2 kan sgt tu.


  • No always find “excuse” alasan
    Example
    China have many population ~ Malaysia also have many population compare with Singapore, why lose to Singapore ?
    OR
    The country have many resource ~ Malaysia also have many resource compare with Japan, why Malaysia lose to Japan no have resource ?
    OR
    Because Singapore small so easy to manage ~ America bigger than Malaysia, why America advanced than Malaysia ?

    WHY Other Country can do, why we cannot ? THINK YOUR SELF, jangan cari alasan lagi

    I believe Proton & Lotus also can do very well in future ….. no excuse


    • la ni apa lak nak bndg dgn singapore, singapore ada buat kereta ke?
      resource tu byk jenis, bkn fizikal je, human resource, technical , management skill pun sejenis resource jugak. apa ko ingat bole tiba2 jadi pandai ke tanpa belajar? dan blaja tu perlukan masa, dll yg berkaitan jugak, jpn dh lama dlm industri automotif ni, china, korea..pastu bila blaja pun, adakah diorg bagi 100% apa yg diorg tau kat engineer tempatan, ke ajar sikit je ? hehe takut nnti murid lawan tok guru balik…betapa peritnya nk timba ilmu dr org asing kita tatau, tp bila kita kena ajar diorg kita diperah cukup2…opsss tercerita lak hehe
      easy to manage? america advance ke dr segi management ? byk pro and cons yg tu taknak komen


    • ape kebende la ko merepek ni.. singapore ade ke buat kete sendiri.. tetibe je nak komen2.. kalau xde knowledge tu x yah la nak buat2 pandai kat sini..


  • off topic ckit,maso den masih cetek pengetahuan pasal akaun,automotif n business(skang pun masih cetek lg),aku cnfius,apsal la poton krg pndai aka bodoh ngat xkuli2kan lotus,xkan stakat ride n handlin ajer. Pas aku blaja ilmu ckit,adala tau,ada gak faktor business,ada gak faktor duit.
    First pasal lotus. Lotus ada lotus cars n lotus engineering, 2 entiti yg berbeza. Mahupn lotus cars nak enquiry service dr lotus engineering, pun kena bayo,kalu x,niaga xdak untung. Begitu gak kes proton,mentang2lah parents co,bleh suke2 nk kuli lotus for free,no way, business is business,stil have to pay, coz sbb tuh poton anto engineer g blajo kat lotus supaya pandai buat sndiri. Pastu kalu byk ngat suh lotus wat keje utk proton,camne nak untung coz masa poton beli lotus,dia dlm kerugian. Mcm meniagalah,ko jual goreng pisang,tp upah org tlg jaga gerai,pastu ko sendiri yg g beli grg pisang tuh sume. Kuar duit sendiri utk masuk poket sendiri=xdak untung,rugi adola.
    Kita ckp pasal lotus engineering,bukan lotus cars. Memang byk tech dalam lotus punya shelves yg dh ready mcm vvt,vvl,turbo,hybrid n mcm2 lg. Malah ada yg advance masih dlm r n d,bkn on paper. Kalu tgk company yg penah dapatkan khkdmat lotus engineering, bukan ckit,itu xtermasuk confidential lg. Dl dlm laman lotus e, dia ada upload pdf tentang rnd yg lotus dibayo utk buat, n ada yg mcm dr honda coz study pasal menaik taraf k20a. Tp skang dh xda mgkin sbb p n c.
    Protn n lotus cars n lotus engineering adalah entiti business yg berbeza.


  • aku memang suka idea tm,buat kete gen2,dtg skali ngan engine sndiri. Ada pro n ada cons. Tp bg aku dr segi business,ianya agak over ambitious,poton spatutnya blaja buat kete dgn sempurna dl br menekankan aspek pwrtrain sndiri,maksudnya gen2 bleh pkai engine mitsu lg,tapi budget rnd utk engine,bleh g kpd budget rnd kete. Oleh krn byk ngat nk spend,itulah terpaksa discard cps dr campro. Banyak cutting cost measure dibuat pada gen2. Utk pngetahuan kita bersama,gen2 n neo adalah idea asal lotus design(slh satu cbg bwh lotus engineering),mmg ada beza, ckit,gen2 exterior n interior lotus design buat,neo exterior aje, interior org malaysia buat.
    Tp bila dilihat tntang dsz,beliau mmg sorg yg bagus dr aspek strategi perniagaan,dimana,budget yg lebih tinggi pd kete(persona r),hanya menaik taraf engine yg sedia ada. Engine br lambat ckit xpe,asalkn dpt buat yg terbaik,tiada masalah yg sblm nih.


  • em,pasal vvt tuh,mmg satu tech yg baik,tp dr segi cost versus performance gain,adakah ianya cost efektif?
    Dl saya cukup tertarik dgn vvt n toyota,akhirnya,mmg vvt amat baik,tp xdalah begitu besar sgt kepoweran dia. Mmg kete toyota agak pickup,tp kita bandingkan kepoweran kete itu berdasarkan figure hp n cc, manakala engine biasanya cc cntoh myvi 1.3 versus saga 1.3. Dan mengatakan engine saga xpower coz xda vvtlah n coz myvi power coz toyota punya engine.
    Tp sbenarnya,ada juga kaitan gimik ckit yg toyota buat walupun vvt ada kelebihannya. Cube tgk berat@curb weight kete2 toyota berbanding kete conti mahupun malaysia,toyota lebih jauh lebih ringan menyebabkan kita nampak walupun engine mereka cc kecik,tp power.
    Sebenarnya,vvt memainkan peranan kecil ajer(walupun kecik,ada baik dr xdakan),yg selebihnya power to weight ratio n torque to weight ratio, n oso torque band across rev range.
    Kalu nak bandingkan engine,lebih baik bandingkan kete yg power n torque to weight ratio hampir sama,br tau engine itu power@x.
    Dlm kes campro iafm plus 1.3 versus toyota 1.3,jgn bandingkan saga ngan myvi,tp saga versus avanza 1.3 coz berat avanza lebih kurang dgn saga.
    So, 5 org naik avanza 1.3,versus 5 orang naik saga blm 1.3, mana yg lebih power?
    Ramai kata vios 1.5 engine power,so why not banding dgn saga blm 1.6 coz power/torque to weight ratio hampir sama,ataupun gen2 cps coz power to weight ratio sama(tapi torque to weight,vios lebih),so,mana lebih power?
    Ingat,saga hanya menggunakan iafm(outdated tech kata org) n toyota, vvti(latest tech kata org), so mana agak2nya lebih power?
    Kalu saga blm 1.6 n gen2 cps sama power dgn vios,maksudnya xdalah hebat sgt vvt nih.
    Kalu saga flx 1.3 versus avanza 1.3, kalulah saga flz lebih power dr avanza 1.3 n lebih jimat dr avanza 1.3, adakah outdated tech iafm lebih power dr latest tech vvt? Renung2kanlah 🙂


  • on topic,xsalah kalu ada head of design br kalu dia bleh bwk impak besar n menurunkan ilmu dia pd bakal br head prtn akan dtg. Atleast,byk menda nak tempatan blaja. Dulu dgr cite,dh ada anto blaja kat lotus, la ni,bleh gi anto smula blaja dr donato coco plak. Aritu dh anto blajo kat ital design. So,harapan den smoga ada rokyat malaysia mnjd designer n head design terunggul di dunia.


    • Pastu bile Proton ade designer yg hebat2, mule la company kereta lain yg dok usha nak amek.. lg2 VW tu. So Proton kne hati2. Pekerja adalah aset syarikat.


  • Saya tidak setuju, kenapa kita perlu harus ambil ketua Styling Department daripada negara luar sedangkan syarikat gergasi luar hanya menggunakan kepakaran tempatannya untuk memikat pembeli global termasuk dalam negara kita? Sepatutnya kita harus percaya kepada diri sendiri dan mesti lebih komited untuk berubah. Saya percaya rakyat tempatan boleh melakukannya untuk mencipta kereta global dengan menggunakan idea sendiri. Mengapa syarikat gergasi luar yang lain boleh mencipta idea sendiri untuk tarik minat pembeli global, tetapi kita tidak boleh? tiada apa yang mustahil.


    • @Saifulz

      “sedangkan syarikat gergasi luar hanya menggunakan kepakaran tempatannya untuk memikat pembeli global”

      Bro, bagi perjelas sket statement ko yang kat atas tu bro.


      • “syarikat gergasi seperti Honda dari Jepun hanya menggunakan kepakaran negaranya sendiri untuk tarik pembeli global yakni pembeli daripada negara-negara lain”

        Jadi, apa salahnya kalau kita gunakan kepakaran dari negara kita sendiri untuk tarik pembeli global dengan menggunakan CARA kita sendiri..


  • @Saifulz

    “sedangkan syarikat gergasi luar hanya menggunakan kepakaran tempatannya untuk memikat pembeli global”

    Bro, bagi perjelas sket statement ko yang kat atas tu bro.


  • Takyah lah P1 ambek outside designer, nanti nak kena bayau lebih pulak kat diorg. contoh senang, kalau nak buat SUV ambik jer Mitsu ASX pastu tukor name… apa yg penting!!!!
    KERJASAMA


    • rebadged lagi??? nanti ada yg kata proton tak buat r&d la, tak reti design kereta la, macam2 la..buat salah, tak buat pun salah..tapi suruh diorg ni buat lagi banyak salah..hahaha…


      • Pada aku nak rebadge takde hal.
        Tapi jangan la model January 2007 di rebadge hujung tahun 2010. At least lewat setahun lebih sikit tu kita boleh faham lagi. Even Perodua pun tak rebadge MAIN model diorang selewat itu.


    • x d la bro. Rasenyer bro stylo nak promo wonder pets kot.
      Rebadge x kan jadi masalah tapi yg masalahnyer kereta aper dan nak masuk segmen mana. Lagipun kite x tahu syarikat ape yg tengah buat kerjasama dengan P1. Kalau conform nissan, Fuga mmg dlm list.


  • nampaknya semakin panas topik ni, macam2 pendapat ada..yang bernas & kurang matang pun ada..tujuan sy ialah nak tengok respons semua pasal tajuk ni.. sebabnya proton terpaksa guna Italdesign sebagai design consultant untuk setkan new design language & family face untuk model generasi ke-3nya..persoalan yg timbul bukan untuk menidakkan kemampuan pereka tempatan, tapi ia lebih dari itu;

    1. kenapa Proton guna Italdesign untuk perkenalkan new design language & family face pada EMAS di Geneva 2010? siap guna booth Italdesign lagi,walaupun pada awalnya ramai yg ingat Proton buka booth kat sana.. jawapannya Italdesign merupakan firma rekabentuk terkemuka dunia & pengasasnya Giugiaro merupakan “living legend” dlm rekabentuk automotif.. cuma ada 3 orang di dunia ni yang dapat title ni, Pininfarina, Giugiaro & Peter Schreyer..jadi Proton guna platform ini untuk menonjolkan imej barunya untuk mendapat perhatian dunia..sampai VW pun curi idea EMAS setelah beli Italdesign..cuba bayangkan Proton declare EMAS design by in house designer…mesti impaknya tak sama kerana reputasi mereka yang masih belum menonjol diperingkat dunia..

    2. kenapa lantik Italdesign sebagi design consultant Proton? adakah pereka Proton tidak bagus? jawapannya Italdesign dah reka bermacam2 jenis kereta & kereta konsep dari pelbagai jenama termasuk VW, Toyota, Daihatsu, Alfa Romeo & banyak lagi.. jadi mereka ini mempunyai segala kepakaran yang tiada ditempat lain selain mempunyai fasiliti yang serba canggih, moden & lengkap selain tenaga kerja yang pakar untuk hasilkan model prototype sekali dengan engineering design.. sebab itulah VW beli terus syarikat ni, diorang nampak potensi besar yang padanya..

    3. kenapa BMW ambil Adrian Van Hooydonk, KIA ambil Peter Schreyer, VW ambil Walter Da Silva, Lotus ambil Donato Coco yang sememangnya bukan anak tempatan sebagai lead designer? jawapannya mereka ini mempunyai reputasi & nama yang gah diperingkat dunia kerana telah menghasilkan kereta yang menjadi pujaan ramai seluruh dunia.. jadi apa salahnya Proton guna strategi yang sama untuk naikkan reputasinya diperingkat global.. walaupun terpaksa bayar mahal untuk khidmat mereka tapi ini merupakan sesuatu pelaburan jangka panjang..lihat sahaja KIA yang sedang menuai hasilnya..ini dapat mengelakkan Proton dari mendapatkan khidmat consultant design serta orang seperti ni boleh merekrut bakat tempatan & juga luar negara untuk jadi lebih matang dengan idea2 yang global..

    agak panjang komen saya ni, tapi ini adalah dari pemerhatian saya mengenai trend rekabentuk automotif dunia yang cepat berkembang seperti rekaan fesyen..kena ingat zaman skarang bukan lagi zaman safe design, ini zaman design yang kita tak terfikir untuk dibuat sebelum ni..lihatlah betapa jauhnya Toyota & Honda telah ditinggalkan oleh KIA & Hyundai dari segi design, padahal diorang pun pakai talent multinational..inilah yg dinamakan revolusi rekabentuk…anda lambat berubah anda akan ditinggalkan..tq


    • anda buat anda dapat! (ayat MLM terusss!) kekekeke.. komen yg bagus bro.. 😀 kipidap cuba kembangkan pemikiran dlm rekabentuk tempatan kita. 😀

      walau pun kita ada bakat2 tempatan yang bagus, namun bagus kita itu hanyalah peratusan yg sangat2 kecil di bandingkan dengan achievement mark/path pada tahap global, kita kena berusaha dgn lebih bagus dan gigih utk capai tahap yg telah di nikmati oleh korea skrg ini. segala idea bernas dan langkah terbaik harus di ambil kira sebagai input bagus.

      *avam2 designer/staff proton yg baca blog ni tolong2 la ye cuba ketengahkan pendapat orang ramai..ya tau anda yg kerja..tp kami yg nak beli..so kena la juga consider k.. (sebenarnya market design survey yg harus lagi gigih dan lagi byk respondent, jgn dok harap yg dlm kilang tu je bagi respond tiap kali tanya pendapat..)


      • tu la pasal, kalau sesama dia je ambil input gamaknya keluar la design “syok sendiri” macam Gen2 dulu…jangan ulangi kesilapan lampau…benda yang belum jadi lagi sempat lagi diubah..tuhan tidak akan ubah nasib sesuatu kaum/bangsa/orang selagi mereka tidak ubah nasib mereka sendiri..pegang pada prinsip ni nescaya semua orang boleh berjaya.. 🙂


    • senang saje alasannye.. sebab diorang banyak duit..
      proton mane cukup duit nak recruit orang2 yang hebat camtu. kalau ade, dah lame dah proton amik orang2 yang hebat, buat rnd sendiri and macam2 lagi..

      fikir2 kan lah..


    • Rekabentuk kereta adalah perkara pertama yg akan menarik minat bakal pelanggan utk melihat produk tersebut di bilik pameran. Sebab itu cinta pandang pertama amat penting.

      Hampir kesemua pengeluar kereta utama dunia mementingkan rekabentuk yg menarik. Cuma tak semua mempunyai lead designer terkenal seperti contoh di atas. Kalau KIA ada Peter Schreyer, Hyundai pula macam mana? Hyundai masih dilihat berjaya menghasilkan rekabentuk yg menarik tanpa lead designer terkenal.

      http://paultan.org/2011/05/06/interview-casey-hyun-creative-design-manager-at-hyundai-motor-company-and-designer-of-the-sonata-yf/

      Walau bagaimana pun, mempunyai lead designer dgn reputasi tinggi adalah langkah terbaik untuk Proton, sama seperti apa yg Kia telah lakukan sekarang. Kalau nak harapkan designer anak tempatan yg berkhidmat dgn pengeluar kereta utama dunia utk menerajui Proton styling, buat masa ini saya belum dgr lg pembabitan mereka. Mungkin juga sbb mereka ini low profile, jadi tidak dikenali umum.

      Lagi satu, adalah penting sebagai pengeluar kereta global untuk mempunyai lebih dari 1 styling center di serata pelosok dunia. Proton boleh sahaja membina styling studio dan pusat R&D di UK sebagai entiti berasingan drpd Lotus dan hanya menyewa beberapa kemudahan dr Lotus seperti litar ujian. Yelah, tak semua warga luar negara nak dtg bekerja di Malaysia.


      • buat pusat r&d di luar negara adalah pelaburan yang bijak, sebab bila nak jadi global player market research kena la jalan secara intensif… sebab lain kenapa persona r dihantar ke Italdesign kerana diorang dah banyak data survey & market research untuk pasaran global..proton cuma bagi panduan dari segi kos, pricing & target market, serta info model2 terdahulu untuk dijadikan rujukan untuk create “new family face” & “new design direction”..

        bukan senang tu nak develop styling, bukan setakat buat sketching & digital rendering.. kena buat research pasal demographic & kena tau engineering side supaya design tu selari dengan tema yang nak ditentukan…kereta konsep boleh la buat pelik2, tapi bila untuk production car banyak benda kena ambil kira.. tak percaya tanyalah geng styling.. 🙂


  • Rasanya tak salah ambil designer luar yg lebih berpengalaman dan terkenal utk rekabentuk kereta proton. Dalam hal ni, kita tak perlu patriotik sgt. Sebagai contoh, bangunan menara berkembar petronas yg kita banggakan tu pun direkabentuk oleh arikitek luar, sedangkan kita juga mempunyai ramai arkitek/firma tempatan.

    kalau designer luar boleh mewujudkan “wow” factor kepada rekabentuk kereta proton, rasanya takde salahnya. dan pereka anak tempatan pula harus belajar dan mengkaji. Lagipun proton belum menjadi jenama yang gah di peringkat global. Lainlah jenama2 seperti toyota, mercedes, BMW dan lain2..kalau design dorang tak berapa cantik pun, org akan beli.


  • Pada pemahaman yang aku mentelaah apa yg dikomenlah…. memang patut giler ambik designer luor supaya kita tengok jer dah teruja nak beli…walaupon kita blum tau rega dier,

    Biarlah sampai production pon rekabentuk pun hampir seratus peratus macam masa sketch..
    Ehh betui ker apa aku typr nih???


  • mmm… topik nie terlepas pandang;). Pada pandangan saya. Bila tiba masanya, segala2nya mampu digapai oleh proton. mmg elok amik designer luar yg lebih berpengalaman dgn reputasi besar dlm industri rekabentuk nie. Selain dpt menghasilkan design yg menarik n merekrut designer2 tempatan, nie gak dpt meningkatkan portfolio proton yg lebih prestige di mata dunia n dari segi marketing gak bagus. ada org, produk tak keluar lagi, dgr jer sapa designernya terus dia beli. Mcm saya la, bila keluar jer filem2 blockbuster, saya tengok dulu sapa pengarahnya:)

    Tapi, apa2 pun sumer nie perlu lah dilakukan dengna perancangan jgka panjang yg baik. Ye.. seperti ayat saya… bila tiba masanya…:) Proton perlu fokus apa yg perlu dulu dan fokus dgn apa yg ada ditangannya. dan bila tiba masanya… segalanya dlm perancangan n berjaya atau diluar jangkaan… tak salah pun hire org luar utk kepentingan proton keseluruhannya gak.:)

    cheers!


  • azlan designer proton mungkin dah kering idea kena amik input dari luar supaya designer tempatan dpt belajar satu bumbung dan tambah baik mana yang kurang. proton kena cepat bertindak utk mengenalpasti selera global….jika tidak kita akan semakin tertinggal…


  • bkn xstuju..tp masalahnye..ble wt sesuatu kt luar tu..klu pengurusan xlancar..tkt jadi mcm projek pusat sukan dekat london tu..ingat x?..banyak politik..huhu..

Leave a Reply