ARKIB

KATEGORI

Buletin

PSA Group uji program AVA

Views

Pada 22 dan 23 Jun yang lalu bersempena dengan Hari Inovasi, PSA Group telah menjemput sekumpulan 200 peserta (wartawan, blogger, pelabur, institusi, orang awam) ke Vélizy di Paris untuk memperkenalkan program AVA yang merupakan singkatan dari (Autonomous Vehicle for All). Acara tersebut adalah untuk menguji kepelbagaian fungsi pemanduan berautonomi serta teknologi yang berkaitan dengannya.

Buat permulaan, fungsi bantuan pemanduan ini telah pun dipasang pada model terkini Peugeot, Citroën dan DS. Menjelang 2018, fungsi pemanduan automatik akan mula digunakan. Mulai tahun 2020 dan seterusnya, fungsi berautonomi ini bakal membantu menggerakkan kenderaan tanpa sebarang pengawasan. Fungsi ini akan membolehkan pemandunya mengalami perjalanan yang berbeza tanpa tekanan dan keletihan, terutamanya sekali dalam keadaan yang membosankan. Teknologi ini akan dapat diakses oleh semua menerusi antara muka (interface) yang mudah dan intuitif.

Untuk mengatasi cabaran ini, PSA Group telah membangunkan:

  • Seni bina elektronik baharu (NEA), yang merupakan sistem saraf bagi kenderaan untuk memastikannya beroperasi dengan selamat serta mengambil kira pelbagai situasi, keselamatan penumpang dan data keselamatan. NEA direka dengan cara pintar, modular dan berskala.
  • Teknologi persepsi untuk membina semula persekitaran kenderaan serta algoritma kawalan automatik yang menggabungkan kecerdasan buatan.

Selain itu, PSA Group juga terlibat secara aktif dalam pengawalseliaan dan pembangunan kawal selia yang seiring dengan kedatangan kereta berautonomi, khususnya kelulusan dan harmonisasi infrastruktur. Hari Inovasi adalah peluang terbaik untuk menguji autonomi tahap ketiga “tanpa melihat” (eyes off) dan keempat “tanpa berfikir” (mind off) dalam kondisi trafik yang sebenar. Fungsi bantuan pemanduan kini mula diguna pakai pada model Peugeot 3008 dan 5008, Citroën C4 Picasso dan SpaceTourer dan DS 7 CROSSBACK pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply