ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota buka ruang untuk penggabungan dan pengambil alihan demi mendapatkan teknologi baharu

Views

Gergasi automotif dunia, Toyota kini mula terasa bahang kepantasan kemajuan teknologi automotif global. Presidennya, Akio Toyoda berkata kepada Reuters, syarikat tersebut kini mula mempertimbangkan untuk penggabungan dan pengambil alihan demi mendapatkan teknologi baharu seperti pemanduan berautonomi. Toyoda berkata demikian semasa mesyuarat tahunan pemegang saham dan langkah tersebut perlu diambil segera bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Penganalisis sudah mula menjangkakan langkah awal Toyota sejak ia mula membuka pendekatan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang dapat memberikan teknologi atau nilai perniagaan untuk membantu mereka dalam jangka masa panjang. Walaupun Toyota menerajui segmen hibrid, ia agak ketinggalan dalam teknologi kenderaan elektrik (EV) dan telah membuka bahagian yang khusus untuk pembangunan EV sejak penghujung tahun lalu. Ini sudah semestinya untuk bersaing dengan Nissan yang lebih maju dalam bidang ini.

Jom tonton ENGEAR Episod 7 yang menampilkan Hariirayaa Sensei dan Toyota Sienta

TOYOTA SIENTA 2017 / REVIEW BERSAMA HARIIRAYAA SENSEI - ENGEAR EP6

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply